Dewan Pemuda PAS Kawasan-DPPK Bagan Datuk

Dewan Pemuda PAS Kawasan-DPPK Bagan Datuk Media sosial perkongsian PAS kepada semua.

SELAMAT DATANG buat YB. DATO' SRI USTAZ HJ. TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN, Timbalan Presiden PAS ke :-MAJLIS MAKAN MALAM DAN...
06/06/2026

SELAMAT DATANG buat YB. DATO' SRI USTAZ HJ. TUAN IBRAHIM BIN TUAN MAN, Timbalan Presiden PAS ke :-

MAJLIS MAKAN MALAM DANA PRU-16 PAS KAWASAN BAGAN DATUK

6 JUN 2026 || SABTU || 9.00 MALAM
DEWAN KOMPLEKS PAS KAWASAN BAGAN DATUK, SELEKOH

Setulus ikhlas daripada Kami :-
Dewan Pemuda PAS Kawasan Bagan Datuk

" BAGAN DATUK SEJAHTERA BERSAMA "
" PEMUDA MANTAP & BERTEKAD "

" KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM "
" TEKAD MEMIMPIN "
" TERUS MEMIMPIN "

KENYATAAN MEDIA LAJNAH KESIHATAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM)6 JUN 2026 I 21 ZULHIJJAH 1447HKRISIS KEKURANGAN STAF K...
06/06/2026

KENYATAAN MEDIA LAJNAH KESIHATAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA (DPPM)

6 JUN 2026 I 21 ZULHIJJAH 1447H

KRISIS KEKURANGAN STAF KKM SEMAKIN KRITIKAL: KERAJAAN MASIH GAGAL MENANGANI PUNCA SEBENAR

Lajnah Kesihatan Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius pelbagai isu yang semakin membelenggu sistem kesihatan awam negara mutakhir ini. Daripada gangguan perkhidmatan hospital, kesukaran pegawai perubatan menyambung latihan kepakaran, sehinggalah tekanan kerja melampau yang dihadapi petugas kesihatan, semuanya menunjukkan bahawa sistem kesihatan negara sedang berdepan cabaran yang semakin membimbangkan.

Namun, semua isu ini bukanlah masalah yang berasingan. Ia hanyalah simptom kepada satu penyakit yang lebih besar, iaitu krisis kekurangan tenaga kerja yang semakin meruncing dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Laporan Audit Negara sebelum ini telah mendedahkan kewujudan defisit tenaga kerja yang serius dalam pelbagai kategori perkhidmatan kesihatan. Selagi punca utama ini gagal ditangani, pelbagai masalah lain akan terus berulang walau sebanyak mana sekalipun langkah sementara diperkenalkan.

KESAN RANTAIAN AKIBAT KEKURANGAN STAF

1. Perkhidmatan kepada rakyat mula terjejas

Isu yang berlaku di Hospital Segamat membuka mata rakyat bahawa masalah kekurangan staf bukan lagi sekadar angka di atas kertas. Apabila tenaga kerja tidak mencukupi, perkhidmatan kesihatan akhirnya terpaksa disusun semula bagi menampung kekangan yang ada.

Walaupun penjelasan telah diberikan bahawa hospital tersebut tidak ditutup, insiden ini tetap membuktikan bahawa tekanan terhadap sistem kesihatan awam semakin ketara dan tidak boleh dipandang ringan.

2. Masa depan doktor muda semakin terhimpit

Krisis kekurangan staf turut memberi kesan kepada pembangunan tenaga pakar negara. Terdapat pegawai perubatan yang telah memperoleh peluang mengikuti program kepakaran tetapi berdepan kesukaran mendapatkan pelepasan atas alasan keperluan perkhidmatan dan kekurangan pengganti.

Keadaan ini mewujudkan satu paradoks yang membimbangkan. Dalam usaha mengatasi kekurangan staf hari ini, sistem akhirnya berisiko mengorbankan pembentukan tenaga pakar yang diperlukan untuk masa hadapan.

3. Kerajaan terus merawat simptom, bukan punca

Cadangan mendapatkan tenaga kerja dari luar negara menunjukkan bahawa kerajaan masih cenderung mencari penyelesaian jangka pendek bagi menampung kekurangan semasa.

Persoalan yang lebih penting ialah mengapa sistem kesihatan awam semakin sukar mengekalkan tenaga kerja tempatan yang telah dilatih dengan kos yang tinggi. Selagi isu kebajikan, beban kerja, laluan kerjaya dan persekitaran pekerjaan tidak ditangani secara menyeluruh, masalah kekurangan staf akan terus berulang dalam pelbagai bentuk.

4. Risiko kepada petugas dan pesakit

Kekurangan staf yang berpanjangan memaksa petugas kesihatan bekerja dalam keadaan tekanan yang tinggi dan berterusan. Fenomena burnout bukan lagi isu terpencil, malah semakin menjadi realiti dalam kalangan petugas kesihatan di semua peringkat.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan petugas, bahkan boleh memberi kesan kepada keselamatan pesakit dan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Sebuah sistem kesihatan yang baik tidak seharusnya bergantung kepada pengorbanan luar biasa petugasnya untuk terus berfungsi.

SEHUBUNGAN ITU, DPPM MENDESAK KERAJAAN:

1. Mempercepatkan pengisian jawatan dan penambahan perjawatan kritikal dalam sektor kesihatan awam.

2. Menambah baik kebajikan, insentif serta laluan kerjaya petugas kesihatan bagi memastikan bakat tempatan terus kekal berkhidmat dalam sistem awam.

3. Mereformasi mekanisme pelepasan latihan kepakaran agar pembangunan tenaga pakar negara tidak terhalang akibat kelemahan perancangan sumber manusia.

4. Membentangkan pelan tenaga kerja kesihatan nasional yang mampan dan berpandangan jauh bagi memenuhi keperluan sistem kesihatan negara untuk dekad akan datang.

Krisis kekurangan tenaga kerja dalam KKM bukan lagi amaran tentang masa depan. Ia sedang berlaku pada hari ini dan sedang dirasai oleh rakyat serta petugas kesihatan di lapangan.

Kerajaan mesti berhenti merawat simptom semata-mata dan mula menangani punca sebenar krisis ini. Kegagalan berbuat demikian hanya akan menyebabkan lebih banyak gangguan perkhidmatan, kehilangan bakat, dan kemerosotan keupayaan sistem kesihatan awam untuk memenuhi keperluan rakyat.

Dr. Zulkifli bin Mohamad
Pengerusi Lajnah Kesihatan
Dewan Pemuda PAS Malaysia


06/06/2026

|| TADABBUR KALAMULLAH • 20 Zulhijjah 1447H ||

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

"Dia-lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) — untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu; siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat)" [Surah al-Mulk 2]

Mengingati mati adalah satu bentuk ibadah yang sangat digalakkan dalam Islam. Rasulullah saw menyifatkan individu yang sentiasa mengingati mati dan bersiap sedia untuk kehidupan akhirat sebagai golongan yang paling bijak.

Rasulullah saw bersabda: "Dahulu aku telah melarang kamu daripada menziarahi kubur, namun sekarang ziarahilah kerana ia mengingatkan kamu akan kematian" (HR Muslim)

Dalam riwayat yang lain: "Sesungguhnya ia (menziarahi kubur) akan mengingatkan diri kepada hari akhirat" (HR at-Tirmizi)

Bagi para jemaah Haji yang menziarahi bumi Madinah maka ziarahlah perkuburan Baqi'. Perkuburan Baqi' atau Jannatul Baqi' atau Baqi' al-Gharqad adalah tanah perkuburan bersejarah yang terletak bersebelahan dengan Masjid Nabawi. Ia menempatkan makam ribuan sahabat, ahli keluarga Baginda, termasuk isteri-isteri dan puteri-puteri Baginda saw.

Antara ahlul bait Rasulullah dan para Sahabat yang disemadikan di Perkuburan Baqi’ ialah:

1. Sayidatina Fatimah, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Zainab r.anhum. Puteri–puteri kesayangan Rasulullah saw.
2. Sayidina Hasan Bin Ali Bin Abi Talib. Cucu Rasulullah saw.
3. Sayidatina ‘Aisyah, Saudah, Hafsah, Zainab Bt Khuzaimah, Ummu Salamah, Juwairiyyah, Ummu Habibah, Safiyah, Zainab Bint Jahsy. Isteri-isteri Rasulullah saw.
4. Sayidina Uthman Ibn ‘Affan, Abu Sa’id al-Khudri, Sa’ad Ibn Mu’adz al-Ansari, Abdullah Ibn Mas’ud dan lain-lain para Sahabat Rasulullah saw yang mulia.

Imam Malik ibn Anas r.a berkata: "Telah wafat di Madinah daripada kalangan para sahabat sekitar sepuluh ribu orang" (Lihat: Tartib al-Madarik)

Disebut dalam Fath al-Mujib: "Kebanyakan mereka tidak diketahui secara tepat kuburnya dan juga arah kedudukannya".

Tiada nas daripada al-Quran dan hadis secara khusus yang menyebut kelebihan dikebumikan di Perkuburan Baqi’ melainkan kelebihan dikebumikan di Madinah secara umumnya.

Antara kelebihan seseorang itu meninggal dunia di Madinah ialah dia akan diberikan syafaat oleh Rasulullah pada hari Akhirat kelak. Rasulullah menganjurkan supaya jika sesiapa yang mampu untuk meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia melakukannya. Daripada Sayidina Ibn ‘Umar, bahawa Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang berkemampuan untuk meninggal dunia di Madinah, maka meninggallah di sana kerana aku akan memberi syafaat kepada mereka yang mati di sana" (HR at-Tirmizi)

Syeikh al-Mubarakfuri menjelaskan bahawa ia adalah anjuran dan galakkan untuk tinggal menetap di Madinah sehingga tiba waktu kematiannya yang kemudiannya dikebumikan di Perkuburan Baqi’ sekiranya mampu untuk melakukan demikian. (Lihat: Tuhfat al-Ahwazi)

Rasulullah saw ketika hayat Baginda saw pernah memohon keampunan khusus terhadap penghuni Perkuburan Baqi’ dan menyifatkannya sebagai tempat kediaman kaum yang beriman.

Ketika Baginda saw keluar berjalan menuju ke Perkuburan Baqi’ pada waktu lewat malam, Baginda mengucapkan:

السَّلامُ عَلَيْكُمْ دَارَ قَوْمٍ مُؤْمِنينَ، وَأتاكُمْ ما تُوعَدُونَ، غَداً مُؤَجَّلُونَ، وَإنَّا إنْ شاءَ اللَّهُ بِكُمْ لاحقُونَ؛ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لأهْلِ بَقِيعِ الغَرْقَدِ

"Selamat sejahtera ke atas kamu para penghuni kediaman kaum yang beriman. Telah datang kepada kamu apa yang dijanjikan untuk kamu. Kami, insyaallah akan mengikuti kalian. Ya Allah! Kurniakanlah keampunan untuk para penghuni perkuburan Baqi ini" (HR Muslim)

Moga dengan kita menziarahi perkuburan ahlil bait Nabi saw, para sahabat, orang-orang soleh di Baqi', moga kita juga beroleh syafaat daripada Baginda saw dan mereka semua. Aamiiin.

06/06/2026

[[ MAJLIS TANPA ZIKIR DAN SELAWAT ]]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا جَلَسَ قَوْمٌ مَّجْلِسًا لَمْ يَذْكُرُوا فِيهِ اللَّهَ وَلَمْ يُصَلُّوا عَلَى نَبِيِّهِ إِلَّا كَانَ عَلَيْهِمْ تِرَّةٌ، فَإِن شَاءَ عَذَّبَهُمْ، وَإِن شَاءَ غَفَرَ لَهُمْ

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah suatu kaum duduk dalam satu majlis, lalu mereka tidak menyebut nama Allah di dalamnya dan tidak berselawat ke atas Nabi mereka, melainkan majlis itu menjadi penyesalan (kerugian) bagi mereka. Jika Allah menghendaki, Dia akan mengazab mereka, dan jika Dia menghendaki, Dia akan mengampuni mereka. (HR Tirmizi No: 3380) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Zikir kepada Allah dan selawat keatas Nabi perlu menjadi budaya dalam kehidupan harian. Rugilah sesiapa yang berada di dalam sesuatu majlis atau program namun mengabaikan untuk berzikir dan berselawat.

2. Menghidupkan sebarang majlis dengan zikir boleh dimulakan dengan basmalah disertai dengan doa dan selawat.

3. Menurut al-Qari, hadis ini menunjukkan bahawa berzikir kepada Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW adalah adab utama dalam sesuatu majlis. Jika tidak dilakukan, ia bukan hanya menyebabkan kehilangan pahala dan keberkatan, tetapi boleh mengundang dosa.

4. Allah boleh menghukum atau mengampuni atas kelalaian kita bergantung kepada sebab-sebab tertentu (seperti kejahilan atau taubat selepas itu).

5. Sekadar menyebut nama Allah atau berselawat dalam sesuatu majlis boleh menjadikannya diberkati, dan menyelamatkan kita daripada perkara dosa dan maksiat yang menjadi penyebab kerugian akhirat.

6. Ulama menegaskan bahawa zikir kepada Allah dan selawat adalah sebab utama untuk majlis diberkati dan tidak menjadi dosa.

7. Hadis ini menunjukkan bahawa setiap majlis sama ada rasmi atau tidak, ilmiah atau santai, seharusnya disulami dengan menyebut nama Allah dan berselawat seperti dimulakan dengan membaca surah al-fatihah dan ditutup dengan membaca tasbih kafarah.

20hb Zulhijjah1447H
06hb Jun 2026

Catatan DuhaPerjuangan yang ikhlas menuntut pengorbanan. Pengorbanan yang tulus akan melahirkan kemenangan. Kemenangan y...
06/06/2026

Catatan Duha

Perjuangan yang ikhlas menuntut pengorbanan. Pengorbanan yang tulus akan melahirkan kemenangan. Kemenangan yang diberkati membawa kepada kemuliaan.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
20 Zulhijjah1447, 6 Jun 2026
Sabtu

PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI FUTSAL PIALA KP PAS BAGAN DATUK 2026 : KIAN TERASA BAHANG KEHANGATANNYA5 JUN 2026 || KG. SG...
05/06/2026

PERTANDINGAN SEPAKAN PENALTI FUTSAL PIALA KP PAS BAGAN DATUK 2026 : KIAN TERASA BAHANG KEHANGATANNYA

5 JUN 2026 || KG. SG. BATANG

Persiapan dan persediaan tempat pertandingan Sepakan Penalti Futsal Piala KP PAS Bagan Datuk giat dilakukan oleh pihak urusetia pada petang Jumaat di padang Yasiniah, Sg. Batang.

" BAGAN DATUK SEJAHTERA BERSAMA "
" PEMUDA MANTAP & BERTEKAD "

" KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM "
" TERUS MEMIMPIN "
" TEKAD MEMIMPIN "

Catatan DuhaBesarnya kejayaan yang dicapai bergantung kepada besarnya pengorbanan yang sanggup dilakukan. Ustaz Hj Idris...
05/06/2026

Catatan Duha

Besarnya kejayaan yang dicapai bergantung kepada besarnya pengorbanan yang sanggup dilakukan.

Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
19 Zulhijjah1447, 5 Jun 2026
Jumaat

Sumbangan INFAQ JUMAAT RM10 ke SRITI UMMUL QURA BAGAN DATUK terus dialu-alukan. Terima kasih :)
05/06/2026

Sumbangan INFAQ JUMAAT RM10 ke SRITI UMMUL QURA BAGAN DATUK terus dialu-alukan. Terima kasih :)

[ SEK •REN• INTEGRASI TERAS ISLAM || SRITI || UMMUL QURA BAGAN DATUK ]
=====================================
🌸🫳INFAQ JUMAAT [ RM10 ] SRITI UMMUL QURA 🫴❤️
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Firman Allah SWT:

مَّثَلُ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنبُلَةٍ مِّائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّـهُ يُضَاعِفُ لِمَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ ﴿٢٦١﴾ الَّذِينَ يُنفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّـهِ ثُمَّ لَا يُتْبِعُونَ مَا أَنفَقُوا مَنًّا وَلَا أَذًى ۙ لَّهُمْ أَجْرُهُمْ عِندَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ

Maksudnya: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan (agama) Allah, kemudian mereka tidak mengiringi apa yang mereka belanjakan itu dengan perkataan membangkit-bangkit (pemberiannya), dan tidak p**a menyinggung atau menyakiti (pihak yang diberi), mereka beroleh pahala di sisi Tuhan mereka, dan tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka p**a tidak akan berdukacita." (Surah al-Baqarah: 261-262)
=====================================
👳‍♂️ 🤲Assalamualaikum WBT, tuan/puan/sekalian para dermawan yang dihormati sekalian...🤲👳‍♀️

REBUT PELUANG BERINFAQ RM10 UNTUK SRITI UMMUL QURA

Insya-Allah, pihak SRITI Ummul Qura Bagan Datuk membuka 🎊PELUANG TERBAIK & TERHEBAT🎇 kepada seluruh Muslimin dan Muslimat untuk MENDAPAT KELEBIHAN bersedekah atau BERINFAQ pada hari Jumaat melalui program "INFAQ JUMAAT RM10 SRITI UMMUL QURA (UQ).

Segala sumbangan anda ke Dana tersebut akan diMANFAATKAN semuanya untuk pengurusan & Pentadbiran SRITI Ummul Qura.

Setiap Ringgit & sen pastinya akan menjadi SEDEKAH JARIAH anda selagi mana SUMBANGAN kalian diMANFAATKAN oleh warga SRITI UQ khususnya anak-anak yang belajar ilmu agama di sini.. Insya-Allah.

🗄️SUMBANGAN JUMAAT RM10 SRITI UQ BOLEH DISALURKAN MELALUI :-

Akaun bank :-
🏢 RHB: 25820800006926
atas nama :SRITI UMMUL QURA' BAGAN DATUK

🤷‍♂️ SEBARANG PERTANYAAN LANJUT DAN MAKLUMAT TERUS HUBUNGI :-

📲 *019-2430445* @⁨Dppk Us. Asyraf⁩ /
👳‍♀️Ustaz Asyraf:- Pengerusi

📲 *019-5515179* @⁨Dppk En. Lokman⁩
👳‍♀️Ustaz Lokman Hakim :- Bendahari

📉 Segala sumbangan dana (INFAQ JUMAAT) kalian adalah amat-amat diharapkan dan sangat dihargai.

Sumbangan anda, kami dahului ucapan sekalung penghargaan serta Terima kasih.
❤️🌸❤️🌸❤️🌸❤️🌸❤️🌸❤️🌸
=====================================
"SRITI MELAHIRKAN GENERASI SOLEH PINTAR RABBANI & MURABBI"

04/06/2026

[[ MAJLIS YANG TIDAK BERKAT ]]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَا مِنْ قَوْمٍ يَقُومُونَ مِنْ مَجْلِسٍ لَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ تَعَالَى فِيهِ إِلَّا قَامُوا عَنْ مِثْلِ جِيفَةِ حِمَارٍ وَكَانَ لَهُمْ حَسْرَةً

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Tidak ada suatu kaum yang bangkit dari suatu majlis yang mereka tidak mengingati Allah di dalamnya, melainkan mereka bangkit dari majlis seperti bangkit dari bangkai keldai, dan majlis akan itu menjadi penyesalan bagi mereka. (HR Abu Daud No 11/835) Status Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Zikir mengingati Allah adalah jalan kepada kebahagiaan di akhirat dan keberkatan di dunia.

2. Majlis atau aktiviti yang tidak ada zikir didalamnya, tidak disebut nama Allah, tidak ada doa, tidak ada tazkirah atau peringatan dan tiada unsur mengingati akhirat akan menjadi majlis yang tidak bermakna, kosong dan sia-sia.

3. Majlis yang didalamnya terdapat zikir kepada Allah akan diberkati, membawa ketenangan dan pahala. Sebaliknya, majlis yang tidak mengingat Allah akan berakhir dengan kerugian.

4. Zikir bukan hanya sekadar menyebut nama Allah, tetapi ia juga sebagai pengingat agar kita sentiasa berada dalam rahmat-Nya. Dengan zikrullah, kita menjaga diri daripada membiarkan waktu berlalu sia-sia.

5. Majlis yang didalamnya terdapat zikir mengingati Allah akan memberi pengaruh yang positif terhadap akhlak. Zikir menghidup dan menenagkan hati, meningkatkan kerendahan hati dan ketakwaan, menjadikan pertemuan lebih bermakna.

6. Perumpamaan seperti bangkai keldai adalah sesuatu yang busuk dan hina. Rasulullah SAW menggambarkan majlis yang tiada zikir itu sebagai tidak bernilai di sisi Allah, malah menjijikkan dan boleh mengundang dosa.

7. Majlis yang baik adalah majlis yang disertai di dalamnya dengan zikir, doa, selawat atau peringatan agama walau sedikit. Tidak semestinya ia majlis ilmu formal, cukup ada tazkirah ringkas, doa pembuka atau penutup.

8. Hadis ini merupakan peringatan supaya umat Islam tidak menjadikan pertemuan dan majlis mereka kosong daripada mengingati Allah SWT. Majlis yang lalai daripada zikir dan perkara bermanfaat akan menjadi sumber kerugian dan penyesalan pada Hari Kiamat.

19hb Zulhijjah1447H
05hb Jun 2026

[[ BERZIKIR MENGINGATI ALLAH SETIAP AKTIVITI ]]عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْه...
04/06/2026

[[ BERZIKIR MENGINGATI ALLAH SETIAP AKTIVITI ]]

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: مَن قَعَدَ مَقْعَدًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ، وَمَن اضْطَجَعَ مُضْجَعًا لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، كَانَتْ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ. وَمَا مَشَى أَحَدٌ مَمْشًى لَمْ يَذْكُرِ اللَّهَ فِيهِ، إِلَّا كَانَ عَلَيْهِ مِنَ اللَّهِ تِرَّةٌ

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang duduk di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kerugian dan penyesalan daripada Allah. Begitu juga, jika seseorang berbaring di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia akan mendapat kerugian dan penyesalan daripada Allah. Dan sesiapa yang berjalan di suatu tempat tanpa mengingati Allah di dalamnya, maka dia juga akan mendapat kerugian dan penyesalan daripada Allah. (HR Abu Daud No 4856) Status Hasan Sahih

Pengajaran:

1. Zikrullah adalah jalan untuk meningkatkan hubungan kita dengan Allah.

2. Setiap Muslim perlu sentiasa mengingati Allah dengan cara dimulai dengan Basmallah ataupun doa juga zikir dalam semua keadaan termasuk ketika berdiri, duduk, berjalan, atau tidur. Dengan mengingati Allah kita akan memperoleh keberkatan dan pahala daripada-Nya.

3. Berzikir mengingati Allah adalah tanda bersyukur kepada-Nya atas segala nikmat yang diberikan. Setiap perbuatan kecil, seperti duduk, tidur, atau berjalan, boleh menjadi ibadah jika disertai dengan niat yang baik dan mengingati Allah.

4. Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Bari menjelaskan bahawa setiap pergerakan kita harus dipenuhi dengan ingatan kepada Allah kerana keseluruhan hidup kita adalah ibadah.

5. Kekurangan atau kerugian akan ditanggung seseorang apabila tidak berzikir menyebut nama Allah ketika melakukan sesuatu aktiviti. Meninggalkan zikir kepada Allah akan mengurangi keberkatan dan kebaikan yang sepatutnya diperoleh.

6. Imam al-Nawawi dalam al-Minhaj menyatakan bahawa kerugian bermaksud kekurangan dalam pahala dan pengurangan rahmat Allah pada diri seseorang.

7. Pentingnya berzikir mengingati Allah dalam setiap waktu dan keadaan menjadikan kita sentiasa berada dalam perlindungan-Nya dan mendapatkan ganjaran yang besar.

8. Hadis ini mendidik umat Islam supaya sentiasa menghidupkan hati dengan zikir dan ingatan kepada Allah dalam setiap keadaan kehidupan. Duduk, berjalan dan berehat bukan sekadar aktiviti biasa, bahkan boleh menjadi sumber pahala apabila disertai dengan zikir kepada Allah SWT.

9. Ia juga mengingatkan bahawa kelalaian terhadap Allah membawa kerugian dan penyesalan, sedangkan hati yang sentiasa mengingati-Nya akan memperoleh ketenangan, keberkatan dan keselamatan di dunia serta akhirat.

18hb Zulhijjah1447H
04hb Jun 2026

Address

Bagan Datuk
Bagan Datoh

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Pemuda PAS Kawasan-DPPK Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share