The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan

  • Home
  • Malaysia
  • Bachok
  • The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan

The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan Sila hantarkan pertanyaan/ cadangan anda kepada:
Emel: [email protected]
Telefon: 09-7797290

Selamat Hari Malaysia 2026.16 September 🇲🇾Bersama-sama hayati detik yang mengangkat semangat perpaduan, kebersamaan dan ...
15/09/2026

Selamat Hari Malaysia 2026.

16 September 🇲🇾

Bersama-sama hayati detik yang mengangkat semangat perpaduan, kebersamaan dan keharmonian rakyat Malaysia. 🤝




TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG! 15 September 2026 | Sekalung tahniah diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Maklumat ...
15/09/2026

TAHNIAH ATAS PENCAPAIAN CEMERLANG!

15 September 2026 | Sekalung tahniah diucapkan kepada Bahagian Perkhidmatan Maklumat PPI UMK atas kejayaan merangkul ANUGERAH SLAID TERBAIK sempena Seminar Kump**an Fokus Khas Kejuruteraan dan Seni Bina (SKFKKS) 2026 yang berlangsung pada 14–15 September 2026 bertempat di Perpustakaan UMPSA, Pekan. 🎉👏

🏅 Tahniah dan syabas kepada ahli kump**an:

1. Pahmi Abdullah — Pustakawan Kanan (Ketua)
2. Muhamad Hanif Ibrahim@Ismail — Pustakawan
3. Shazwani Mohd Ezazi — Pustakawan
4. Ainal Mardhiyah Md Hassan — Pemb. Pustakawan
5. Muhammad Nuraiman Mohd Hassan — Pemb. Pustakawan

📚 Tajuk Pembentangan:
“PEMBANGUNAN DAN PELAKSANAAN SPACESYNC PPI”
Transformasi Digital Pengurusan Tempahan Ruang Perpustakaan

Kejayaan ini mencerminkan semangat kerjasama, kreativiti, inovasi dan komitmen dalam menghasilkan idea serta pembentangan yang berkualiti. Semoga pencapaian ini menjadi pemangkin untuk terus melangkah lebih jauh dalam memperkasakan transformasi digital dan perkhidmatan perpustakaan. 💙💛

Tahniah sekali lagi kepada seluruh pasukan!






Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam PROG...
15/09/2026

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam PROGRAM PEMERKASAAN PEJABAT PEMINDAHAN TEKNOLOGI MEMACU INOVASI, MEMPERKASA HARTA INTELEK DAN MENCIPTA IMPAK ZON TIMUR yang telah diadakan di Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada 15 September 2026 (SELASA), Jam 09.00 pagi

https://www.youtube.com/live/n55MggTmwzI?si=SOXjktJ_8KO6Wrq7

Pengarah Teknikal -
1. En. Mohd Safuan
Jurukamera -
1. En. Fitry Hanif
2. En. Hakim
3. En. Wahyudi

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam MAJL...
15/09/2026

Bahagian Liputan dan Penyiaran (MCP), Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), UMK turut sama terlibat dalam MAJLIS PERBARISAN TAMAT LATIHAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PELANTIKAN INSPEKTOR KOR SUKARELAWAN SIMPANAN POLIS SISWA/SISWI UNIVERSITI AWAM KE-22 TAHUN 2026 yang telah diadakan di Padang Kawad Perdana & Dewan Tuanku Canselor, UMK Bachok pada 14 September 2026 (ISNIN), Jam 07.00 pagi

PKP: https://www.youtube.com/live/NzP89thTb5E?si=Bvbm3AKyoXIcpwtF

DTC: https://www.youtube.com/live/miGwrQkPT5Q?si=vcL7qOIrBGFfWLO0

Pengarah Teknikal -
1. En. Mohd Safuan
Jurukamera -
1. En. Fitry Hanif
2. En. Fitri
3. En. Faaez
4. En. Hakim
5. En. Wahyudi

LATIHAN SPRINGER (UNDERSTANDING THE SPRINGER KONSEPT TRANSFORMATIVE AGREEMENT FOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN RESEARCHE...
13/09/2026

LATIHAN SPRINGER (UNDERSTANDING THE SPRINGER KONSEPT TRANSFORMATIVE AGREEMENT FOR UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN RESEARCHERS)

Adalah dimaklumkan bahawa Springer akan mengadakan latihan pada ketetapan berikut:

Tajuk: Understanding the Springer KONSEPt Transformative Agreement for Universiti Malaysia Kelantan researchers
Platform: Atas Talian
Tarikh: 22 September 2026 (Selasa)
Masa: 10.00 AM - 12.00 PM (Kuala Lumpur, GMT+08:00)
Pautan Pendaftaran: https://register.gotowebinar.com/register/7033472986675810389

Semua pensyarah UMK dijemput hadir menyertai latihan ini dan kehadiran akan dikira sebagai JAM LATIHAN. Latihan ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pensyarah mengenai terma dan syarat Transformative Agreement KONSEPt, manfaat penerbitan akses terbuka (Open Access) dan cara menyertainya melalui Transformative Agreement serta halangan dan cabaran yang dihadapi oleh penulis semasa menghantar manuskrip kepada jurnal yang berkualiti tinggi.

Sebarang pertanyaan berhubung latihan ini, boleh hubungi Pn. Norhayati binti Nordin di talian 09-7797584 / [email protected] dan Pn. Siti Nurrul Akma bt Mohamed Mokhtar di talian 09-7797587 / [email protected].

Sekian, terima kasih.

10 September 2026 | Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Jeli) berbesar hati m...
10/09/2026

10 September 2026 | Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu, Universiti Malaysia Kelantan (Kampus Jeli) berbesar hati menerima kunjungan lawatan pendidikan daripada Sekolah Kebangsaan Ayer Chanal dan Kolej Vokasional Gerik.

Lawatan daripada SK Ayer Chanal melibatkan seramai 41 orang murid bersama 6 orang guru pengiring, manakala Kolej Vokasional Gerik p**a hadir dengan 20 orang pelajar bersama 5 orang guru pengiring.

Lawatan ini merupakan satu inisiatif yang amat bermakna dalam memperkenalkan kemudahan, perkhidmatan serta peranan PPI sebagai pusat sumber ilmu dan pembelajaran kepada para pelajar. Selain memberi pendedahan terhadap persekitaran akademik di institusi pengajian tinggi, kunjungan ini turut membuka ruang perkongsian ilmu dan pengalaman yang dapat menyemarakkan budaya membaca serta pembelajaran sepanjang hayat.

PPI UMK Jeli merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada SK Ayer Chanal dan Kolej Vokasional Gerik atas kesudian berkunjung ke PPI UMK (Kampus Jeli). Semoga lawatan ini memberikan pengalaman yang bermanfaat serta menjadi pemangkin kepada para pelajar untuk terus meneroka ilmu dan melangkah lebih jauh dalam pendidikan.

“Ilmu Disemai, Generasi Cemerlang Dituai.”




Warga Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu mengucapkan tahniah kepada YBrs. En. Hairuladzhar bin Mohd Hamdi, Menjala...
08/09/2026

Warga Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu mengucapkan tahniah kepada YBrs. En. Hairuladzhar bin Mohd Hamdi, Menjalankan Fungsi Ketua Pustakawan atas pelantikan semula sebagai Pengerusi Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) Kump**an Timur bagi sesi 2026-2028.

Semoga pelantikan ini membawa sinar baharu dalam memacu kecemerlangan PPM Kump**an Timur ke arah yang lebih gemilang.


LAWATAN PENANDA ARAS & PROGRAM ‘RESOURCE SHARING ‘ PPI UMK KE PTA UiTM1 September 2026 Pejabat Perpustakaan dan Pengurus...
01/09/2026

LAWATAN PENANDA ARAS & PROGRAM ‘RESOURCE SHARING ‘ PPI UMK KE PTA UiTM

1 September 2026

Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI), Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berkunjung ke Perpustakaan Tengku Anis (PTA), UiTM Cawangan Kelantan bagi menjayakan Lawatan Penanda Aras dan Program ‘Resource Sharing’melibatkan 22 orang staf Bahagian Perkhidmatan Maklumat.

Program ini menjadi wadah strategik untuk bertukar ilmu, berkongsi pengalaman dan meneroka amalan terbaik dalam memperkukuh pengurusan serta penyampaian perkhidmatan perpustakaan.

Sesi dimulakan dengan kata aluan oleh Yang Berusaha Puan Nordelina Zulkarnain, Ketua Perpustakaan Cawangan, PTA diikuti taklimat pengenalan PTA oleh Encik Muhammad Azrul Nizam Abdul Rahman, Pustakawan PTA.

Turut berlangsung sesi perkongsian ‘resource sharing’ oleh Dr. Muslim Ismail @ Ahmad, Timbalan Ketua Pustakawan PTA bersama Encik Pahmi Abdullah, Pustakawan Kanan PPI UMK, merangkumi sistem, terma, syarat dan strategi pelaksanaan perkongsian bahan antara kedua-dua institusi.

Program diperkaya dengan taklimat sistem aplikasi PPI UMK oleh Encik Muhamad Hanif Ibrahim @ Ismail, Pustakawan PPI UMK, serta sesi hands-on sistem PERMATA dan simulasi proses pinjaman bahan.

Lebih daripada sekadar lawatan, inisiatif ini memperkukuh sinergi ilmu, memperluas jaringan strategik dan membuka ruang kolaborasi UMK–UiTM ke arah ekosistem perkongsian sumber perpustakaan yang lebih dinamik, sistematik dan berimpak.

� � � � � � �

Selamat Hari Merdeka 2026!Semoga semangat merdeka terus mekar dalam setiap jiwa. Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi s...
31/08/2026

Selamat Hari Merdeka 2026!

Semoga semangat merdeka terus mekar dalam setiap jiwa. Merdeka bukan sekadar laungan, tetapi semangat yang kita bawa setiap hari.

Ayuh semarakkan semangat patriotisme dan kecintaan kepada tanah air bersama-sama!

“Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”

Ikhlas daripada, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu.



28 Ogos 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kump**an dari Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) ata...
28/08/2026

28 Ogos 2026 – Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada kump**an dari Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu (PPI) atas kejayaan meraih Pingat Perak dalam penyertaan National Administrative Olympiad (NAO) 2026, anjuran Persatuan Pegawai Tadbir & Ikhtisas UniMAP (POTENSI UniMAP).

Kejayaan ini membanggakan apabila PPI berjaya mengangkat idea dan inovasi menerusi pembentangan bertajuk “Sistem Pengurusan Perpustakaan Generasi Baharu” dalam kategori Isu/Cabaran Transformasi AI dalam Pentadbiran Universiti.

Semoga kejayaan meraih Pingat Perak ini menjadi pemangkin untuk terus mencipta inovasi, memperkasa perkhidmatan dan mengharumkan nama Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu di persada yang lebih tinggi.

Tahniah! Syabas! Teruskan mencipta kecemerlangan!


Address

The Office Of Library And Knowledge Management
Bachok
16300

Opening Hours

Monday 09:00 - 22:00
Tuesday 09:00 - 22:00
Wednesday 09:00 - 22:00
Thursday 09:00 - 03:30
Sunday 09:00 - 22:00

Telephone

+6097797290

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to The Office of Library and Knowledge Management Universiti Malaysia Kelantan:

Shortcuts

Share

Category