UMNO-Taman Tasik Utama

UMNO-Taman Tasik Utama Page UMNO TTU ini ditubuhkan bertujuan sebagai medium penyampaian informasi dan aktiviti pergerakan UMNO terutamanya di Cawangan Tasik Utama.

14/09/2026

Ingatkan apa yang gempar sangat bila baca tajuk “tiga dakwaan pelupusan harta RM860 juta Tabung Haji”.

Bila baca betul-betul, rupanya Jamil Khir didakwa kerana ketika jadi menteri, dia meluluskan tiga bayaran Tabung Haji kepada Al-Rawda berjumlah kira-kira RM860 juta semasa dia berada di pejabat Menteri, Putrajaya.

Kalau lulus bayaran maka kata sahaja lah "lulus bayaran".

Apa "pelupusan aset"? Saja nak buat sensasi.

Isunya, kerajaan kemudian kata wang itu tidak diterima semula selepas Al-Rawda berhenti membuat bayaran mulai Mac 2019.

Tapi ada satu benda penting.

Mac 2019 itu hampir setahun selepas PH sudah jadi kerajaan.

Sepanjang Jamil Khir masih menjadi menteri, Al-Rawda tidak pernah gagal membayar.

Malah selepas PH ambil alih kerajaan pada Mei 2018, bayaran masih diteruskan sehingga Mac 2019 sehingga Al-Rawda terkesan dengan tindakan kerajaan Arab Saudi rampas kump**an Binladen di sana.

Lalu menjadi lagi parah dengan dua tahun pandemik 2020-2021 di mana hotel-hotel milik mereka tidak dapat beroperasi.

Dan ketiga-tiga pertuduhan terhadap Jamil Khir p**a dibuat bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan - menyalahgunakan harta dengan curang atau secara tidak jujur.

Bukan pertuduhan pecah amanah.

Bukan juga pertuduhan dia curi RM860 juta itu untuk masuk poket sendiri.

Apa yang curang atau tak jujur tidak diberitahu p**a.

Maksudnya, asas pertuduhan ini nampaknya kerana dia pernah meluluskan pembayaran kepada satu pelaburan/projek yang kemudiannya mengalami masalah dan wang tidak dapat diperoleh semula sepenuhnya.

Kalau begitu logiknya, saya cadangkan Menteri Kewangan pun didakwa bawah Seksyen 403 yang sama.

Sebab sebagai Menteri Kewangan (siapa dia?), dia juga yang meluluskan pelaburan KWAP dalam eFishery - dan akhirnya RM200 juta wang KWAP dilaporkan lesap.

Kalau kerugian pelaburan beberapa tahun kemudian boleh menjadikan menteri yang pernah meluluskannya sebagai tertuduh bawah Seksyen 403, maka standard yang sama kena pakai kepada semua.

Jangan satu standard untuk bekas menteri BN, satu lagi standard bila berlaku bawah Madani.

12/09/2026
31/08/2026

Selamat Ulang Tahun kemerdekaan yg ke 69

12/08/2026

Penyatuan Rumah Bangsa

Mana-mana parti yang ingin menang dan ingin memperolehi kuasa pada PRN di Melaka, kenapa mereka memburu Zahid dan Rauf?M...
12/08/2026

Mana-mana parti yang ingin menang dan ingin memperolehi kuasa pada PRN di Melaka, kenapa mereka memburu Zahid dan Rauf?

Motif mereka untuk mengajak berunding tentang kerjasama dan pembahagian kerusi DUN.

Sebelum ini, sesetengah parti terutama Mahathir, DAP dan PH menyatakan Najib "penyangak dan penyakau."

Malah UMNO dianggap sudah "mati" dan tidak mempunyai masa depan.

Semuanya salah Najib dan Zahid.

Najib akhirnya ke Kajang, sementara Zahid terselamat daripada ke penjara.

Konspirasi Firaun Malaysia telah gagal dan beliau kini telah patah tulang pinggul.

Sekalipun di penjara, aura Najib sentiasa viral menerusi Media Sosial.

Najib diperlekehkan menerusi kempen PRN Johor dan Negeri Sembilan, tetapi gagal.

BN menang dengan majoriti dua pertiga di Johor dan Negeri Sembilan.

BN semakin kuat sejak kebelakangan ini menyebabkan Najib terus menjadi mangsa konspirasi.

Titah Adendum gagal.

Najib juga dihalang daripada memperolehi pengampunan.

Siapakah Menteri Wilayah Persekutuan?

Menteri ini mempunyai fungsi untuk menolak jika Najib mohon untuk memperolehi pengampunan.

Sebelum itu, Najib diusahakan supaya disegerakan ke penjara oleh Ismail dan Mahiaddin.

Buktinya ada rakaman perbualan dan rakaman itu tular.

Najib perlu disegerakan ke penjara sebelum PRU15.

Namun Ismail dan Mahiaddin tetap tewas dalam PRU lepas.

Sebagai hukum karma, kini Ismail dan Midin sedang berdepan dengan cabaran yang hebat.

Tidak mustahil sebagai balasan kerana pernah menzalimi Najib sebelum ini, kedua-dua tokoh itu mungkin didapati bersalah dan ke penjara -

Kredit:-Julia Nor.

11/08/2026

Wah! Banyak untung Hotel Tabung Haji ini, ya?

Ini p**a rekod rasmi SSM bagi syarikat pengurusan hotel-hotel Tabung Haji selepas aset tersebut dipindahkan ke bawah UJSB.

Bagi 2021 hingga 2025:
Pendapatan terkumpul: kira-kira RM319.1 juta
Keuntungan bersih terkumpul: kira-kira RM41.0 juta

Malah pendapatan tahunan meningkat daripada RM38.1 juta pada 2021 kepada RM82.0 juta pada 2025, manakala keuntungan bersih meningkat daripada RM1.2 juta kepada hampir RM12 juta.

2025:
Total assets: RM50.98 million
Equity: RM28.06 million
Net profit: RM11.94 million
Return On Asset = RM11.94m ÷ RM50.98m = 23.4%
Return On Equity = RM11.94m ÷ RM28.06m = 42.6%

Jadi jelas hotel-hotel Tabung Haji ini bukan aset yang “mati”. Selepas Covid, operasi kembali pulih dan menghasilkan keuntungan yang semakin baik.

Persoalannya sekarang:

Kalau hotel-hotel asal TH ini sudah kembali mencatat keuntungan yang begitu baik, kenapa tidak dip**angkan semula kepada Tabung Haji?

Kenapa keuntungan dan nilai pemulihan aset itu perlu terus berada di bawah UJSB sedangkan aset-aset ini asalnya milik pendeposit TH?

Dulu katanya aset ini dipindahkan untuk “menyelamatkan” TH.

Kalau sudah pulih dan banyak untung, bukankah logiknya aset itu patut kembali kepada TH?

Aku rasa Anwar kena belajar dengan Zahid untuk urus parti. Fulaamakkk..bahaya siak kenyataan kau Nazri...hahahaTenang ga...
10/08/2026

Aku rasa Anwar kena belajar dengan Zahid untuk urus parti. Fulaamakkk..bahaya siak kenyataan kau Nazri...hahaha

Tenang gais...

Minum air secawan dulu...

Kalau dah ok, boleh teruskan baca.

Maksud aku,

DS Anwar Ibrahim cuba cara DS Zahid Hamidi urus parti.

Eh..macam sama aja.


Tak payah sembang banyak.

DS Zahid Hamidi kemudi bahtera UMNO-BN dari titik terendah.

Sejak DS Najib Razak letak jawatan pada 2018 dan beliau sambung hingga ke hari ini, adakah UMNO kekal tenang sahaja?

Tidak.

Berserabut dan kadang-kala nampak pincang juga.

Sebab dah nama pun berorganisasi sesama manusia.

Saidina Umar dan Abu Bakar pun berselisih.

Saidina Ali, Saiyidatina Aisyah dan Muawiyah berper4ng sesama sendiri kot.

Itu tahap sepupu, isteri dan sahabat dijamin syurga Rasulullah SAW.

Lainlah sesama malaikat, mesti tenang aja.

Fuhh...dah macam kuliah haraki kan?


Bukan aja ketika 2018, UMNO tidak menjadi kerajaan, bukan sahaja dalam sejarah berada di kerusi pembangkang...

Tapi..

Berbondong-bondong ahli UMNO keluar parti dan berhijrah ke pelbagai bahtera lain, lebih-lebih lagi ke BERSATU.

Seolah-olah ketika itu seluruh negara membenci UMNO ketika itu.

Kemuncaknya, ada ura-ura UMNO akan diharamkan dan kes mahkamah akan dipakai sehabis mungkin untuk urusan persaingan politik.

Kalau di tempat DS Zahid Hamidi, agak-agak rasa tercabut tengkuk tak?

Tapi dia tenang aja kita tengok.

Menikmati proses, kemudi bahtera, ada salah dan silap yang dibuat...

Bezanya proses membaiki dan membangun parti itu terlihat.


DS Zahid ini kalau dulu menang orang tengok dia garang lah. Boleh tengok video dia sebelum ini.

Tapi, PR (public relationship) dia sangat bagus.

Kalau jumpa orang beza parti ka apa, dia tegur, muka senyum bukan setakat salam, dia akan pegang tangan dan tarik jalan sama.

Macam kengkawan baik betul lah.

Itu yang dia buat dan orang yang dia tarik itu akan rasa terhormat dan dekat.

waktu PRN Negeri Sembilan baru ini, waktu penamaan calon.

Saat jentera PH nak 'boo' dia, dia salam dan tarik YB Menteri Kesihatan dari PH jalan sama dengan dia.

Orang PH kat situ terus 'kaget'..

"Alamak nak buat apa nie?..Nak 'boo' ada menteri kita. Tak 'boo' rasa tak kena.."

PR dia memang mantap la. Ada gaya macam Jokowi sebelum ini.

Itu kita kena belajar.


Macam mana dia urus parti?

Seperti kita tahu, bukan setakat ahli UMNO keluar parti beramai-ramai sejak 2018, ada waktunya selepas PRU15, wujud pemecatan dan penggantungan ahli.

Mereka yang dipecat dan digantung bukan orang biasa tapi tokoh hebat.

Hebatnya tarbiyah UMNO ialah tak semua mereka tak masuk parti lain, walaupun pelbagai tawaran sampai.

Dan hinggalah wujudnya Rumah Bangsa yang menyatukan dan menarik semula ahli-ahli UMNO untuk bersama wadah ini semula.

Cuma...

Walaupun kita lihat mereka berselisih dan beza pandangan, kita tak dengar mereka ditekan dalam kerajaan.

Peruntukan tak disekat, akses sistem sebagai ahli parlimen kerajaan tak dibekukan, hingga ruang untuk berbincang dengan PMX sendiri pun ada.

Keterbukaan itu sedikit sebanyak dia membuka mata rakyat.

Bagaimana dengan PMX p**a?


Inilah yang patut dirisaukan sebagai parti yang mengetuai Pakatan Harapan.

Sejak pemilihan Keadilan tahun lepas, suhu masih tak menurun malah makin membakar.

Keluarnya ahli parti beramai-ramai masuk ke BERSAMA, prestasi PH di Sabah, Johor dan Negeri Sembilan.

Terbaru, tersekatnya peruntukan ahli parlimen Keadilan di Ampang yang dilihat tak sehaluan dengan kehendak parti.

Aku tak faham neraca atau pertimbangan apa yang dibuat.

Bukankah lebih mudah diajak mengopi dan berbincang secara berdepan dari menyekat kerana perbezaan pendapat.

Katalah disekat kerana mereka menentang, tapi dari sudut kerajaan atau PH semakin kuat tak mengapa.

Tapi ini makin tempang kita tengok, dan ianya tak bagus untuk sebuah organisasi bersama.

Rakyat akan fikir..."sesama sendiri pun bergaduh tak selesai, jadi buat apa dipilih lagi..."

Pada aku, mungkin kena cari penasihat keliling yang bagus dan mendamaikan sesama anggota, bukan buat makin berpecah.

Hebatnya, itulah yang UMNO buat.

Mendamaikan.

Kan?

Kredit Nazri Haris

Address

Jalan TU
Ayer Keroh
75450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when UMNO-Taman Tasik Utama posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share