Perpustakaan Desa Kampung Telong, Bachok, Kelantan

Perpustakaan Desa Kampung Telong, Bachok, Kelantan Menyediakan Prasarana Sumber Maklumat dan Ilmu Untuk Semua Lapisan Masyarakat

25/05/2026









Notis penutupan perkhidmatan perpustakaan sempena Hari Arafah, Hari Raya Aidiladha 1447H, Hari Wesak 2026 dan Hari Keput...
25/05/2026

Notis penutupan perkhidmatan perpustakaan sempena Hari Arafah, Hari Raya Aidiladha 1447H, Hari Wesak 2026 dan Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi tahun 2026

resensi bukuTAJUK : COMEBACK STRONGERPENULIS : SYIRA LOKMANTAHUN/ PENERBIT : 2023/ MUST READ SDN BHDISBN : 9789670078106
25/05/2026

resensi buku

TAJUK : COMEBACK STRONGER
PENULIS : SYIRA LOKMAN
TAHUN/ PENERBIT : 2023/ MUST READ SDN BHD
ISBN : 9789670078106

NOTA KORBAN : BOLEH KE BAGI DAGING KORBAN KAT ORANG BUKAN ISLAM?Soalan pop**ar setiap kali nak datang musim korban,“Usta...
24/05/2026

NOTA KORBAN : BOLEH KE BAGI DAGING KORBAN KAT ORANG BUKAN ISLAM?

Soalan pop**ar setiap kali nak datang musim korban,

“Ustaz, boleh tak kita bagi daging korban kat jiran non-Muslim sebelah rumah saya ni? Dia baik sangat. Tiap kali raya bagi limau sekotak, maruku 3 bungkus.”

Jom kita santai-santai fahamkan isu ni.. budak-budak pun boleh hadam.

Apa kata Al-Quran?

Allah SWT dah siap bagi guideline dalam Surah Al-Hajj ayat 36:

“Maka makanlah sebahagian daripadanya, dan berilah (bahagian yang lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta…”

(Surah Al-Hajj: 36)

Maknanya, korban ni bukan untuk kita seorang buat rendang seminggu je. Ada bahagian untuk kita kongsi, yang pemalu tak minta, dan yang ‘sporting’ datang rumah bawa Tupperware.

Ulama cakap apa p**a?

Ulama ni ibarat panel penasihat syariah. Cuma, mereka kadang-kadang berbeza pendapat.

📌 Mazhab Hanafi : OK je nak bagi kat bukan Islam yang miskin.

📌 Mazhab Maliki : Hmm… makruh, tak digalakkan.

📌 Mazhab Hanbali : Boleh, tapi untuk korban sunat je. Yang wajib? Simpan kat geng Islam dulu.

📌 Mazhab Syafi’e : Lebih berhati-hati sikit. Tak dibenarkan bagi kat bukan Islam, sebab korban ni ibadah nak rapat dengan Allah.

Jadi, apa pendapat yang rileks tapi berpijak di bumi nyata?

Kita kata: "Tengok situasi."

Kalau kat kawasan tu orang Islam semua dah kenyang makan sup tulang, dan jiran non-Muslim sebelah rumah tolong jaga rumah masa kita balik raya, apa salahnya hulur sikit daging korban tu.

Tapi kalau daging tu cukup-cukup je nak bagi kat pakcik-pakcik masjid yang susah, utamakan mereka dulu.

atau

Katakan dalam kampung orang asli, yang datang bantu lapah daging bukan orang Islam sahaja, satu kampung termasuk yang non-muslim turut sama bantu. Dalam situasi ni, lebih rahmah jika dikongsikan bersama daging korban tersebut.

Islam ni ajar kita adil dan penuh hikmah.

Ada dalil lain? Confirm halal ke ni?

Yes. Allah sendiri kata dalam Surah Al-Mumtahanah ayat 8:

“Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama..”

Maksudnya, selama mana jiran kita bukan geng yang benci Islam, kita boleh buat baik. Dan bagi daging korban ni pun termasuk dalam ‘buat baik’.

Rasulullah pun concern dengan jiran bukan Islam

Ada kisah Abdullah bin Amru RA, dia sembelih kambing, Baginda SAW terus tanya (sebanyak 2 kali):

“Kamu dah hadiahkan (daging tersebut) kepada jiran kita si Yahudi tu? ”

Lepas tu Rasulullah SAW telah bersabda:

مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بِالْجَارِ حَتَّى ظَنَنْتُ أَنَّهُ سَيُوَرِّثُه

Maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa mereka seolah-olah waris.”

(Hadis Riwayat Abu Daud & Tirmizi)

Kesimp**an:

Kalau jiran bukan Islam tu baik, dan kita ada lebihan daging korban, boleh bagi.

Tapi kalau daging tu cukup-cukup je untuk orang Islam yang lebih memerlukan, utamakan orang Islam dulu.

Islam ni bukan rigid. Tapi fleksibel, berasaskan kasih sayang, akhlak dan hikmah.

Selamat berkorban semua!

Ingat, daging bukan sekadar untuk perut, tapi juga untuk mendekatkan hati.

Wallahu a’lam.

📝HH

𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗚𝗮𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗠𝗮𝘆𝗮 : 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲𝗕𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝘀𝘆𝗿𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹...
23/05/2026

𝗔𝗸𝘁𝗶𝘃𝗶𝘁𝗶 𝗚𝗮𝗹𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝗲𝗺𝗯𝗮𝗰𝗮 𝗠𝗮𝘆𝗮 : 𝟮𝟯 𝗠𝗲𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲

𝗕𝗶𝗹𝗮𝗸𝗮𝗵 𝘁𝗲𝗺𝗽𝗼𝗵 𝗵𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗮𝘀𝘆𝗿𝗶𝗸 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗶𝗵𝗮𝗿𝗮𝗺𝗸𝗮𝗻 𝗯𝗲𝗿𝗽𝘂𝗮𝘀𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝗱𝗶𝗴𝗮𝗹𝗮𝗸𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝘆𝗲𝗺𝗯𝗲𝗹𝗶𝗵 𝗯𝗶𝗻𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗼𝗿𝗯𝗮𝗻?

Keresahan boleh berlaku apabila berdepan tekanan, menjejaskan kesejahteraan emosi dan minda. 🌿Amalkan tip pengurusan anx...
23/05/2026

Keresahan boleh berlaku apabila berdepan tekanan, menjejaskan kesejahteraan emosi dan minda. 🌿

Amalkan tip pengurusan anxiety untuk kekal tenang dan mengekalkan kesihatan mental yang baik. 💙

SUMBER : Jabatan Penerangan Malaysia







𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐧 !!Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok  akan membuka kaunter kutipan hasil seperti mana berikut : 📆 : 23 Mei 2026 (...
20/05/2026

𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐧 !!

Pejabat Tanah Dan Jajahan Bachok akan membuka kaunter kutipan hasil seperti mana berikut :

📆 : 23 Mei 2026 ( Sabtu )
⏰ : 8.30 pagi sehingga 1.30 petang
🏢 : Perpustakaan Desa Kg Telong
( bersebelahan Pejabat Penggawa Daerah
Telong )

Sila bawa bersama resit hasil terdahulu atau geran tanah atau kad pengenalan bersama wang tunai semasa berurusan. Sekian.

Program: Bicara Maya  : Ibadah Korban "Laksanakan dengan ilmu"Tarikh: 20 Mei 2026Masa: 10:00 pagiPanel: Ustaz Muhammad U...
20/05/2026

Program: Bicara Maya : Ibadah Korban "Laksanakan dengan ilmu"
Tarikh: 20 Mei 2026
Masa: 10:00 pagi
Panel: Ustaz Muhammad Uwais Aqili bin Mohd Zain
Tempat: Secara Langsung di Facebook Perpustakaan Awam Kelantan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,Kebelakangan ini, hujan mulai turun di beberapa tempat. Keadaan ini sekaligus memban...
19/05/2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kebelakangan ini, hujan mulai turun di beberapa tempat. Keadaan ini sekaligus membantu menyejukkan suhu persekitaran. Namun, orang ramai adalah dinasihatkan untuk tidak alpa. Luangkan masa, periksa dan lupuskan bekas-bekas serta sampah sarap yang boleh menakung air. Semua bekas yang menakung air ini boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.
Jom, luangkan sedikit masa dihujung minggu ini dengan Cari dan Musnah. Terima kasih.

sumber : Pejabat Kesihatan Daerah Tanah Merah - Page Rasmi







NOTA PARENTING : "CHILD GROOMING!" BAGAIMANA IBU BAPA PERLU BERTINDAK SEBELUM ANAK TERJEBAK?Dunia hari ini semakin meris...
18/05/2026

NOTA PARENTING : "CHILD GROOMING!" BAGAIMANA IBU BAPA PERLU BERTINDAK SEBELUM ANAK TERJEBAK?
Dunia hari ini semakin merisaukan.
Ada manusia yang sanggup merosakkan jiwa anak kecil demi nafsu dan kepentingan diri.
Pemangsa tidak datang dengan kekasaran, tetapi..
Dengan senyuman.
Dengan gurauan.
Dengan layanan yang nampak ‘baik’.
Dan yang paling menakutkan, anak kecil selalunya tidak sedar mereka sedang dimanip**asi.
Sebagai ibu bapa, kita tidak mampu kawal semua manusia di luar sana.
Tetapi kita mampu bina benteng dalam diri anak-anak kita.
Ini 10 tindakan penting yang setiap ibu bapa wajib tahu sebelum terlambat.
10 Tindakan Ibu Bapa Untuk Elak Anak Jadi Mangsa "Child Grooming” :
1. Jangan Normalisasikan “Orang Tua Mesti Baik”
Ramai anak diajar hormat orang tua, tapi tak diajar bahawa: “Tak semua orang dewasa selamat.”
Ajar anak bahawa orang tua tetap ada batas. Kalau rasa tak selesa, terus menjauh, walaupun orang itu nampak alim, baik atau dikenali keluarga.
2. Biasakan Anak Cerita Semua Benda
Jangan sekadar tanya: “Sekolah okay?”
Tapi tanyalah siapa duduk sebelah tadi?
Driver van cakap apa?
Ada orang buat awak rasa pelik?
Siapa paling banyak sembang dengan awak hari ni?
Ada masanya pemangsa dikesan bukan melalui bukti. Sebaliknya melalui perubahan kecil pada cerita anak.
3. Ajar Anak Bezakan “Baik” dan “Manip**atif”
Pemangsa jarang nampak jahat pada awal-awal.
Mereka biasanya bagi perhatian, puji rupa, bagi hadiah, belanja makanan, jadi pendengar setia.
Ajar anak kalau orang dewasa terlalu fokus pada anak sampai buat anak tak selesa, itu sesuatu yang tak normal.
4. Larang Rahsia Dengan Orang Dewasa
Ini sangat penting.
Ajar anak kalau ada orang kata "Jangan bagitahu mama", Itu RED FLAG.
Orang dewasa yang betul tidak takut ibu bapa tahu.
5. Ajar Anak Hak Pada Tubuh Badan
Anak perlu tahu tangan siapa boleh sentuh, sentuhan mana tak patut, dan mereka BERHAK kata “Jangan pegang saya."
Walaupun kepada orang lebih tua.
6. Perhatikan Perubahan Emosi Anak
Ada ketika mangsa tak pandai cerita.
Namun tanda-tanda mula muncul..
Jadi pendiam,
Takut naik van,
Murung,
Cepat marah,
Tak mahu ke sekolah,
Tidur terganggu.
Jangan terus kata “Drama lah budak ni.”
Boleh jadi itu 'jeritan' minta tolong.
7. Jangan Serah 100% Keselamatan Pada Sistem
“Van sekolah dah lama.”
“Cikgu kenal.”
“Orang masjid.”
Semua itu belum tentu jaminan.
Ibu bapa tetap perlu semak siapa ambil anak, kenal circle anak,
dan alert dengan perubahan suasana.
8. Wujudkan “Code Word” Keluarga
Contohnya kalau anak rasa bahaya, dia hanya perlu sebut “Abah, saya tertinggal buku merah.”
Terus ibu bapa faham anak perlukan bantuan segera.
Simple. Tapi sangat membantu.
9. Pantau Telefon dan Media Sosial Anak
Ramai pemangsa sekarang tak bermula depan mata.
Mereka masuk melalui TikTok, game, DM, Telegram, Instagram.
Ada juga yang rosakkan anak bukan orang luar. Sebaliknya “uncle baik” dalam contact list.
10. Didik Anak Dengan Agama dan Harga Diri
Anak yang kenal maruah diri lebih susah dimanip**asi.
Ajar tentang..
Aurat,
Batas pergaulan,
Malu yang sihat,
dan bahawa tubuh mereka amanah daripada Allah.
Bila anak tahu nilai dirinya, dia lebih mudah berkata:
“Aku tak suka.”
“Aku tak selesa.”
“Aku nak balik.”
Ada manusia berniat jahat tidak datang dengan wajah menakutkan.
Sebaliknya mereka hadir dengan senyuman, gurauan, dan gelaran manja.
Sebab itu perlindungan paling kuat bukanlah CCTV.
Tetapi hubungan rapat antara ibu bapa dan anak.

SUMBER : Bahagian Dakwah, Jakim







Address

Kompleks Penggawa Telong
Bachok
16310

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perpustakaan Desa Kampung Telong, Bachok, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category