Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat. MPKj

Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat. MPKj Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat. MPKj, Government Official, Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj, No. 25-2, Jalan Metro Avenue, Kajang, balakong.

Objektif:
Menyediakan perkhidmatan kemasyarakatan dan menjadi pemudah cara yang mesra di antara warga perbandaran dan jabatan di MPKj dalam menganjur, menyelaras dan menyediakan aktiviti serta program kemasyarakatan kepada masyarakat setempat.

PROGRAM SUKAN MESRA MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (SUKMES MPP) MAJLIS PERBANDARAN KAJANG SIRI 1 TAHUN 2025CHERAS - Majlis P...
28/07/2025

PROGRAM SUKAN MESRA MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK (SUKMES MPP) MAJLIS PERBANDARAN KAJANG SIRI 1 TAHUN 2025

CHERAS - Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) mengadakan Sukan Mesra Majlis Perwakilan Penduduk (SUKMES MPP) Siri 1/2025 melibatkan MPP Zon 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7 dan 11 pada 26 Julai 2025 (Sabtu) bertempat di Padang Awam MPKj @ Taman Cheras Perdana.

YBrs. Tuan Nazli bin Md Taib, Yang Dipertua MPKj hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang SUKMES MPP MPKj Siri 1/2025. Hadir sama Tuan Mohd Fareez bin Mohd Ariss @ Mohd Hatta, Timbalan Yang Dipertua MPKj, Encik Kamarul Izlan bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat MPKj, Ahli-ahli Majlis, para pengarah, ketua unit, pegawai MPKj serta peserta SUKMES.

Tahniah kepada MPP Zon 7 yang diketuai oleh Puan Nor Zulaila binti Abd Ghani, Ahli Majlis Zon 7 MPKj atas kejayaan menjadi juara keseluruhan SUKMES MPP MPKj Siri 1/2025. Terima kasih atas sokongan dan penyertaan para penduduk dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan SUKMES MPP MPKj kali ini.

MPKj akan mengadakan program ini di lokasi lain bagi menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat, mengeratkan hubungan komuniti dan meningkatkan kerjasama penduduk serta sebagai satu elemen atau ciri-ciri bandar berdaya huni dan mampan.

25/06/2025
PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK PERINGKAT MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 2025 Penyertaan terbuka ke...
28/05/2025

PERTANDINGAN KEJIRANAN TERBAIK PERINGKAT MAJLIS PERWAKILAN PENDUDUK MAJLIS PERBANDARAN KAJANG 2025

Penyertaan terbuka kepada semua taman-taman perumahan yang berada dalam kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Kajang (MPKj).

Terdapat tiga kategori dipertandingkan meliputi perumahan teres, perumahan bertingkat kos sederhana dan perumahan bertingkat kos rendah.

Hadiah menarik menanti para pemenang berupa wang tunai berserta sijil penyertaan termasuk hadiah berbentuk aset peralatan teknologi kepada pemenang tempat pertama bagi setiap kategori.

Penyertaan dibuka bermula 28 Mei 2025 dan tarikh tutup penyertaan pada 18 Jun 2025.

Sebarang pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak urus setia melalui talian telefon 014-6442654 (Puan Raja Yang) atau 012-3385768 (Encik Abbas).

Setiap permohonan hendaklah dikemukakan melalui Pengerusi Majlis Perwakilan Penduduk. Borang penyertaan dan kriteria pemarkahan boleh dimuat turun di laman sesawang Majlis Perbandaran Kajang www.mpkj.gov.my

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:9410d7d4-f14c-46ca-b195-851945c2acc1

https://acrobat.adobe.com/id/urn:aaid:sc:AP:3e2d7d17-246f-4068-9754-8a369dd61307

05/05/2025

NOTIS LESEN PERNIAGAAN
MAJLIS PERBANDARAN KAJANG

24/02/2025

Jom, ENJOY KAJANG










Program Anak Syurga-Intervensi Awal Anak-Anak Neurodiversiti DIY ๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 Disember 2024 (Sabtu)๐Ÿ•ค Masa: 9.00 pagi - ...
21/12/2024

Program Anak Syurga-Intervensi Awal Anak-Anak Neurodiversiti DIY

๐Ÿ—“๏ธ Tarikh: 21 Disember 2024 (Sabtu)
๐Ÿ•ค Masa: 9.00 pagi - 4.00 petang
๐Ÿ“Tempat: Bilik Seminar 4, Tingkat 2, Dewan Seri Cempaka

Demi menyantuni ibu bapa yang mempunyai anak-anak neurodiversiti seperti autisme, ADHD dan lain-lain, Majlis Perbandaran Kajang melalui Jabatan Pembangunan Masyarakat telah menjalankan program tersebut dengan kerjasama Leticia Physcology Centre.

Program tersebut memberi peluang kepada ibu bapa yang memerlukan bimbingan tentang intervensi awal terhadap perilaku dan aktiviti anak-anak. Peserta-peserta diberikan bimbingan berdasarkan modul yang telah dirangka oleh pakar bidang secara teori dan praktikal.

Semoga bimbingan ini dapat memberikan nilai tambah kepada ibu bapa yang hadir demi anak-anak syurga yang diamanahkan ini.

Disediakan oleh,
Jabatan Pembangunan Masyarakat
Majlis Perbandaran Kajang

Panjang barisan orang Bagan Lalang untuk merasai makanan tradisi Kajang, sate Kajang di Fiesta Makanan Warisan Selangor,...
17/11/2024

Panjang barisan orang Bagan Lalang untuk merasai makanan tradisi Kajang, sate Kajang di Fiesta Makanan Warisan Selangor, Bagan Lalang 2024

24/10/2024




Explorace Puspanita x MPKj
19/10/2024

Explorace Puspanita x MPKj

Address

Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKj, No. 25-2, Jalan Metro Avenue, Kajang
Balakong
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Telephone

+60387377899

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat. MPKj posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Korporat dan Pembangunan Masyarakat. MPKj:

Share