Bachok, Kelantan

Bachok, Kelantan Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan yang terdapat di negeri Kelantan. SEJARAH BACHOK
1. Ia terkenal sebagai sebuah perkampungan nelayan.

Bachok merupakan salah satu daripada 10 jajahan pentadbiran negeri Kelantan yang terdiri daripada: Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang.

2. Sejarah Nama Bachok

Bandar Bachok terletak di sebelah barat daya, lebih kurang 35 kilometer dari Kota Bharu. Menurut penduduk setempat, nama Bachok berasal daripada dua perkataan Siam ban a

nd chak. Ban bermaksud kampung dan chakNipah yang pada asalnya merujuk kepada Kampung Nipah, satu perkampungan yang lebih padat penduduknya yang terletak di selatan bandar Bachok sekarang. Bandar Bachok pada masa dahulu mungkin merupakan sebahagian daripada Kampung Nipah. bermaksud

Nama Ban Chak pada akhir berubah menjadi Bachok, mungkin kerana ia lebih senang disebut. Orang Siam tempatan (yang kebanyakannya tinggal di Kampung Balai, lebih kurang tiga kilometer ke utara bandar Bachok) pada hari ini masih memanggil Bachok sebagai Ban Chak atau Kampung Nipah.

3. Sejarah/Dongeng 1

Kononnya pada zaman dahulu kala terdapat sebuah batu menyerupai seekor burung yang seakan-akan sedang terbang dari laut di tepi pantai sepanjang kira-kira 2 kilometer itu. Tempat di mana batu yang dikatakan wujud kini dikenali sebagai Kampung Tok Burong. Masyarakat dahulu kala di sini juga percaya mengenai cerita kononnya wujud sebuah kemudi emas yang timbul dipermukaan air di pantai itu bersama-sama seekor buaya putih. Menurut cerita, buaya putih sakti itu telah mengambil seorang budak perempuan di situ untuk dijadikan anak angkatnya sehingga dewasa. Kerana sayangnya yang tidak terhingga, buaya putih itu sentiasa memberi berupa barang-barang kemas kepada budak perempuan itu. Tempat di mana berasalnya cerita dongeng itu kini dikenali sebagai Kampung Seri Kemudi.

4. Sejarah/Dongeng 2

Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan. Pada masa dahulu ramai orang Siam berhijrah ke Bachok untuk memulakan penghidupan baru sebagai nelayan. Menurut cerita orang tempatan, nama Bachok berasal dari dua perkataan Siam iaitu bang dan choh. Bang bererti perkampungan dan Choh p**a adalah jala atau jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam menggelar tempat ini sebagai Bangchoh kerana mata pencarian penduduk bertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Bangchoh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.

5. Mukim dalam Jajahan Bachok

-Alur Bakat
-Aur
-Badak Melawi
-Bakong
-Batol
-Beris Lalang
-Chap
-Cherang Hangus
-Gajah Mati
-Gunong
-Jelawat
-Kandis
-Keluat
-Kemasin
-Keting
-Kuala Melawi



-Kuau
-Kubang Badak
-Kubang Golok
-Kubang Telaga
-Kuchelong
-Mujur
-Nemen
-Nipah
-Pak Pura
-Pauh Sembilan
-Paya Mengkuang
-Pengkalan Chengal
-Permatang Pasir
-Perupok
-Repek
-Rusa



-Serdang
-Takang
-Tanjung Ara
-Tanjung Jembal
-Tanjung Jering
-Tawang
-Telok Mesira
-Temu Renggas
-Tepus
-Teratai
-Teratak Pulai
-Tok Belian
-Tok Junuh
-Tualang Salak
-Senok


6. Kemudahan & Infrastruktur

-Pejabat Tanah dan Jajahan
-Jabatan Kerja Raya
-Mahkamah Syariah
-Balai Bomba
-Balai Polis
-Pejabat Pendaftaran Negara
-Kelinik Kesihatan
-Pejabat Pos


7. Pantai Irama

Pantai Irama menyimpan sejarah pahit tanahair kerana menjadi salah satu tempat pendaratan utama tentera Jepun di Tanah Melayu pada zaman Perang Dunia II dahulu. Kesannya masih dapat dilihat dalam bentuk beberapa buah kubu tentera Inggeris yang masih terdapat di situ. Antara kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pengunjung adalah seperti berikut:

-Gerai makanan laut goreng
-Taman permainan kanak-kanak
-Tandas awam
-Chalet
-Kemudahan pengangkutan awam
-Surau
-Pasar malam (Jumaat) dan pasar tani (Sabtu)

(Source: http://datoksir.blogspot.my, Dec 2015)

Address

Bachok
16300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bachok, Kelantan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Bachok, Kelantan:

Share