Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk

Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk. Memberikan Informasi Kesihatan Dan Aktiviti Kesihatan Di Daerah

๐Ÿšญ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐Š๐€๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿšญ๐Ÿšญ Paru-paru bukan โ€œspare partโ€ broโ€ฆ rosak sekali, hidup terus lag ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จRokok dan v**e...
31/05/2026

๐Ÿšญ ๐’๐€๐Œ๐๐”๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐“๐€๐๐๐€ ๐“๐„๐Œ๐๐€๐Š๐€๐” ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” ๐Ÿšญ

๐Ÿšญ Paru-paru bukan โ€œspare partโ€ broโ€ฆ rosak sekali, hidup terus lag ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

Rokok dan v**e mungkin nampak โ€œcoolโ€ beberapa minit, tapi kesan dia dekat badan boleh stay bertahun-tahun. Yang bahaya bukan sekadar asap โ€” nikotin boleh buat otak dan badan jadi ketagih tanpa sedar. Mula-mula โ€œcuba sekaliโ€, lepas tu jadi susah nak stop ๐Ÿšฌโš ๏ธ

Kadang orang ingat v**e lebih selamatโ€ฆ tapi hakikatnya paru-paru kita tak dicipta untuk sedut bahan kimia setiap hari ๐Ÿ˜ตโ€๐Ÿ’ซ

๐Ÿ’ก Fakta santai:
Paru-paru manusia boleh tampung lebih kurang 300 juta alveoli (kantung udara kecil) untuk bantu kita bernafas. Tapi bila terdedah dengan asap rokok & v**e terlalu lama, fungsi paru-paru makin lemah dan badan cepat penat ๐Ÿ˜ท

Tak perlu tunggu sakit baru nak berubah.
Start slow pun tak apaโ€ฆ yang penting start โœจ

๐Ÿšซ Stop normalising merokok & va**ng.
โœ… Start normalising hidup sihat.

Salam Aidiladha 1447HSemoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuh nilai keikhlasan, pengorbana...
26/05/2026

Salam Aidiladha 1447H

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, memperkukuh nilai keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.

Dalam kemeriahan menyambut Aidiladha, teruslah menjaga kesihatan, keselamatan serta mengamalkan gaya hidup sihat bersama keluarga tersayang.



26/05/2026

Pertubuhan Kelab Rekreasi dan Kebajikan Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk telah diluluskan secara rasmi pada 19 Februari 2026 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM). Penubuhan kelab ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja serta menyediakan platform kebajikan bagi membantu ahli yang memerlukan.

Pelancaran Kelab Rekreasi dan Kebajikan PKD Bagan Datuk telah dirasmikan dengan jayanya oleh Dr. Mohamad Zarudin Bin Mat Said, Pegawai Kesihatan Daerah Bagan Datuk pada 22 Mei 2026 di perkarangan Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Ahli Jawatankuasa Kelab Rekreasi dan Kebajikan PKD Bagan Datuk sesi 2026 yang telah dilantik.

๐Ÿ“Œ Barisan Ahli Jawatankuasa Kelab

Dr. Muhammad Ikhwan Bin Mud Shukri โ€“ Pengerusi
Indiran A/L Chandran โ€“ Setiausaha
Dr. Muhammad Anwar Bin Ahmad โ€“ Bendahari
Siti Alia Binti Alias โ€“ AJK
Muhammad Zulfadhil Bin Zahari โ€“ AJK
Nadiah Binti Ismail โ€“ AJK
Mohd Firdaus Bin Saibani โ€“ AJK
Nur Haslinda Binti Aderis โ€“ AJK

Semoga penubuhan kelab ini menjadi platform untuk mengeratkan ukhuwah, memupuk semangat kerjasama serta melahirkan warga kerja yang aktif, sihat dan bersatu padu.

Pendaftaran keahlian boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan berikut:
https://forms.gle/1UtJVkdrH2FZHQ217
atau melalui imbasan kod QR yang disediakan.

โ€œSukan Menguatkan, Kebajikan Menyatukanโ€




26/05/2026

Kursus Pemasangan Ovitrap 48 Jam, Sticky Ovitrap, Penggunaan MgO dan Bioassay telah dilaksanakan pada 21 Mei 2026 (Khamis) bertempat di Kafe Rayau Bagan Datuk anjuran Unit Kawalan Penyakit Bawaan Vektor, Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk.

Kursus ini bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran anggota dalam pelaksanaan aktiviti kawalan penyakit bawaan vektor agar lebih berkesan dan sistematik di lapangan.

Ceramah telah disampaikan oleh Pn. Noor Shila Binti Bakaruddin, Pegawai Sains Kaji Serangga, PKD Manjung. Setinggi-tinggi penghargaan turut dirakamkan kepada Pasukan Entomologi Daerah Manjung atas perkongsian ilmu dan pengalaman sepanjang kursus berlangsung.

Tahniah turut diucapkan kepada Pembantu Kesihatan Awam En. Nasirudin Bin Norhan dan Pembantu Khidmat Am En. Ahmad Fazly Bin Amat Kamal atas pencapaian Kompaun Aedes Tertinggi Tahun 2025 sebagai penghargaan terhadap komitmen dan prestasi cemerlang yang ditunjukkan.

Semoga program seperti ini terus memperkukuhkan kompetensi anggota dalam usaha pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor.


BALIK KAMPUNG?Jangan abaikan jika ada Gejala.Dapatkan pemeriksaan kesihatan SEGERA!
26/05/2026

BALIK KAMPUNG?
Jangan abaikan jika ada Gejala.
Dapatkan pemeriksaan kesihatan SEGERA!

25/05/2026

Masalah kesihatan mental boleh dialami sesiapa sahaja tanpa mengira usia, bangsa, tahap ekonomi dan pendidikan. Stigma dan salah faham dalam kalangan masyarakat menyebabkan individu yang mengalami masalah atau penyakit mental tidak tampil untuk mendapatkan bantuan professional yang mereka perlukan.

Untuk mendapatkan khidmat kaunseling dan bantuan sokongan sosial, hubungi Talian Bantuan Krisis Kesihatan Mental- ๐“๐š๐ฅ๐ข๐š๐ง ๐‡๐„๐€๐‹ ๐Ÿ๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“๐Ÿ“ (๐‡๐ž๐ฅ๐ฉ ๐ฐ๐ข๐ญ๐ก ๐„๐ฆ๐ฉ๐š๐ญ๐ก๐ฒ ๐€๐ง๐ ๐‹๐จ๐ฏ๐ž) yang beroperasi setiap hari termasuk cuti umum bermula 08:00 pagi hingga 12.00 tengah malam.

22 Mei 2026KOSPEN Taman Ehsan dan Cemerlang telah berjaya melaksanakan aktiviti sulung di daerah Bagan Datuk selepas did...
25/05/2026

22 Mei 2026

KOSPEN Taman Ehsan dan Cemerlang telah berjaya melaksanakan aktiviti sulung di daerah Bagan Datuk selepas didaftarkan secara rasmi pada tahun ini.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya sesi pengenalan saringan kesihatan kepada para sukarelawan serta demonstrasi penggunaan mesin pemeriksaan tekanan darah, gula dan kolesterol bagi meningkatkan kesedaran komuniti terhadap penjagaan kesihatan kendiri. Para sukarelawan turut diberi peluang untuk mencuba sendiri kaedah pemeriksaan yang dijalankan.

Selain itu, saringan kanser kolorektal turut diadakan dalam kalangan sukarelawan yang hadir sebagai langkah awal pengesanan penyakit.

Aktiviti Brisk Walk juga telah diadakan bagi mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan masyarakat setempat.

Semoga penubuhan KOSPEN Taman Ehsan dan Cemerlang, ini menjadi pemangkin kepada pembudayaan amalan hidup sihat serta memperkukuhkan penglibatan komuniti dalam usaha pencegahan penyakit tidak berjangkit (NCD) di daerah Bagan Datuk.

โœจ Majlis Perhimpunan Bulanan PKD Bagan Datuk | Mei 2026 โœจAlhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Bulanan PKD Bagan Datu...
22/05/2026

โœจ Majlis Perhimpunan Bulanan PKD Bagan Datuk | Mei 2026 โœจ

Alhamdulillah, selesai sudah Perhimpunan Bulanan PKD Bagan Datuk bagi bulan Mei 2026 ๐Ÿค
Penuh dengan pengisian bermanfaat, penghargaan, semangat teamwork dan vibes kekeluargaan yang memang priceless ๐Ÿซถ

Terima kasih kepada semua warga kerja yang hadir dan menjayakan majlis dari awal sampai habis. Dari renungan pagi sempena Aidiladha, penyampaian anugerah, pengenalan kelab rekreasi sampai lah sesi penyampaian hadiah โ€” semuanya berjalan dengan lancar ๐Ÿ’ฏ

๐Ÿ“Œ Sekalung penghargaan buat staf yang bertukar keluar :
โ€ข Noraina Binti Kassim โ€“ Hospital Taiping
โ€ข Nurul Ashikin Binti Nordin โ€“ JKN Perlis
โ€ข Yogeswary A/L Kannan โ€“ PKD Manjung
โ€ข Muhamad Izhan Bin Yeop Noordin โ€“ Hospital Bahagia Ulu Kinta
โ€ข Mohamad Zaki Bin Abdul Rahman โ€“ PKPD Hilir Perak
โ€ข Pn Suthasri A/P Kanan โ€“ JKN Negeri Sembilan
โ€ข Pn Fauziah Binti Taharim โ€“ PKD Kuala Kangsar

Terima kasih atas segala jasa, tenaga dan komitmen sepanjang bersama keluarga PKD Bagan Datuk ๐Ÿค Semoga terus sukses di tempat baharu!

๐ŸŒŸ Selamat datang juga kepada staf baharu :
โ€ข En Choo Weng Hong โ€“ Pegawai Farmasi
โ€ข En Colurus Paulus โ€“ Juruteknologi Makmal Perubatan
โ€ข En Saiful Ridzuan B. Jari โ€“ Penolong Pegawai Farmasi
โ€ข Roziha Binti Abdul Aziz โ€“ Jururawat
โ€ข Muhammad Hayqal Aiman Bin Zainuddin โ€“ Pembantu Khidmat Am (Pemanduan)
โ€ข Syed Nazrin Bin Syed Sabri โ€“ Pembantu Khidmat Am (Pemanduan)

Welcome to the family! Semoga terus bersama-sama memberi perkhidmatan terbaik untuk masyarakat ๐Ÿ’ช

๐Ÿ† Tahniah kepada pemenang Pertandingan Video Hand Hygiene :
๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga โ€“ Klinik Kesihatan Hutan Melintang
๐Ÿฅˆ Tempat Kedua โ€“ Klinik Kesihatan Selekoh
๐Ÿฅ‡ Johan โ€“ Klinik Kesihatan Bagan Datuk

Creativity memang on point ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‘

Tahniah juga kepada penerima anugerah :
๐Ÿ… En Mohd Zul Azri Bin Hidir โ€“ Anugerah Pengelola Survelans Tibi Terbaik 2025
๐Ÿ… Dr Mira Nazira Binti Mohd Izham โ€“ Anugerah Pengurusan Sistem E-Notifikasi Tibi Terbaik 2025
๐Ÿ… Dr Abdullah Aiman Bin Mohamed Amiruddin โ€“ Sijil Penghargaan Program Sambutan World Hearing Day 2026 Peringkat Negeri Perak

Dan of course, tahniah kepada pemenang pertandingan anjuran Kelab Rekreasi & Kebajikan PKD Bagan Datuk ๐ŸŽ‰
๐ŸŽจ Kategori Akronim Kelab โ€“ Pn Ramlah Binti Rahili
๐Ÿšฉ Kategori Reka Bentuk Bendera Kelab โ€“ En Mohamad Hafiz Bin Mohamad Nafiri
๐Ÿ‘• Kategori Reka Bentuk Baju Kelab โ€“ En Muhammad Amin Naqiuddin B Mohd Shatari

Bukan sekadar kerja, tapi kita bina teamwork, ukhuwah dan memori sama-sama ๐Ÿค
Semoga warga PKD Bagan Datuk terus maju, sihat dan maintain positive vibes selalu โœจ







BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMILJangan anggap anemia semasa hamil perkara biasa.Ibu mungkin nampak kuat,tapi dalam diam badan ...
22/05/2026

BAHAYA ANEMIA SEMASA HAMIL

Jangan anggap anemia semasa hamil perkara biasa.
Ibu mungkin nampak kuat,tapi dalam diam badan sedang menjerit keletihan.
Kurang darah boleh membahayakan ibu dan bayi dalam kandungan.
Jangan lupa pengambilan zat besi dan hadir untuk pemeriksaan berkala di klinik.



โค๏ธโ€๐Ÿฉน โ€œ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ป๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฝ ๐—ท๐—ฒโ€ฆ ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป-๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‘€โ€Ramai rasa sihat sebab tak pening, tak sakit.Tapi hak...
18/05/2026

โค๏ธโ€๐Ÿฉน โ€œ๐——๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ถ ๐—ป๐—ถ ๐˜€๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฎ๐—ฝ ๐—ท๐—ฒโ€ฆ ๐˜๐—ฎ๐—ฝ๐—ถ ๐—ฑ๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ด๐—ฒ ๐—ฑ๐—ถ๐—ฎ ๐—ฏ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป-๐—บ๐—ฎ๐—ถ๐—ป ๐Ÿ‘€โ€

Ramai rasa sihat sebab tak pening, tak sakit.
Tapi hakikatnya, ๐—ต๐—ถ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—ป๐˜€๐—ถ ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฟ๐—ผ๐˜€๐—ฎ๐—ธ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ท๐—ฎ๐—ป๐˜๐˜‚๐—ป๐—ด, ๐—ผ๐˜๐—ฎ๐—ธ & ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต ๐—ฝ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฝ๐—ฎ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐˜€๐—ฒ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ ๐Ÿ˜ฎโ€๐Ÿ’จ

๐Ÿ“Œ Tips simple gaya chill tapi penting:
โœ… Kurangkan air manis & makanan masin
โœ… Tidur cukup
โœ… Gerak badan walaupun jalan 30 minit ๐Ÿšถ
โœ… Stop rokok & v**e ๐Ÿšญ
โœ… Check tekanan darah secara berkala

Jangan tunggu badan โ€œwarningโ€ baru nak jaga ๐Ÿ’”
Kadang-kadang pembunuh senyap ni datang tanpa bunyi.

๐Ÿฉบ Ingat:
โ€œ๐—ง๐—ฒ๐—ธ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฑ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ต ๐—ฏ๐—ผ๐—น๐—ฒ๐—ต ๐—ฑ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น, ๐—ธ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐˜‚๐—น๐—ฎ ๐—ฎ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—น ๐˜๐—ฎ๐—ต๐˜‚.โ€










Address

PEJABAT KESIHATAN DAERAH BAGAN DATUK
Bagan Datoh
36300

Telephone

+6056222033

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pejabat Kesihatan Daerah Bagan Datuk:

Share