Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah Bandaraya Bersejarah Lestari dan Pintar

15 Jun - Walkabout Pasar Malam Dan Penyerahan Apron kepada Peniaga Pasar Malam Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat...
15/06/2026

15 Jun - Walkabout Pasar Malam Dan Penyerahan Apron kepada Peniaga Pasar Malam Sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR) DUN Telok Mas telah diadakan di Pasar Malam Taman Seri Telok Mas.

YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB hadir meyantuni para peniaga dan beramah mesra serta menyerahkan apron kepada mereka. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya, Clr. En. Zamani bin Md Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis, Ahli-ahli Majlis, pegawai dan anggota Jabatan Pelesenan Dan Kesihatan Persekitaran MBMB.

Semoga para peniaga dapat mematuhi aspek kebersihan premis dan menjaga kualiti makanan yang dijual kepada orang ramai .

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Abdul Razak Abdul Rahman
Fairul Nizam Roslan Along
Shadan Othman
Melaka Hari Ini

15 Jun - Majlis Send-Off anggota  Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, iaitu En. Hussin bin Bachek , Jabatan Penilaian Da...
15/06/2026

15 Jun - Majlis Send-Off anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, iaitu En. Hussin bin Bachek , Jabatan Penilaian Dan Pengurusan Harta yang telah berkhidmat selama 25 tahun 10 bulan telah diadakan di hadapan Dewan Taming Sari MBMB.

Hadir meraikan adalah Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan ,pegawai-pegawai kanan serta anggota-anggota MBMB. Selamat bersara diucapkan buat kedua-dua anggota dan didoakan agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Melaka Hari Ini

15 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menerima Lawatan Kerja daripada Majlis Perbandaran Manjung, bertempat ...
15/06/2026

15 Jun – Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menerima Lawatan Kerja daripada Majlis Perbandaran Manjung, bertempat di Dewan Taming Sari MBMB.

Delegasi seramai 54 orang itu diketuai oleh YBrs. Tuan Mohd Helmi bin Arifin, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjung. Terdahulu, sesi kunjung hormat ke atas YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar. Hadir sama TPr. Zuhaila binti Ahmad Zubel, Pengarah Perancangan Bandar dan Ts. Safuan Effendy bin Mat Ghani, Pengarah Infrastruktur Komuniti & Logistik MBMB.

Sesi taklimat telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB iaitu perkongsian berkaitan pemeliharaan seni bina rumah tradisional melayu di Kampung Morten, SOP pengurusan bencana yang diamalkan oleh MBMB serta amalan terbaik yang dilaksanakan dalam usaha memperkasakan penyampaian perkhidmatan kepada warga bandaraya.

Semoga sesi perkongsian ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH akan menganjurkan KKP Run & Walk 2026 sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerj...
15/06/2026

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH akan menganjurkan KKP Run & Walk 2026 sempena Minggu Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang disambut setiap tahun pada minggu kedua bulan Julai yang akan diadakan pada ketetapan seperti berikut:-

πŸ“† 18 Julai 2026 (Sabtu)
⏰️ 7.00 pagi
🏁 Dataran Bandaraya MBMB
πŸ›£οΈ +- 5km

πŸ’Έ Bayaran Penyertaan
RM15.00

πŸ‘• Tema : Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Boleh memakai sebarang pakaian bertemakan KKP seperti memakai safety helmet, safety boot, safety vest dll)

Entitled
πŸ†”οΈ Bib No
πŸ₯‡Medal
πŸ“ƒ E Certificate

Terhad kepada 500 penyertaan

No Cabutan Bertuah diberikan kpd semua yang hadir pd program tersebut. Pendaftaran di kaunter Urusetia bermula jam 8.30 pagi - 10.00 pagi.

Tarikh Pendaftaran : 15 Jun 2026 (Isnin)

Tarikh Tutup: 17 Julai 2026 @ sehingga kuota penuh 500 peserta

Pengambilan No Bib : 17 Julai 2026 (Jumaat) mulai jam 10.00 pagi sehingga 8.00 malam di Auditorium MBMB

Link Pendaftaran
http://space.mbmb.gov.my

Untuk pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia

1. Muza
http://www.wasap.my/60162605539/KKPRunWalk

2. Sahal
http://www.wasap.my/60173125962/KKPRunWalk

3. Salbiah
http://www.wasap.my/60196315338/KKPFRunWalk

4. Intan
http://www.wasap.my/60173725430/KKPRunWalk

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

15 Jun - Program Generasi Wawasan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Telok Mas telah diadakan pagi ini...
15/06/2026

15 Jun - Program Generasi Wawasan sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dun Telok Mas telah diadakan pagi ini, bertempat di Sekolah Kebangsaan Pernu, Melaka.

Program ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya , merangkap ADUN Telok Mas. Ketibaan beliau disambut mesra oleh seluruh warga SK Pernu. Hadir sama, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Clr. En. Zamani bin Md Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis, Clr. Hjh. Sabariah binti Jamil Ahmad, Ahli Majlis MBMB, Pn. Khairul Laila binti Moktar, Guru Besar SK Pernu serta Datin Mardiana Binti Muzaporkhan, Penolong Pengarah, Unit Hal Ehwal Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.

Taklimat berkenaan bahaya dadah dan penyalahgunaan v**e telah disampaikan oleh wakil pihak AADK Negeri Melaka.
Sebagai tanda sokongan dan komitmen berterusan terhadap komuniti sekolah, MBMB turut menyumbang kerusi taman serta menanam tiga batang pokok di kawasan sekolah.

Semoga program seumpama ini dapat terus memupuk kesedaran dalam kalangan generasi muda yang bakal memimpin negara kelak.

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Abdul Razak Abdul Rahman
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

15 Jun - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama dan Motivasi MBMB telah dihadiri o...
15/06/2026

15 Jun - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama dan Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan dan anggota-anggota MBMB.

Solat dhuha diimamkan oleh En. Fadli bin Ahmad dan tazkirah disampaikan oleh En. Mohd Ilham bin Iberahim, Timbalan Pengarah Penguatkuasaan, MBMB bertajuk Awal Muharam.

Awal Muharram menandakan bermulanya tahun baharu dalam Takwim Hijrah. Ia bukan sekadar pertukaran kalendar, tetapi detik muhasabah, penghayatan nilai pengorbanan, dan memperbaharui azam.

Dalam bulan Muharram itu p**a terkandung 10 hari awal yang agung dan penuh dengan pelbagai kelebihan. Kita juga disunatkan untuk berpuasa dan memperbanyakkan beramal soleh, berzikir kepada Allah SWT dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

14 Jun - Atas keprihatinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj....
14/06/2026

14 Jun - Atas keprihatinan YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman bersama Tuan Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya bersama anggota MBMB membantu mengedarkan makanan dan minuman kepada peserta temuduga yang hadir dan beratur panjang di salah sebuah hotel di Bandaraya Melaka.

Turut hadir , Datuk Muhammad Ahyad Abdullah, Setiausaha Khas Hal Ehwal Masyarakat kepada YAB DSU Ketua Menteri Melaka yang turut membantu mengedarkan kepada peserta temuduga. Selamat maju jaya semua !

Melaka Sayang Rakyat ( MeSRA ) !!!

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

14 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR ) DUN Telok Mas membuka tirainya pada hari ini. Program Ajak Sekampung...
14/06/2026

14 Jun - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat ( WRUR ) DUN Telok Mas membuka tirainya pada hari ini.

Program Ajak Sekampung Festival telah diadakan di Padang Bola Sepak Taman Seri Telok Mas. Pelbagai program dan aktiviti sepanjang WRUR ini khas buat komuniti setempat. Orang ramai juga turut menyambut ulang tahun kelahiran YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan , Seni dan Budaya merangkap ADUN Telok Mas. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.

Datuk Bandar turut menyerahkan hadiah sempena ulang tahun kelahiran beliau.
Happy birthday Tok Ajak!

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Abdul Razak Abdul Rahman
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

14 Jun - Telah berlangsung Majlis Perasmian Perahu Naga Shuang Rao di perkarangan Tokong Thien Tay Koon, Pengkalan Rama....
14/06/2026

14 Jun - Telah berlangsung Majlis Perasmian Perahu Naga Shuang Rao di perkarangan Tokong Thien Tay Koon, Pengkalan Rama.

Majlis ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Hj. Ab Rauf bin Yusoh , Ketua Menteri Melaka. Hadir sama barisan EXCO dan Timbalan EXCO , YB Datuk Lim Ban Hong , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya dan , Tn. Shaharul Azuar bin Idris, Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM .

Kehadiran Perahu Naga Shuang Rao yang dibawa khas dari Hunan, China bukan sahaja melambangkan hubungan persahabatan yang erat antara Malaysia dan China, malah memperkukuhkan lagi pertukaran budaya, warisan serta semangat kesukanan yang telah diwarisi turun-temurun. Perahu naga ini menjadi simbol keunikan tradisi masyarakat Tionghua yang terus dipelihara dan dihargai di Melaka sebagai sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya.

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

14 Jun - Pagi ini, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka sempat beramah mesra menyantuni warga Me...
14/06/2026

14 Jun - Pagi ini, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka sempat beramah mesra menyantuni warga Melaka yang bersarapan di Roti Canai Kayu Arang , Bachang.

Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB dan Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB . Beliau turut menjengah ke pusat membeli belah , Dataran Pahlawan Melaka Megamall.

Keprihatinan DSU terhadap rakyat Melaka menggambarkan kepimpinan kerajaan negeri Melaka Sayang Rakyat atau MeSRA yang merupakan aspirasi beliau sendiri .

Mana Lagi? Melaka Ler...

Jom! "Like & Follow" media sosial rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sekarang!

Selamat Datang Ke Negeri Melaka Bandaraya Warisan Dunia - Unesco

'Melakaku Maju Jaya,
Rakyat Bahagia,
Menggamit Dunia'








Kerajaan Negeri Melaka
Ab Rauf Yusoh
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
Rais Yasin
Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
Shadan Othman
Muhammad Firdaus Shariff
Melaka Hari Ini

Address

Graha Makmur No. 1, Jalan Tun Abdul Razak, Lebuh Ayer Keroh
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 12:15
14:45 - 17:00

Telephone

+6062859700

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:

Share

Category