20/02/2025
MAJLIS PELUNCURAN SEJATI MADANI DAN KENDURI RAKYAT PERINGKAT MUKIM BAGAN SERAI
20 Februari 2025 (Khamis) -
Majlis Peluncuran Sejati Madani Dan Kenduri Rakyat Peringkat Mukim Bagan Serai telah dianjurkan oleh Pejabat Penghulu Mukim Bagan Serai dengan kerjasama JPKK Mukim Bagan Serai bertempat di perkarangan Kuarters Penghulu, Jalan Matang Buluh, Bagan Serai.
Majlis ini telah disempurnakan perasmian oleh Yang Berusaha Tuan Saidi bin Haji Shaari, Pegawai Daerah Kerian dan turut dihadiri oleh Puan Rabizah Hasni binti Muhammad, Ketua Penolong Pegawai Daerah Kerian (Pembangunan), jabatan jabatan kerajaan seperti Pejabat Pertanian. Pejabat Perikanan, Pejabat Veterinar, Pejabat Penerangan. Pejabat KEMAS dan Kolej Komuniti Bagan Serai serta Penghulu Penghulu Mukim, Pengerusi Pengerusi JPKK dan Ahli Ahli JPKK Mukim Bagan Serai.
Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk menghimpunkan semua JPKK dan Persatuan Penduduk di Mukim Bagan Serai yang telah diluluskan projek Sejati Madani di samping dapat mengetengahkan dan mempromosikan pelaksanaan projek Sejati Madani. Sebanyak 23 projek Sejati Madani telah diluluskan di mana 21 projek oleh JPKK manakala 2 projek oleh Persatuan Penduduk.
Selesai acara perasmian majlis, Tuan Pegawai Daerah bersama tetamu jemputan telah menyaksikan pertunjukan demonstrasi jentera Dron, salah satu projek Sejati Madani yang telah dijalankan.