Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka

Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka Official Facebook account
Majlis Keselamatan Negara
Negeri Melaka

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026 Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada perpaduan, keh...
15/09/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA 2026

Hari Malaysia mengingatkan kita bahawa kekuatan negara terletak pada perpaduan, keharmonian dan semangat kebersamaan seluruh rakyat tanpa mengira perbezaan.

Marilah kita terus menyemai rasa cinta kepada tanah air, menghargai keamanan yang dikecapi serta bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan Malaysia kekal aman, berdaulat dan sejahtera.

Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati.

Ikhlas daripada:
Pengarah Keselamatan Negeri
serta warga kerja
Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka







15/09/2026
Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang dengan kerjasama Pejabat Peneran...
09/09/2026

Semangat patriotisme terus disemarakkan menerusi Program Kembara Merdeka Jalur Gemilang dengan kerjasama Pejabat Penerangan Daerah Alor Gajah.

Program yang berlangsung di sekitar Bandar Alor Gajah dan Pekan Masjid Tanah itu turut diadakan bersempena dengan Sambutan Hari Malaysia, sebagai wadah mendekati masyarakat, menyemarakkan semangat cintakan negara serta memperkukuh perpaduan kalangan rakyat.

Aktiviti yang dijalankan adalah agihan Jalur Gemilang kepada pejabat kerajaan dan orang awam serta penggantian bendera yang telah lama, lusuh atau rosak dengan bendera yang baharu.

Aktiviti ini menjadi simbolik kepada usaha untuk memastikan Jalur Gemilang terus berkibar dengan penuh rasa bangga, di samping memupuk kesedaran masyarakat bahawa kecintaan kepada negara perlu diterjemahkan melalui tindakan dan amalan seharian.

Turut hadir memeriahkan program ialah Pengarah Keselamatan Negeri, MKN Melaka dan Pengarah Penerangan Negeri Melaka yang bersama-sama menyantuni masyarakat serta menyampaikan mesej berkaitan patriotisme, perpaduan dan tanggungjawab bersama dalam memastikan Malaysia terus kekal aman, selamat dan sejahtera.







07/09/2026

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) ingin memaklumkan bahawa grafik berhubung "Tarikh-Tarikh Penting Pilihan Raya Negeri Melaka Ke-16" yang sedang tular di media sosial adalah TIDAK BENAR.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa merujuk kepada saluran dan portal rasmi SPR bagi mendapatkan maklumat yang sahih berkenaan sebarang urusan Pilihan Raya.

Elakkan daripada menyebar atau berkongsi sebarang maklumat palsu kerana ia boleh menimbulkan kekeliruan.

07/09/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026! Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, me...
30/08/2026

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN 2026!

Semoga sambutan Hari Kebangsaan ini terus menyemarakkan semangat patriotisme, memperkukuh perpaduan dan menyatukan seluruh rakyat Malaysia dalam membina negara yang aman, selamat dan sejahtera.

Ayuh kita bersama-sama menghargai nikmat kemerdekaan serta mempertahankan keamanan dan kedaulatan negara tercinta.

Ikhlas daripada:
Pengarah Keselamatan Negeri
serta warga kerja Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka

"Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati"






KENYATAAN MEDIAFASA PERTAMA PENGHANTARAN PULANG 5,000 ORANG PELARIAN MYANMAR SECARA BERPERINGKAT TELAH DIMUKTAMADKAN OLE...
27/08/2026

KENYATAAN MEDIA

FASA PERTAMA PENGHANTARAN PULANG 5,000 ORANG PELARIAN MYANMAR SECARA BERPERINGKAT TELAH DIMUKTAMADKAN OLEH
KEMENTERIAN DALAM NEGERI

PUTRAJAYA, 27 OGOS 2026

Kerajaan MADANI melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memuktamadkan fasa pertama program penghantaran pulang secara sukarela 5,000 pelarian rakyat Myanmar yang layak ke negara asal.

Program ini dilaksanakan secara selamat, bertanggungjawab dan mengikut prosedur yang dipersetujui bersama Kerajaan Myanmar.

Sumber : Kementerian Dalam Negeri (KDN)




πŸ“’ PEMAKLUMAN PENGECUALIAN BAYARAN FI BAGI URUSAN PENUKARAN ALAMAT KAMPUNG DIGITAL MELAKAKerajaan Negeri Melaka melalui P...
27/08/2026

πŸ“’ PEMAKLUMAN PENGECUALIAN BAYARAN FI BAGI URUSAN PENUKARAN ALAMAT KAMPUNG DIGITAL MELAKA

Kerajaan Negeri Melaka melalui Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka memaklumkan bahawa pengecualian bayaran fi bagi urusan penukaran alamat Kampung Digital Melaka telah diluluskan untuk tempoh 22 Jun 2026 hingga 21 Jun 2027. πŸ’™πŸ’›

Bagi penduduk yang ingin membuat penukaran alamat Kampung Digital Melaka, sila ikuti langkah berikut:

πŸ“Œ 1. Kemas kini alamat MyKad di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

πŸ“Œ 2. Lengkapkan Borang 26A [Akta 828]

πŸ“Œ 3. Serahkan Borang 26A, MyKad dan Dokumen Hakmilik Keluaran (DHKK) di Kaunter SPOC Pentadbiran Tanah

Sumber : Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka








Jom tonton bersama! "Besarnya Fadhilat Menjadi Seorang Pendaftar"Ceramah Agama pada hari Rabu, 19 Ogos 2026 (jam 9:00​ p...
27/08/2026

Jom tonton bersama!

"Besarnya Fadhilat Menjadi Seorang Pendaftar"

Ceramah Agama pada hari Rabu, 19 Ogos 2026 (jam 9:00​ pagi) bertempat di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan, Pahang.

Majlis ilmu ini diadakan sempena dengan Bengkel Pemerkasaan Ibadah dan Integriti Diri Dalam Penjawat Awam anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Pahang.

Sumber : Youtube Dato' Dr. Badli Shah Alauddin




"Besarnya Fadhilat Menjadi Seorang Pendaftar"Ceramah Agama pada ha...

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026MSelamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.Marilah kita memperin...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H | 2026M

Selamat menyambut Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita memperingati kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan selawat serta meneladani akhlak dan sunnah Baginda dalam kehidupan seharian.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus menyuburkan ukhuwah, perpaduan dan kesejahteraan.

Ikhlas daripada:
Pengarah Keselamatan Negeri dan warga kerja
Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka






Address

Aras 13, Menara Persekutuan, Jalan Persekutuan, MITC
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 05:00
Tuesday 08:00 - 05:00
Wednesday 08:00 - 05:00
Thursday 08:00 - 05:00
Friday 08:00 - 05:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Keselamatan Negara Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share