JPS Melaka

JPS Melaka Dilancarkan pada 16 Disember 2009.

14/09/2026
💧 SEMINAR PENGUKUHAN KUMPULAN PENGGUNA AIR (KPA) NEGERI MELAKA 🌾Memperkasa KPA, Memantapkan Pengurusan Air, Mensejahtera...
12/09/2026

💧 SEMINAR PENGUKUHAN KUMPULAN PENGGUNA AIR (KPA) NEGERI MELAKA 🌾

Memperkasa KPA, Memantapkan Pengurusan Air, Mensejahterakan Komuniti Petani

Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka pada 11 dan 12 September 2026 telah menganjurkan Seminar Pengukuhan Kumpulan Pengguna Air (KPA) Negeri Melaka sebagai platform untuk memperkukuh peranan KPA dalam pengurusan dan penyelenggaraan sistem pengairan serta meningkatkan kerjasama antara petani dan pihak Jabatan.

Seminar yang disampaikan oleh Puan Ir. Nor Hafizah Binti Mohd Suhadis, Ketua Penolong Pengarah di Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian (BPSP), Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) turut menjadi medan perkongsian ilmu, pengalaman dan amalan terbaik berkaitan pengurusan air pertanian, di samping memperjelas peranan serta tanggungjawab KPA dalam memastikan sistem pengairan dapat dimanfaatkan secara optimum dan berterusan.

Penglibatan aktif para petani dan warga JPS Melaka yang diketuai oleh Ir. Ts. Gs. QPr. Muhammad Amar Aizat bin Abdullah, Ketua Bahagian Saliran Mesra Alam dan Pertanian (BSMAP) dalam seminar ini mencerminkan komitmen bersama ke arah pengurusan sumber air yang lebih cekap, tersusun dan mampan, demi menyokong kelestarian sektor pertanian Negeri Melaka. 🌱💦

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan seminar ini.

Bersama Memperkasa KPA, Demi Kelestarian Pertanian Melaka.



📌 FENOMENA AIR PASANG BESAR – SEPTEMBER 2026🌊 Air pasang besar dijangka berlaku pada beberapa tarikh sepanjang September...
11/09/2026

📌 FENOMENA AIR PASANG BESAR – SEPTEMBER 2026

🌊 Air pasang besar dijangka berlaku pada beberapa tarikh sepanjang September 2026.

⚠️ Orang awam dinasihatkan agar:

1️⃣Sentiasa berwaspada.
2️⃣Mengelakkan aktiviti di kawasan pantai semasa air pasang tinggi.
3️⃣Mematuhi arahan pihak berkuasa.
4️⃣Mengikuti hebahan rasmi JPS Melaka.

Sumber: Pusat Hidrografi Nasional.


***t



TAHNIAH DAN SYABAS JPS MELAKA! Tahniah dan syabas diucapkan kepada JPS Melaka atas kejayaan merangkul Tempat Ke-5 bagi A...
11/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS JPS MELAKA!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada JPS Melaka atas kejayaan merangkul Tempat Ke-5 bagi Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi (Kategori Negeri) sempena Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Tahun 2026 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna JPS Malaysia, Cyberjaya.

Kejayaan ini merupakan hasil komitmen dan usaha gigih Bahagian Korporat JPS Melaka dalam menyediakan serta menyiapkan laporan dan dokumentasi yang diperlukan bagi penyertaan anugerah tersebut.

Syabas dan tahniah sekali lagi kepada seluruh warga JPS Melaka! Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin untuk terus memperkukuh budaya inovasi dan kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan.

Ikhlas daripada :
Ir. Haji Mohd Adnan Bin Ahmad Fauzi
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka & Seluruh Warga Kerja JPS Melaka



TAHNIAH DAN SYABAS KUMPULAN J***T JPS MELAKA!Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan J***t, JPS Melaka atas kejayaa...
11/09/2026

TAHNIAH DAN SYABAS KUMPULAN J***T JPS MELAKA!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan J***t, JPS Melaka atas kejayaan merangkul Johan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) sempena Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia Tahun 2026 yang telah berlangsung di Dewan Serbaguna JPS Malaysia, Cyberjaya.

Kejayaan ini diraih menerusi inovasi “Innoseal Hidrobarrier” yang diketengahkan oleh Kumpulan J***t, diketuai oleh En. Hj. Adnan bin Abdullah, Ketua Daerah Alor Gajah, bersama barisan ahli kumpulan.

Syabas dan tahniah sekali lagi buat Kumpulan J***t!

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada penghasilan lebih banyak inovasi yang kreatif, berimpak dan memberi manfaat kepada masyarakat serta perkhidmatan awam.

Ikhlas daripada :
Ir. Haji Mohd Adnan Bin Ahmad Fauzi
Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Melaka & Seluruh Warga Kerja JPS Melaka



SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malays...
11/09/2026

SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN MALAYSIA TAHUN 2026

Hari Inovasi Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Tahun 2026 telah berlangsung di Dewan Serbaguna JPS Malaysia dan dirasmikan oleh YBrs. Puan Roshana Alma binti Mohd Ali, Setiausaha Bahagian Sumber Air, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA).

Majlis dimeriahkan juga dengan kehadiran YBhg. Datuk Ir. Mohamad Radzi bin Abdul Talib, Ketua Pengarah JPS Malaysia.

Turut hadir, Ir. Haji Mohd Adnan bin Ahmad Fauzi, Pengarah JPS Negeri Melaka, En. Mohamad Razali bin Mohd Nazri, Timbalan Pengarah (Pengurusan), serta pegawai-pegawai JPS Negeri Melaka dan wakil jabatan-jabatan yang terlibat.

Ucapan syabas dan tahniah kepada ahli pasukan KIK JPS Melaka (J***T) kerana telah dinobatkan sebagai Johan Pertandingan Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan Kreatif (HBKIK) Kategori Awam. Selain itu, JPS Melaka juga telah mendapat tempat ke-5 bagi Anugerah Peneraju Pembudayaan Inovasi (Kategori Negeri).



11/09/2026
10/09/2026
BENGKEL PEMEGANG TARUH CEPA SEMPENA KEMPEN KARIB LEMBANGAN SUNGAI MELAKA DAN SUNGAI KESANGBengkel bersama pemegang taruh...
10/09/2026

BENGKEL PEMEGANG TARUH CEPA SEMPENA KEMPEN KARIB LEMBANGAN SUNGAI MELAKA DAN SUNGAI KESANG

Bengkel bersama pemegang taruh bagi program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (CEPA) telah diadakan di Dewan Fakulti Teknologi (FTKIP) UTeM Melaka dan dirasmikan oleh YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zain, Timbalan EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana.

Bengkel ini diadakan bersempena Kempen Amaran dan Ramalan Informasi Banjir (KARIB) untuk Lembangan Sg. Melaka dan Lembangan Sg. Kesang.

Turut dimeriahkan dengan kehadiran Ir. Haji Mohd Adnan bin Ahmad Fauzi, Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Negeri Melaka, En. Irwan Shahrill bin Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN)
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Malaysia, En. Mohd Syazwan Faisal bin Mohd, Pegawai Penyelidik Pusat Kajian Lembangan Sungai
Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) serta Ts. Dr. Nur Rashid bin Mat Nuri@ Md Din, Pengarah Pusat Pengurusan Kolaborasi RICE UTeM-Melaka.

Hadir sama En. Khairulnizam bin Md. Yasin, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan En. Mohamad Razali bin Mohd Nazri, Timbalan Pengarah (Pengurusan) JPS Melaka, barisan Ketua-Ketua Bahagian dan Daerah JPS Melaka serta agensi-agensi yang berkaitan.

“Kita tidak menunggu bencana untuk bersedia. Kita bersedia supaya bencana tidak menentukan masa depan kita.”

Kerana kesiapsiagaan hari ini adalah langkah untuk melindungi masa depan.



Address

JPS Melaka, Aras 3, Wisma Negeri
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPS Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share