Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka

Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.

Terdapat 3 pejabat dan 4 premis sukan di bawah JBSNM iaitu :

1) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Melaka Tengah
2) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Alor Gajah
3) Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jasin
4) Kompleks Belia Dan Sukan Ayer Keroh
5) Kompleks Rakan Muda Alor Gajah
6) Kompleks Sukan Komuniti Krubong
7) Kompleks Sukan Masjid Tanah

⚡𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛!Jawatankuasa Pelaksana Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri...
15/06/2026

⚡𝗦𝗘𝗞𝗔𝗟𝗨𝗡𝗚 𝗣𝗘𝗡𝗚𝗛𝗔𝗥𝗚𝗔𝗔𝗡 𝗗𝗔𝗡 𝗧𝗘𝗥𝗜𝗠𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛!

Jawatankuasa Pelaksana Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026 merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan, kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.
Penghargaan khusus ditujukan kepada:
• Jawatankuasa dan penduduk Kampung Paya Redan, Ayer Molek atas kerjasama, layanan mesra serta semangat gotong-royong yang luar biasa sepanjang pelaksanaan program.
• Agensi-agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan di Melaka yang telah bersama-sama menyumbang tenaga, kepakaran dan sokongan dalam memastikan kelancaran program.
• Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat iaitu UNITAR College Melaka, KPTM Ayer Molek, Universiti Geomatika Malaysia (UGM) Melaka, UiTM Cawangan Melaka Kampus Bandaraya Melaka dan Universiti College Agroscience Malaysia (UCAM) atas penyertaan aktif serta semangat kesukarelawanan yang ditunjukkan oleh para pensyarah dan mahasiswa.
• Semua rakan strategik, sukarelawan, pertubuhan belia, pemimpin komuniti, pihak media serta individu yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan KIBAR Melaka 2026.
Sesungguhnya, kejayaan KIBAR Melaka 2026 adalah hasil daripada kerjasama erat dan semangat kebersamaan seluruh pihak dalam memperkasa pembangunan belia akar umbi serta memperkukuh hubungan komuniti.

KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka




LAWATAN & KHIDMAT NASIHAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN SERTA PEMASANGAN CCTV DI PREMIS JBSNEGERI MELAKAKOMBES, 12 Jun 2026 -...
14/06/2026

LAWATAN & KHIDMAT NASIHAT KESELAMATAN PERLINDUNGAN SERTA PEMASANGAN CCTV DI PREMIS JBSNEGERI MELAKA

KOMBES, 12 Jun 2026 - Telah berlangsung sesi Lawatan dan Khidmat Nasihat Keselamatan Pelindungan serta Pemasangan CCTV di premis dan fasiliti Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Objektif utama lawatan dan khidmat nasihat daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) adalah untuk membantu agensi meningkatkan kualiti, tata kelola, dan tahap pematuhan keselamatan perlindungan serta memberi khidmat perundingan aspek keselamatan fizikal & teknikal. Selain itu juga, pihak CGSO memberi khidmat nasihat bagi mengukuhkan keselamatan infrastruktur ICT dan maklumat digital kerajaan.

Sekalung penghargaan diucapkan di atas kerjasama Pengarah Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka, Tuan Mohamad Hanafi bin Mohd Nordin yang turun padang dalam melaksanakan program ini. Hadir sama Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.






MELAKA INDOOR ROWING COMPETITIONMELAKA, 14 Jun 2026 – Semangat kesukanan dan persaingan sihat jelas terpancar apabila Me...
14/06/2026

MELAKA INDOOR ROWING COMPETITION

MELAKA, 14 Jun 2026 – Semangat kesukanan dan persaingan sihat jelas terpancar apabila Melaka Indoor Rowing Competition berjaya menghimpunkan peserta dari pelbagai lapisan masyarakat di Decathlon Melaka, hari ini. Program di bawah Dana Sukan Komuniti Jendela 2 ini turut dipantau pelaksanaannya bagi memastikan objektif pembangunan sukan komuniti dapat dicapai dengan berkesan.

Majlis Penutup dan Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh YBrs Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah dan syabas kepada penganjur serta semua peserta yang telah menjayakan program ini dalam usaha memupuk budaya hidup aktif dan sihat dalam komuniti.

Taufiq Johari Mordi Bimol Ab Rauf Yusoh VP Shanmugam Zailani Siran





🇲🇾❤️

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM DI BAWAH KELULUSAN DSK JENDELA 2 BAGI PROGRAM BERUANG 6 HOUR CHALLENGE 2026 2ND EDITIONBu...
14/06/2026

PEMANTAUAN PELAKSANAAN PROGRAM DI BAWAH KELULUSAN DSK JENDELA 2 BAGI PROGRAM BERUANG 6 HOUR CHALLENGE 2026 2ND EDITION

Bukit Beruang, 14 Jun 2026 - Telah berlangsung Program Beruang 6 Hour Challenge 2026 2ND Edition anjuran Kelab Sukan Rekreasi Kembara bertempat di Bukit Beruang Trails Hill. Seramai 121 orang menyahut cabaran menyertai program ini.

Pelepasan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tahniah & syabas diucapkan atas penganjuran program ini. Ayuh kita kekal cergas dan sihat bersama..💪






Taufiq Johari Mordi Bimol Zailani Siran Ab Rauf Yusoh VP Shanmugam

𝗞𝗘𝗠 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗣𝗛𝗔) 𝗫 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡: 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮...
14/06/2026

𝗞𝗘𝗠 𝗔𝗡𝗔𝗞 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗖𝗨 𝗛𝗔𝗥𝗔𝗣𝗔𝗡 (𝗔𝗟𝗣𝗛𝗔) 𝗫 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗥𝗜𝗛𝗔𝗧𝗜𝗡: 𝗠𝗢𝗕𝗜𝗟𝗜𝗦𝗔𝗦𝗜 𝗦𝗨𝗞𝗔𝗥𝗘𝗟𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗥𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗨𝗗𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗗𝗔𝗘𝗥𝗔𝗛 𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛 𝟮𝟬𝟮𝟲

ALOR GAJAH, 14 JUN 2026 – Program Kem Anak Muda Pemacu Harapan (ALPHA) X Rakan Prihatin: Mobilisasi Sukarelawan Rakan Muda Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada 13 - 14 Jun 2026 bertempat di Kem Permata Resort, Alor Gajah Melaka.

Program ini merupakan anjuran Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Daerah Alor Gajah bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang. Seramai 40 orang pelajar UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah telah menyertai kem ini sebagai peserta.

Penganjuran kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran golongan belia terhadap bahaya dadah dan v**e, memupuk semangat sukarelawan dan kesukarelawanan Rakan Muda di peringkat daerah dan membina jati diri, disiplin, kerjasama berpasukan serta kemahiran insaniah dalam kalangan peserta.

Sepanjang dua hari penganjuran, para peserta terlibat dalam pelbagai pengisian, antaranya ceramah kesedaran mengenai bahaya dadah dan v**e khusus kepada golongan belia, aktiviti rekreasi outdoor seperti jungle trekking, adventure game, night walk, aktiviti gotong-royong sekitar kawasan surau serta eksplorasi dan latihan kemahiran interpersonal bagi mengukuhkan komunikasi, kepimpinan dan kerjasama pasukan.

Majlis penutup telah disempurnakan dengan kehadiran tetamu kehormat 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bersama 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗧𝘂𝗮𝗻 𝗔. 𝗦𝘄𝗮𝘆𝗮𝗹𝗻𝘂𝗿𝗮𝘀𝘆𝗶𝗱 𝗯𝗶𝗻 𝗣𝗮𝗿𝗺𝗮𝗻, Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Melaka. Turut hadir 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dan 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗲𝗹𝗺𝗮𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗱 𝗗𝗲𝘀𝗮, wakil UiTM Cawangan Melaka Kampus Alor Gajah.

Penganjuran Kem ALPHA X Rakan Prihatin ini diharapkan dapat menjadi pemangkin kepada usaha berterusan melahirkan belia bebas dadah, berdaya saing dan aktif dalam kerja-kerja kesukarelawanan, khususnya di Daerah Alor Gajah dan Negeri Melaka secara keseluruhan.

KBSMalaysia JBSNegara Taufiq Johari
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Zailani Siran






⚡ 𝗣𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Pameran In...
14/06/2026

⚡ 𝗣𝗮𝗺𝗲𝗿𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝗮𝗸𝘁𝗶𝗳 𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗣𝗲𝗿𝗸𝘂𝗸𝘂𝗵 𝗝𝗮𝗹𝗶𝗻𝗮𝗻 𝗔𝗴𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗞𝗲𝗿𝗮𝗷𝗮𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗻 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶

AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Pameran Interaktif sempena Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan jayanya di Dataran SRA JAIM Kampung Paya Redan, Ayer Molek, melibatkan penyertaan tujuh agensi kerajaan yang mempamerkan pelbagai perkhidmatan, inisiatif dan maklumat kepada masyarakat setempat.
Pameran tersebut turut menerima kunjungan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, yang meluangkan masa beramah mesra bersama peserta pameran, wakil agensi serta penduduk setempat yang hadir memeriahkan program.
Penganjuran pameran ini menjadi medium penting dalam mendekatkan perkhidmatan kerajaan kepada rakyat melalui pendekatan yang lebih santai, mesra dan interaktif. Pengunjung berpeluang mendapatkan maklumat secara terus daripada wakil agensi, sekali gus meningkatkan kefahaman mengenai pelbagai kemudahan, bantuan dan peluang yang ditawarkan oleh kerajaan.
Selain menjadi platform perkongsian maklumat, pameran ini turut berjaya memperkukuh hubungan strategik antara agensi kerajaan dan komuniti setempat, selaras dengan aspirasi KIBAR untuk memperkasa pembangunan masyarakat serta meningkatkan penglibatan komuniti dalam agenda pembangunan negara.
Antara agensi kerajaan yang terlibat dalam Pameran Interaktif ini ialah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Melaka (AADK), Akademi Binaan Malaysia Wilayah Selatan (ABM), Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia dan IKTBN Alor Gajah.
Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua agensi yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan Pameran Interaktif KIBAR Melaka 2026. Penglibatan aktif semua pihak telah menyumbang kepada kejayaan program serta memberi impak positif kepada komuniti akar umbi.

JBSNegara KBSMalaysia belia.my
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka





⚡ 𝟯𝟮 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗖𝗼𝗹𝗹𝗲𝗴𝗲 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗖𝗲𝗿𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻AYER MOLEK, 13 Jun 2026...
14/06/2026

⚡ 𝟯𝟮 𝗦𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻 𝗨𝗡𝗜𝗧𝗔𝗥 𝗖𝗼𝗹𝗹𝗲𝗴𝗲 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗖𝗲𝗿𝗶𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗞𝗜𝗕𝗔𝗥 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲 𝗗𝗲𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗦𝗲𝗺𝗮𝗻𝗴𝗮𝘁 𝗞𝗲𝘀𝘂𝗸𝗮𝗿𝗲𝗹𝗮𝘄𝗮𝗻𝗮𝗻

AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Semangat kesukarelawanan dan perpaduan jelas terpancar apabila seramai 32 sukarelawan daripada UNITAR College Melaka berganding bahu menjayakan Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Negeri Melaka 2026 yang berlangsung di Kampung Paya Redan, Ayer Molek.
Sukarelawan yang terdiri daripada pelajar pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina dan India telah memainkan peranan penting sepanjang program berlangsung dengan membantu kerja-kerja pembersihan kawasan luar dan dalam masjid, penyediaan makanan dan minuman, serta memastikan aspek kebersihan dan kelancaran program sentiasa berada pada tahap terbaik.
Penyertaan mereka turut diiringi oleh Puan Nur Aina Nadhirah binti Noor Sham dan Cik Nur Shafariqa binti Shafie, Pensyarah Fakulti Bisnes UNITAR College Melaka yang sentiasa memberikan bimbingan dan sokongan kepada para pelajar sepanjang pelaksanaan program.
Penglibatan aktif para sukarelawan ini bukan sahaja membantu melancarkan perjalanan KIBAR Melaka 2026, malah menjadi contoh terbaik dalam memupuk nilai kepimpinan, kerja berpasukan, kesukarelawanan dan perpaduan dalam kalangan belia.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada UNITAR College Melaka serta semua sukarelawan yang telah menyumbangkan tenaga, masa dan komitmen dalam menjayakan program ini.

KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka





⚡𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸 & 𝗕𝗿𝗶𝘀𝘄𝗮𝗹𝗸 @ 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗫 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝘃𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗕𝗶𝗴𝗴𝗲𝘀𝘁 𝗟𝗼𝘀𝗲𝗿 𝗞𝗕𝗦 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲AYER MOL...
14/06/2026

⚡𝗦𝗲𝗻𝗮𝗺𝗿𝗼𝗯𝗶𝗸 & 𝗕𝗿𝗶𝘀𝘄𝗮𝗹𝗸 @ 𝗞𝗶𝗯𝗮𝗿 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗫 𝗦𝗲𝘀𝗶 𝟮 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗜𝗻𝘁𝗲𝗿𝘃𝗲𝗻𝘀𝗶 𝗕𝗶𝗴𝗴𝗲𝘀𝘁 𝗟𝗼𝘀𝗲𝗿 𝗞𝗕𝗦 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟲

AYER MOLEK, 13 Jun 2026 – Program Senamrobik & Briskwalk @ KIBAR Melaka 2026 yang digabungkan bersama Sesi 2 Program Intervensi Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung meriah di Padang SK Paya Redan, Ayer Molek.
Para peserta berpeluang melakukan aktiviti kecergasan sambil menikmati suasana kampung yang nyaman di sekitar Kampung Paya Redan. Pelepasan peserta Briskwalk telah disempurnakan oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Program diteruskan dengan sesi cabutan bertuah yang menambahkan lagi keterujaan para peserta. Penganjuran aktiviti ini menjadi platform terbaik dalam membudayakan gaya hidup sihat, aktif dan cergas dalam kalangan masyarakat.
Jom terus amalkan gaya hidup sihat demi kesejahteraan diri dan komuniti! 💪🚶‍♂️🚶‍♀️

KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Taufiq Johari Mordi Bimol
Kerajaan Negeri Melaka
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka






14/06/2026

🎥 𝐕𝐈𝐃𝐄𝐎 𝐑𝐀𝐍𝐆𝐊𝐔𝐌𝐀𝐍

MELAKA, 13 Jun 2026 - Video rangkuman Kembara Inspirasi Belia Akar Umbi (KIBAR) Peringkat Negeri Melaka 2026. Terima kasih kepada semua yang menjayakannya! Kita jumpa lagi! 💪🏽

KBSMalaysia JBSNegara belia.my
Taufiq Johari Mordi Bimol
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
VP Shanmugam
Dira Abu Zahar
Zailani Siran
Majlis Gabungan Belia Melaka





Address

Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Jalan Tasek Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, Melaka
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062345900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka:

Share