Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bakri

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bakri Jabatan Amal Malaysia (JAM) badan beruniform berteraskan aktiviti kesukarelawan dan kebajikan

🚨 *PROGRAM YOK NGAMAL GOTONG ROYONG SURAU NIKMAT, MUAR*4 NOVEMBER 2022,Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bakri telah bersama...
04/11/2022

🚨 *PROGRAM YOK NGAMAL GOTONG ROYONG SURAU NIKMAT, MUAR*

4 NOVEMBER 2022,

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bakri telah bersama Pusat Aduan Rakyat (PAR) Kawasan Bakri bekerjasama dengan anggota masyarakat untuk gotong royong kebersihan Surau Nikmat, di Parit Nipah, Muar Johor

Tugasan ini diketuai oleh Ustaz Mohd Rahim Bin Abdullah, Setiausaha kerja Pusat Aduan Rakyat Kawasan Bakri.

Beramal Kerana Allah

MUNTAZAR BIN ISMAIL
Komandan,
Jabatan Amal Malaysia,
Kawasan Bakri



01/11/2022
KIT PERSEDIAAN BANJIR UNTUK ANDABerita tempatan sudah mula mengeluarkan amaran banjir di beberapa tempat berisiko.Terdap...
27/10/2022

KIT PERSEDIAAN BANJIR UNTUK ANDA

Berita tempatan sudah mula mengeluarkan amaran banjir di beberapa tempat berisiko.

Terdapat beberapa persediaan sebelum, semasa dan selepas banjir yang perlu dibuat oleh penduduk tempat berisiko.

Setiap ahli keluarga perlu memainkan peranan masing-masing dalam memastikan seluruh keluarga selamat.

Jom muat turun KIT PERSEDIAAN BANJIR sebagai checklist penting menghadapi situasi genting ini.



JOM SERTAI SUKARELAWAN AMAL Jom daftar sebagai petugas sukarelawan Amal Kawasan Bakri bagi misi bantuan banjir diperluka...
27/10/2022

JOM SERTAI SUKARELAWAN AMAL

Jom daftar sebagai petugas sukarelawan Amal Kawasan Bakri bagi misi bantuan banjir diperlukan.

Jika berminat, boleh wasap Tuan Firdaus Muntazar - 018-9094748



KEBAJIKAN DAN JABATAN AMAL MALAYSIA TIDAK MUNGKIN TERPISAH ‼️

Sampai solat berjemaah atas batu sungai masa sedang berkhidmat pun, kena kecam dengan netizen.

Berbaloi ke dengan pengorbanan yang dilakukan?

Itu lah dia pasukan semut merah.

Gelaran yang tidak asing kepada entiti kebajikan Jabatan Amal Malaysia.

Sudah 32 tahun penubuhan. Jabatan Amal Malaysia teguh sebagai institusi kebajikan dan kesukarelawanan.

Begitu gah mencipta nama di dalam negara dan dihormati oleh seluruh rakyat Malaysia termasuk pihak kerajaan.

Meskipun bencana datang dalam waktu yang tidak terduga, namun mereka sentiasa menjadi yang terawal bergerak melaksanakan misi bantuan.

Hebat tak hebat pasukan Amal ni, ahli di dalamnya bukan sebarangan orang.

Dari pelbagai lapisan umur, ada yang dari desa mahupun kota.

Latar belakang Pendidikan dan kerjaya mereka pun bukan biasa-biasa.

Ada yang kerja engineer, arkitek. Tetapi apabila seruan tiba, mereka juga turut menjadi hero kepada rakyat.

Berjaya mengumpul sebanyak 5351 beg darah dari 58 lokasi seluruh negara, sememangnya pencapaian yang patut dipuji.

Bayangkan, jabatan yang bergerak di bawah bukan kerajaan tetapi mampu melakukan perkara yang luar biasa sebegini.

Bukankah ini yang kita sebagai rakyat mahukan?

Adanya pasukan sukarelawan yang benar-benar komited membantu fokus kepada kebajikan rakyat.

Ya, inilah juga yang PAS terapkan.

Meskipun lebih dikenali sebagai parti politik, tetapi kerja PAS bukan hanya pada politik. PAS turut fokus kepada aspek-aspek penting yang lain termasuk lah dari sudut kebajikan.

Jabatan Amal Malaysia telah melaksanakan tugas dengaan cemerlang. Harapannya untuk semut merah ini sedia berkhidmat dengan lebih maju pada masa akan datang demi kesejahteraan masyarakat dan negara.

Ada sesiapa nak sertai dalam misi kebajikan, Ayuh sertai Jabatan Amal Malaysia.


insya-Allah kami siap sedia membantu
17/09/2022

insya-Allah kami siap sedia membantu

RAMALAN BANJIR BESAR - SEJAUH MANA PERSEDIAAN KITA?

Menurut tinjauan cuaca yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dijangka akan berlaku taburan hujan yang agak membimbangkan bermula pada bulan September 2022 ini hingga Mac tahun depan, dan peningkatan taburan hujan dijangka paling tinggi adalah pada bulan November 2022 ini yang melibatkan negeri-negeri Pantai Timur berikutan peralihan Monsun.

Bertambah buruk lagi, apabila fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan dalam tempoh November hingga Disember ini dan ia turut menyebabkan hujan lebat berlaku di negeri-negeri kawasan Pantai Barat apabila berlaku perubahan tekanan udara rendah akibat luruan monsun.

Bulan September ini kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia dalam keadaan penghujung monsun barat daya dan dijangka akan menerima hujan lebih sedikit pada paras purata berbanding di Hulu Perak, Kelantan dan utara Terengganu yang dijangkakan menerima hujan sedikit bawah purata iaitu antara 100mm hingga 200mm.

Di Sarawak, sekitar daerah Kuching, Samarahan dan Sri Aman dijangka akan menerima hujan sedikit melebihi purata 100mm hingga 200mm berbanding kawasan lain begitu juga di Negeri Sabah dan W.P Labuan.

Keadaan akan berubah sedikit berbeza pada bulan Oktober nanti dimana dalam tempoh ini, keadaan cuaca yang lembap dengan kejadian hujan, ribut petir serta angin kencang lebih cenderung untuk berlaku pada lewat petang dan awal malam terutama di kebanyakan negeri di Semenanjung. Hampir keseluruhan kawasan dijangka akan menerima taburan hujan sedikit bawah purata iaitu di antara 150mm hingga 350mm, kecuali di Negeri Sembilan, Melaka dan utara Johor.

Di Sarawak p**a dijangka hujan pada paras purata iaitu antara 250mm hingga 350mm. Manakala di Sabah, kebanyakan tempat dijangka akan menerima taburan hujan pada paras purata di antara 100mm hingga 400mm.

Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada bulan November dan semasa tempoh monsun Timur Laut, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer per jam. Beberapa siri hujan lebat Semenanjung yang menyeluruh juga dijangka akan berlaku terutama di negeri - negeri pantai timur Malaysia dan barat Sarawak.

Dijangka kadar jumlah hujan akan meningkat sehingga 500mm dan kejadian banjir mudah berlaku di kawasan-kawasan rendah dan peralihan Monsun ini juga memberi kesan cuaca hujan pada sebelah pagi di negeri-negeri Pantai Timur Semenanjung, barat Sarawak dan timur Sabah manakala pada sebelah petang, ribut petir atau hujan akan berlaku di negeri-negeri pantai barat Semenanjung, pendalaman Sarawak dan barat Sabah.

Menurut MetMalaysia luruan monsun yang signifikan biasanya akan bermula pada bulan Disember dan sekiranya berlaku luruan monsun sekali lagi ia akan menyebabkan hujan berterusan dengan tempoh yang panjang berlaku di negeri-negeri lembah klang yang berpotensi menyebabkan banjir besar boleh berlaku sekali lagi sebagaimana pernah berlaku 18 Disember tahun lepas.

Ramalan ini bukan bersifat untuk menakutkan orang ramai atau diambil sebagai satu berita musibah sehingga berlakunya keadaan panik dan ketakutan kepada rakyat dan seumpamanya.

Namun ia perlu diambil sebagai peringatan kepada kita dalam membuat persediaan menghadapi sebarang kemungkinan, dan bukannya perlu membuat pengumuman darurat awal sedangkan langkah-langkah pembendungan tidak diambil lagi.

Ketika tempoh sekarang ini seluruh agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan orang ramai perlu mengambil sikap peka pada keadaan sekeliling antaranya kita ambil tindakan segera jika melihat aliran air parit longkang tersumbat, lebih banyak tambatan banjir perlu dibina di sepanjang sungai terutama di perumahan penduduk kawasan rendah dan perlu pastikan semua pintu kunci air sungai dan sistem amaran banjir diselenggara dengan baik dan sebagainya.

Bagi semua Ahli Lembaga Pengarah Negeri-negeri, Komandan Jabatan Amal Malaysia Kawasan seluruh negara, diharapkan pihak tuan-tuan dapat mempersiapkan sebaik-baik persediaan.

Arahan bagi tindakan awal ketika ini adalah bagi mengenal pasti kawasan-kawasan panas "Hot Spot" tempat yang sering berlaku banjir, dapatkan maklumat awal jumlah penduduk sekitar dan pastikan seluruh aset jentera Operasi kita dalam keadaan siap siaga dan diselenggara dengan baik.

Segala yang berlaku datangnya dari Allah, kita hanya mampu bersedia dan sama-sama kita memanjatkan doa agar negara kita dilindungi dan dijauhkan dari sebarang bencana dan musibah, terus kekal tenteram, selamat dan diberkati Allah.





Shehdi Hazrik Shamsudin
Pemangku Ketua Pengarah
JABATAN AMAL MALAYSIA
14 September 2022

📌Berminat Dengan Kerja2 Amal????📌Bersedia Pada Bila2 Masa Sekiranya Diperlukan📌Semangat Berpasukan Amat Diperlukan📩 *Ayu...
12/01/2022

📌Berminat Dengan Kerja2 Amal????

📌Bersedia Pada Bila2 Masa Sekiranya Diperlukan

📌Semangat Berpasukan Amat Diperlukan

📩 *Ayuh Sertai Kami Sebagai SUKARELAWAN AMAL Jabatan Amal Malaysia*

💻Untuk Mendaftar Sila Isi Borang Di:

https://tinyurl.com/daftarsukarelawanamaljohor

📞Maklumat Lanjut Boleh Hubungi Ketua Kor Sukarelawan Amal Malaysia TUAN MUHAMMAD SYAUQI 014 352 1985

*TERBUKA KEPADA:*
🖍️ RAKYAT JOHOR
🖍️BERUMUR 18 TAHUN & KEATAS
🖍️TERBUKA KEPADA SEMUA KAUM & JANTINA
🖍️BOLEH BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN
🖍️SIHAT TUBUH BADAN
🖍️DISIPLIN DIRI DALAM SETIAP TUGASAN YANG DIBERIKAN

*BERAMAL KERANA ALLAH*
*AMAL DIHATI, SUKARELAWAN DINANTI*

08/01/2022

OPERASI BANJIR PAGOH - TUGASAN MEMINDAHKAN BARANG DI SURAU BEROHOL, PANCHOR, PAGOH

Alhamdulillah, satu operasi memindahkan barang di Surau Berohol, Pagoh ke tempat yang selamat kerana perkarangan surau sudah dinaiki air banjir.

Operasi selesai dilaksanakan dengan kekuatan 6 orang anggota daripada Jabatan Amal Kawasan Bakri serta bantuan Khidmat Malaysia Pagoh dan penduduk kampung



06/01/2022

Operasi bantuan mangsa banjir oleh Jabatan Amal Negeri Johor

Jabatan Amal Negeri Johor turun membantu mangsa banjir
06/01/2022

Jabatan Amal Negeri Johor turun membantu mangsa banjir

06/01/2022

SIARAN LANGSUNG DI PEKAB PANCHOR, PAGOH, MUAR.

Pekan Panchor mula dinaiki air.

Semoga urusan penduduk di Panchor dipermudahkan Allah

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR JOHOR 2022_Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul._ Jabatan Amal Bakri mengajak ...
05/01/2022

MISI BANTUAN BENCANA BANJIR JOHOR 2022

_Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul._

Jabatan Amal Bakri mengajak semua sahabat dan kenalan untuk bersama² kami membantu saudara mara yang sedang kesusahan ditimpa musibah banjir di Johor khususnya di Segamat.

Tenaga 💪, masa ⏱️ dan harta 💰 anda amat diperlukan buat masa ini.

Salurkan sumbangan anda ke akaun Maybank
*DEWAN PEMUDA PAS BAKRI*
*5510 4353 0342*
*Ref : OpsBanjir*

Daftarkan nama anda untuk misi ini.

Sila hubungi :-
Komandan Amal Bakri ⛑️
0197840520 (Muntazar)
Ayuh...!!!

Operasi pembersihan warung Ketua Kampung Jeram Allhamdulillah seramai 10 anggonta JAMK Bakri berjaya membersihkan warung...
05/01/2022

Operasi pembersihan warung Ketua Kampung Jeram

Allhamdulillah seramai 10 anggonta JAMK Bakri berjaya membersihkan warung ketua kampung yang musnah terbakar.

Sedikit usaha dan kerja daripada kami buat ketua kampung agar diberi kemudahan sebaiknya. Semoga Allah beri yang lebih baik selepas ini.

Address

3-4, Tingkat 1, Jalan Perniagaan 1, Off Jalan Sungai Abong
Bakri
84000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bakri posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Amal Malaysia Kawasan Bakri:

Share