Kampung Parit Haji Taib 1&2 Official

Kampung Parit Haji Taib 1&2 Official Laman rasmi Kampung Parit Haji Taib 1&2 untuk hebahan maklumat, aktiviti dan pengumuman komuniti.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Ramadan Kareem 2026 / 1447H anjuran Muslimat Parit Haji Taib pa...
15/03/2026

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Tadarus Al-Quran Ramadan Kareem 2026 / 1447H anjuran Muslimat Parit Haji Taib pada:

🗓️ 15 Mac 2026 (Ahad)
🕌 Masjid At-Tarmizi

Semoga majlis yang penuh keberkatan ini dapat mengeratkan ukhuwah sesama muslimah serta menambah kecintaan kita terhadap Al-Quran, khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.

Terima kasih kepada semua yang hadir dan turut menjayakan majlis ini. Semoga setiap ayat yang dibaca menjadi pahala yang berlipat ganda dan keberkatan buat kita semua.

Ramadan Kareem 🌙

10/03/2026
MESYUARAT PERMUAFAKATAN BERSAMA PENGHULU MUKIMAlhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Pertama bagi tahun 2026 melibat...
10/03/2026

MESYUARAT PERMUAFAKATAN BERSAMA PENGHULU MUKIM

Alhamdulillah, telah berlangsung Mesyuarat Pertama bagi tahun 2026 melibatkan barisan Jawatankuasa (AJK) Kampung bersama Tuan Penghulu Mukim hari ini.

Fokus utama perjumpaan adalah untuk menyelaraskan takwim aktiviti tahunan serta membincangkan isu-isu kebajikan penduduk setempat. Kehadiran Tuan Penghulu amat kami hargai dalam memberi amanat dan hala tuju demi kemajuan kampung kita.
Semoga perancangan yang disusun mendapat keberkatan dan kerjasama padu daripada semua pihak.

01/03/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat datang ke Laman Rasmi Kampung Parit Haji Taib 1 & 2.

Page ini diwujudkan sebagai saluran hebahan maklumat komuniti dan pengumuman rasmi kampung.

Terima kasih atas sokongan semua.

Address

Kampung Parit Haji Taib 1&2
Bagan Serai
34300

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kampung Parit Haji Taib 1&2 Official posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share