Bahagian Pengangkutan IPK KL

Bahagian Pengangkutan IPK KL TRANSFORMASI PENGANGKUTAN PDRM Menerajui Transformasi Pengangkutan Darat PDRM

*๐Ÿ“ข PELAKSANAAN PELUPUSAN ASET ALIH PELBAGAI JENIS KENDERAAN KONTINJEN KUALA LUMPUR MELALUI KAEDAH LELONGAN AWAM*Bahagian...
13/07/2026

*๐Ÿ“ข PELAKSANAAN PELUPUSAN ASET ALIH PELBAGAI JENIS KENDERAAN KONTINJEN KUALA LUMPUR MELALUI KAEDAH LELONGAN AWAM*

Bahagian Pengangkutan, Jabatan Logistik dan Teknologi, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan melaksanakan pelupusan aset alih pelbagai jenis kenderaan milik Kontinjen Kuala Lumpur melalui kaedah lelongan awam sebagaimana kelulusan yang telah diperoleh.

Bagi tujuan tersebut, sesi lawatan pemeriksaan aset serta pembayaran deposit akan diadakan pada *20 hingga 24 Julai 2026.* Seterusnya, *Majlis Lelongan Awam* akan dilaksanakan pada *29 Julai 2026* mengikut syarat, prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Sehubungan itu, Polis Kuala Lumpur mengalu-alukan penyertaan orang ramai serta semua pihak yang berminat untuk mengambil bahagian dalam lelongan awam ini.

Bersama-sama ini dilampirkan iklan lelongan awam yang mengandungi maklumat terperinci berhubung syarat penyertaan, masa lawatan aset, pembayaran deposit serta tatacara lelongan untuk rujukan.

Sekian, terima kasih.

*๐Ÿ“ข PELAKSANAAN PELUPUSAN ASET ALIH JENIS KENDERAAN KONTINJEN KUALA LUMLUR MELALUI KAEDAH SEBUT HARGA TUKAR BARANG (BARTE...
08/05/2026

*๐Ÿ“ข PELAKSANAAN PELUPUSAN ASET ALIH JENIS KENDERAAN KONTINJEN KUALA LUMLUR MELALUI KAEDAH SEBUT HARGA TUKAR BARANG (BARTER TRADE)*

Bahagian Pengangkutan, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan melaksanakan proses pelupusan aset alih kenderaan Kontinjen Kuala Lumpur melalui kaedah sebut harga (barter trade) sebagaimana yang telah diluluskan.

Proses ini akan dilaksanakan bermula 14 hingga 21 Mei 2026 mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Polis Kuala Lumpur mengalu-alukan pihak yang berminat untuk turut serta dalam sebut harga yang akan dijalankan.

Bersama-sama ini dilampirkan iklan sebut harga yang mengandungi butiran terperinci untuk rujukan.

Terima kasih

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก๐—œ๐—ฃ๐—ž ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ19 Disember 2025 โ€“ YDH SUPT Muhamad ...
19/12/2025

๐—ž๐—˜๐—๐—ข๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ฃ๐—œ๐—ก ๐—•๐—ข๐—ช๐—Ÿ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ฃ๐—œ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—š๐—”๐—ช๐—”๐—œ ๐—ง๐—จ๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—จ๐—ง๐—”๐—ก
๐—œ๐—ฃ๐—ž ๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ

19 Disember 2025 โ€“ YDH SUPT Muhamad Naser bin Ismail, Pegawai Turus Pengangkutan IPK Kuala Lumpur telah hadir bagi memeriahkan serta menyokong penganjuran Kejohanan Tenpin Bowling Piala Pegawai Turus Pengangkutan IPK Kuala Lumpur Tahun 2025 yang berlangsung dari jam 1400 hingga 1730 Hrs bertempat di Wangsa Bowl, Wangsa Walk.

Kejohanan ini telah menghimpunkan pegawai-pegawai kanan dan rendah polis dari Operasi Pengangkutan IPK Kuala Lumpur, Teknikal Pengangkutan IPK Kuala Lumpur serta Cawangan Pengangkutan Daerah, sekali gus mencerminkan semangat kerjasama, perpaduan dan kesukanan dalam kalangan warga Pengangkutan IPK Kuala Lumpur.

Penganjuran kejohanan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan warga Pengangkutan IPK Kuala Lumpur.

Sepanjang kejohanan berlangsung, para peserta telah menunjukkan komitmen tinggi serta semangat persaingan yang sihat dalam suasana penuh harmoni dan persaudaraan.

Sebagai rekod keputusan pertandingan, Johan telah dimenangi oleh IPD Sentul, diikuti Naib Johan oleh IPD Brickfields manakala Tempat Ketiga disandang oleh IPD Putrajaya, yang kesemuanya merupakan wakil daripada Cawangan Pengangkutan Daerah.



Address

Bagan Lalang

Telephone

+60392850222

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bahagian Pengangkutan IPK KL posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bahagian Pengangkutan IPK KL:

Shortcuts

Share