Pusat Keluarga LPPKN Melaka

Pusat Keluarga LPPKN Melaka LPPKN adalah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Menyediakan Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif, Pembangunan Keluarga, Kaunseling Keluarga dan KafeTEEN (Remaja). Pusat Keluarga LPPKN Melaka menyediakan :

- Perkhidmatan Kesihatan Reproduktif & Perancang Keluarga
- Perkhidmatan Pembangunan Keluarga
- Perkhidmatan Kaunseling Keluarga
- Pusat Interaktif Remaja KafeTEEN

14/09/2026
🌱🧠 PROGRAM SUPPORT GROUP: FORENSIK MINDA – TRAUMA: RETAK TAPI BERTUMBUHπŸ“… 14 September 2026 (Isnin)πŸ“ Pusat Keluarga LPPKN...
14/09/2026

🌱🧠 PROGRAM SUPPORT GROUP: FORENSIK MINDA – TRAUMA: RETAK TAPI BERTUMBUH

πŸ“… 14 September 2026 (Isnin)
πŸ“ Pusat Keluarga LPPKN Melaka

Alhamdulillah, Program Support Group: Forensik Minda – Trauma: Retak tapi Bertumbuh telah berlangsung dengan jayanya bersama kakitangan jabatan kerajaan Negeri Melaka.

Program yang dikendalikan oleh Unit Kaunseling Keluarga, LPPKN Melaka ini disampaikan oleh Puan Nur β€˜Asyikin binti Ismail, Pegawai Psikologi LPPKN Melaka, dengan perkongsian mengenai trauma, kesannya terhadap emosi serta kepentingan membina kekuatan diri dalam proses pemulihan.

✨ Para peserta turut berpeluang mengikuti aktiviti interaktif dan perkongsian santai yang membantu meningkatkan kesedaran tentang pengurusan emosi serta kesejahteraan mental.

πŸ’™ Terima kasih kepada semua yang hadir dan memberikan penglibatan yang begitu baik. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan menjadi satu langkah kecil untuk terus menjaga diri dan emosi.

🌱 Tidak mengapa jika pernah retak. Yang penting, kita terus bertumbuh.

Semoga berjumpa lagi dalam program LPPKN Melaka yang akan datang! 😊

KENYATAAN TAWARANLembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka mempelawa syarikat/pembekal yang...
13/09/2026

KENYATAAN TAWARAN

Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Melaka mempelawa syarikat/pembekal yang mempunyai kod bidang berkaitan untuk menyertai tawaran berikut:

πŸ“Œ Perkhidmatan Pengendali Latihan bagi Pelaksanaan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEKERTI) Tahun 2026 Peringkat Negeri Melaka

πŸ“… Tarikh buka: 15 September 2026 (Selasa)
Taklimat Jam 3.00 petang

⏰ Tarikh tutup: 22 September 2026 (Selasa), sebelum 12.00 tengah hari

πŸ“‹ Kod bidang: 221101 – Khidmat Latihan, Tenaga Pakar dan Moderator/Negotiator

πŸ“ Dokumen sebut harga boleh diperoleh di:
Pusat Keluarga LPPKN Melaka, Lot 20844, Jalan MITC, 75450 Ayer Keroh, Melaka

Bulan September merupakan Bulan Perancang Keluarga Kebangsaan! Bagi meraikannya, Pusat Keluarga LPPKN Melaka telah menga...
12/09/2026

Bulan September merupakan Bulan Perancang Keluarga Kebangsaan! Bagi meraikannya, Pusat Keluarga LPPKN Melaka telah mengadakan Seminar Kesihatan Awam : WCaRe, Keluarga Sejahtera, Komuniti Bahagia pada 9 September 2026.Seramai 59 peserta hebat daripada pelbagai agensi kesihatan telah berkumpul di Bilik Seminar Pusat Keluarga LPPKN Melaka untuk menimba ilmu dan berkongsi kepakaran.

Sepanjang seminar ini, para peserta telah didedahkan dengan:

🩺 Sesi perkongsian ilmiah dan info perancang keluarga terkini daripada pakar perubatan Pusat Perubatan Mahkota & Pantai Hospital Melaka.πŸ€Έβ€β™‚οΈ Sesi regangan cergas chair aerobic untuk kekal bertenaga.πŸŽ‰ Cabutan bertuah yang memeriahkan lagi suasana program!Terima kasih kepada semua yang terlibat. Semoga perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi melahirkan keluarga yang sejahtera dan komuniti yang bahagia!

πŸ’ NAK MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN? JOM SERTAI  KURSUS SMART START 2.0 PRA PERKAHWINAN! πŸ’•Perkahwinan bukan sekadar sebu...
07/09/2026

πŸ’ NAK MELANGKAH KE ALAM PERKAHWINAN? JOM SERTAI KURSUS SMART START 2.0 PRA PERKAHWINAN! πŸ’•

Perkahwinan bukan sekadar sebuah majlis, tetapi permulaan kepada perjalanan membina sebuah keluarga. Persiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang tepat melalui Kursus Smart Start 2.0 – Persiapan Ilmu, Melangkah Ke Gerbang Bahagia.

Antara perkongsian yang bakal anda peroleh:
πŸ“– Ilmu asas institusi perkahwinan
πŸ’¬ Kemahiran komunikasi pasangan
🏑 Pengurusan Kewangan Keluarga
πŸ“‹ Panduan undang-undang dan tanggungjawab

Kursus ini terbuka kepada semua individu yang belum berkahwin, bakal berkahwin dan pasangan yang telah bertunang.

πŸ•— Masa: 8.00 pagi – 5.00 petang
πŸ“ Tempat: Dewan Taming Sari, Pusat Keluarga LPPKN Melaka
πŸ“… 29 September 2026 (SELASA)
🎁 Penyertaan : ππ„π‘π‚π”πŒπ€ (Terhad kepada 30 orang peserta sahaja)

πŸ“Œ Pendaftaran: https://forms.gle/FGof5oKvXMRHCrGs8
☎️ Pertanyaan: 06-232 5151 samb. 111
πŸ‘€ En. Amzar / En. Syazani / Pn. Fara samb. 112

⚠️ Makluman penting:
SMARTSTART 2.0 bukan Kursus Pra Perkahwinan Islam di bawah seliaan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan tidak menggantikan Kursus Pra Perkahwinan Islam tersebut. Harap maklum.

Perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Ayer Limau bertempat di Padang Awam T...
06/09/2026

Perkhidmatan Pusat Keluarga Bergerak sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat Dun Ayer Limau bertempat di Padang Awam Taman Datuk Setia Ramuan Cina Besar Alor Gajah Melaka

🌿 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SUPPORT GROUP 2026🌿_MAKE-UP_ PSIKOLOGI: Komunikasi 360Β°πŸ—“οΈ 23 September 2026 (Rabu)πŸ—“οΈ 24 Sep...
03/09/2026

🌿 JEMPUTAN MENYERTAI PROGRAM SUPPORT GROUP 2026🌿

_MAKE-UP_ PSIKOLOGI: Komunikasi 360Β°
πŸ—“οΈ 23 September 2026 (Rabu)
πŸ—“οΈ 24 September 2026 (Khamis)

πŸ•£ Masa
8.30 pagi – 1.00 petang

πŸ“ Tempat
Pusat Keluarga LPPKN Melaka
MITC, Ayer Keroh, Melaka

πŸ’΅ Yuran Penyertaan
RM30 seorang
merangkumi:
βœ… Sijil Penyertaan
βœ… Sarapan Pagi

πŸ“ž Maklumat Lanjut & Pendaftaran
Encik Irfan
πŸ“± 018-3107580

🌸 KAMI SEDIA MEMBANTU! 🌸Ada perkara yang bermain di fikiran? Rasa tertekan, keliru, menghadapi cabaran dalam keluarga, h...
01/09/2026

🌸 KAMI SEDIA MEMBANTU! 🌸

Ada perkara yang bermain di fikiran? Rasa tertekan, keliru, menghadapi cabaran dalam keluarga, hubungan, pekerjaan atau kehidupan seharian? Jangan pendam seorang diri. πŸ’œ

🧠 Jom dapatkan sokongan melalui sesi kaunseling di Pusat Keluarga LPPKN Melaka.

πŸ“² SCAN & TEMPAH SESI TEMUJANJI KAUNSELING ANDA SEKARANG!
Mudah, cepat dan selamat.

⚠️ PERHATIAN: Kehadiran secara walk-in tidak dibenarkan. Sila buat tempahan sesi terlebih dahulu melalui QR Code yang disediakan.

πŸ“ Pusat Keluarga LPPKN Melaka
Lot 20844, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya,
75450 Ayer Keroh, Melaka
☎️ 06-232 5151

πŸ’œ Anda tidak perlu menghadapi semuanya seorang diri. Kami sedia mendengar dan membantu.

LPPKN Melaka melalui Program Kempen WCaRe hari ini sempena Kempen Derma Darah di Tzu Chi Batu Berendam hari ini. Selamat...
31/08/2026

LPPKN Melaka melalui Program Kempen WCaRe hari ini sempena Kempen Derma Darah di Tzu Chi Batu Berendam hari ini. Selamat Hari Merdeka

Address

Lot 20844, Jalan MITC, Hang Tuah Jaya
Ayer Keroh
75450

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6062325151

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Keluarga LPPKN Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Keluarga LPPKN Melaka:

Shortcuts

Share