-VISI-
Peneraju pengurusan pentadbiran tanah yang cekap dan dinamik.
-MISI-
Mentadbir hal ehwal tanah bagi memenuhi kehendak pelanggan menerusi penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta modal insan yang berintegriti. Lokasi bangunan terletak di bangunan Stadhuys di Bandar Hilir Melaka. Pada masa itu Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka dikenali dengan nama Pejabat Tanah dan Galian Melaka dan telah digabungkan dengan Pejabat Kewangan Negeri. Pada tahun 1979, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka telah berpindah dari bangunan Stadhyus ke Seri Negeri, Jalan Hang Tuah dan kemudiannya pada 15 September 2004, berpindah ke bangunan baru Wisma Negeri yang terletak di Aras 1-2, Wisma Negeri, Jalan Wisma Negeri, Ayer Keroh, 75450 Melaka. Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Melaka adalah merupakan satu jabatan penting di Negeri Melaka. Secara keseluruhannya, jabatan ini mengendalikan urusan berkaitan dengan pentadbiran dan pembangunan tanah. Ia bertanggungjawab kepada Pihak Berkuasa Negeri dalam bidang ini selaras dengan kehendak seksyen 12(3) (a) Kanun Tanah Negara, 1965. Aras 2 merupakan terletaknya Pejabat Pengarah dan segala urusan Pembangunan Tanah, Pendaftaran dan Pengurusan dilaksana di sini manakala di Aras 1 menempatkan Unit Hasil, Strata, Penguatkuasa dan Sistem Maklumat.