Badan Kawal Selia Air Melaka

Badan Kawal Selia Air Melaka Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Badan Kawal Selia Air Melaka, Government Organization, Ayer Keroh.

Visi kami ingin menjadi sebuah badan yang terulung dalam menyelaras dan memantau aktiviti air mentah Negeri Melaka demi untuk kesejahteraan rakyat dan kemajuan Negeri Melaka MISI BADAN KAWAL SELIA AIR MELAKA

Memastikan sumber air mentah dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosioekonomi Negeri yang sentiasa berdaya maju


OBJEKTIF

BADAN KAWAL SELIA AIR

~ Menyediakan bekalan air mentah yang mencukupi dan berkualiti baik bagi memenuhi keperluan sejajar dengan pertambahan penduduk dan pembangunan sosioekonomi negeri;

~ Melaksanakan fungsi sebagai perancang, pelaksana, penyelaras, pemudah cara, penyelidik dan penguat kuasa secara efektif, sistematik dan efisien dalam pembangunan dan pengurusan sumber air mentah. FUNGSI BADAN KAWAL SELIA AIR

~ Menyelia dan mengawal selia perkhidmatan bekalan air mentah termasuk menentukan standard kualiti air mentah dan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan.
~ Memastikan pembekalan air mentah yang optimum dengan caj yang munasabah dan memastikan kualiti air yang dibekalkan adalah selamat.
~ Berfungsi sebagai badan penasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri mengenai apa-apa perkara yang berhubung dengan pembekalan air mentah.
~ Sebagai penggalak dan menggiatkan pembekalan air mentah bagi maksud memajukan pembangunan ekonomi Negeri Melaka.
~ Memantau pemegang lesen supaya menjalankan kewajipan yang dikenakan kepadanya di bawah Enakmen serta lain-lain peraturan yang dibuat dan juga memastikan pemegang lesen dapat dibiayai perjalanan aktiviti-aktiviti yang dibenarkan oleh lesennya.
~ Memastikan pemegang lesen membayar caj abstraksi air mentah mengikut caj yang ditetapkan.
~ Mengawal selia dan memantau pencemaran ke atas punca air dan air mentah.

Lawatan Penanda Aras BKSA Pulau Pinang ke BKSA Melaka20-21 Mei, Melaka – BKSA Melaka menerima kunjungan lawatan penanda ...
22/05/2026

Lawatan Penanda Aras BKSA Pulau Pinang ke BKSA Melaka

20-21 Mei, Melaka – BKSA Melaka menerima kunjungan lawatan penanda aras daripada BKSA Pulau Pinang bagi memperkukuhkan hubungan kerjasama serta berkongsi pengalaman dalam aspek pengurusan dan kawal selia sumber air.

Lawatan ini menumpukan kepada perkongsian ilmu berkaitan caj kutipan hasil, pelesenan, penguatkuasaan serta aspek perundangan yang dilaksanakan oleh BKSA Melaka dalam memastikan pengurusan sumber air yang lebih cekap dan teratur.

Selain itu, sesi perkongsian turut merangkumi fungsi dan peranan BKSA dalam pengawalseliaan penggunaan sumber air, pemantauan pematuhan syarat lesen, pengurusan data sumber air serta pelaksanaan tindakan penguatkuasaan bagi memastikan kelestarian sumber air terus terpelihara.

Delegasi BKSA Pulau Pinang juga dibawa melawat beberapa lokasi pelesen di bawah seliaan BKSA Melaka bagi memberi gambaran lebih jelas berkaitan pelaksanaan operasi, pemantauan lapangan serta prosedur pengawalseliaan yang dijalankan. Lawatan ini secara tidak langsung menjadi platform pertukaran pandangan, idea dan amalan terbaik antara kedua-dua pihak dalam memperkukuhkan tadbir urus sektor sumber air.

Turut hadir, Encik Azizul Adzran bin Mahmor, Pengarah Sumber Air, BKSA Melaka.

Bahagian Kawal Selia Air Pulau Pinang




BENGKEL SOP KESELAMATAN EMPANGAN PERKUKUH KESIAPSIAGAAN AGENSIMelaka, 5 Mei 2026 – Bengkel Penyediaan Draf Prosedur Oper...
05/05/2026

BENGKEL SOP KESELAMATAN EMPANGAN PERKUKUH KESIAPSIAGAAN AGENSI

Melaka, 5 Mei 2026 – Bengkel Penyediaan Draf Prosedur Operasi Piawai (SOP) Keselamatan di Empangan Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya, menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi berkaitan bagi memperkukuh aspek keselamatan empangan di negeri ini.

Sepanjang bengkel ini, peserta telah diberikan pendedahan serta terlibat dalam sesi perbincangan berfokus berkaitan penyediaan draf SOP yang komprehensif.

Penekanan diberikan kepada aspek keselamatan, pengurusan risiko, serta tatacara pengendalian insiden dan kemalangan di dalam kawasan empangan agar setiap tindakan dapat dilaksanakan secara lebih tersusun, cekap dan berkesan.
Bengkel ini turut menjadi platform penting dalam memperkukuhkan kerjasama antara agensi, selain meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam menghadapi sebarang kemungkinan kecemasan yang melibatkan infrastruktur empangan.

Program ini telah diurusetiakan oleh Badan Kawal Selia Air (BKSA) selaku penyelaras utama bagi memastikan kelancaran pelaksanaan serta penglibatan aktif semua pihak berkepentingan.

Majlis perasmian bengkel telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datuk Saiful Hazwa bin Kipli, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan). Turut hadir ialah Yang Dihormati Encik Azizul Adzran bin Mahmor, Pengarah Sumber Air, Badan Kawal Selia Air, serta Yang Dihormati Encik Mohamad Hanafi bin Mohd Nordin, Pengarah Keselamatan Kerajaan, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) Negeri Melaka.

Antara jabatan dan agensi yang mengambil bahagian termasuk Jabatan Ketua Menteri Melaka, Pejabat Daerah dan Tanah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin, Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Melaka, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, Pejabat Negeri Pertahanan Awam Melaka, Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia Negeri Melaka, Majlis Keselamatan Negara (Negeri Melaka), Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Melaka, Jabatan Alam Sekitar Melaka, Pusat Empangan Negara (PEN) serta Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB).

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memastikan pengurusan empangan yang selamat, efisien dan berdaya tahan demi kesejahteraan rakyat.





Solat sunat Istisqa. Terima. Kasih YB kerana sudi hadir dan perihatin dalam isu air yang membelenggu negeri ini.
30/04/2026

Solat sunat Istisqa. Terima. Kasih YB kerana sudi hadir dan perihatin dalam isu air yang membelenggu negeri ini.

Jom jimat air
27/04/2026

Jom jimat air






https://www.facebook.com/share/1CCszGceeP/
27/04/2026

https://www.facebook.com/share/1CCszGceeP/

SERI NEGERI 27 April - Kerajaan Negeri menerusi Badan Kawal Selia Air (BKSA) bersama Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) melaksanakan beberapa langkah pelan jangk

27/04/2026

Kerajaan Negeri Melaka melalui BKSA akan sentiasa memastikan kecukupan sumber air melalui pelbagai cara.

25/04/2026
Terima kasih YB Datuk yang mencadangkan Program Perkhemah Pelajar ini. Ramai pelajar yang mula memahami tentang kepentin...
25/04/2026

Terima kasih YB Datuk yang mencadangkan Program Perkhemah Pelajar ini. Ramai pelajar yang mula memahami tentang kepentingan air.

24/04/2026

Address

Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+6062344415

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Badan Kawal Selia Air Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Badan Kawal Selia Air Melaka:

Share