10/09/2026
MAJLIS HIMPUNAN SETIA APM NEGERI MELAKA BILANGAN 2 TAHUN 2026
9 September 2026, Ayer Keroh - Sekitar majlis yang telah disempurnakan YAS TKPj. Bersekutu (PA) Dato' Ismail bin Mohd Zawawi, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia bertempat di Auditorium Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN), Ayer Keroh, Melaka.
Turut hadir, YS Lt. Kol. (PA) Kamarulsyah bin Muslim, Pengarah APM Negeri Melaka bersama Mej. (PA) Nor Farhani binti Mat Husin, Timbalan Pengarah APM Negeri Melaka, Pegawai Kanan APM, Pegawai Pertahanan Awam Daerah (PPAD) dan Pegawai Pertahanan Awam Unit (PPAU) dan Pegawai Bersekutu APM serta Pegawai dan Anggota APM Negeri Melaka.
Seramai 97 orang terdiri daripada Pegawai Bersekutu Pegawai dan Anggota APM Negeri Melaka telah menerima Watikah Pelantikan, pengurniaan pingat dan reben kecemerlangan, perkhidmatan serta Sijil Perkhidmatan Cemerlang Pasukan.
Semoga anugerah yang diterima dapat dijadikan dorongan dan suntikan semangat buat semua warga APM untuk terus menabur bakti kepada masyarakat dan negara.
“Asam Pedas Ikan Tenggiri,
Pemanis Mulut Kuih Keria,
APM Berkhidmat Demi Pertiwi,
Menyelamatkan Nyawa dan Harta Benda.”
fans
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Kerajaan Negeri Melaka