27/04/2026
๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐ฅ๐ง๐๐๐ก ๐ฃ๐๐๐ก๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ ๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ฅ๐ข๐ฃ๐ ๐ฎ๐ฌ๐ฎ๐ฒ, ๐ง๐๐ฅ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐ก๐๐๐๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฅ๐๐๐๐ก ๐ฆ๐ง๐ฅ๐๐ง๐๐๐๐
MELAKA, 25 April โ 30th EAROPH World Congress 2026 yang berlangsung di Melaka telah menghimpunkan pakar perancangan bandar, pembuat dasar, ahli akademik serta pemain industri dari pelbagai negara bagi membincangkan pendekatan dan hala tuju pembangunan bandar mampan di peringkat global.
Kongres antarabangsa yang bertemakan โCity Assets for Community Gainsโ ini memberi penekanan kepada pengurusan dan pengoptimuman aset bandar seperti infrastruktur, warisan, teknologi dan sumber semula jadi untuk meningkatkan kesejahteraan komuniti serta daya tahan bandar dalam menghadapi cabaran masa hadapan termasuk perubahan iklim dan urbanisasi pesat.
PLANMalaysia Melaka turut mengambil bahagian aktif dalam program ini dengan menyertai pameran selama tiga (3) hari, yang menampilkan pelbagai inisiatif dan pencapaian perancangan negeri. Antara tarikan utama pameran ialah pembawaan platform Melaka Urban Observatory (MUO) sebagai pusat analitik data bandar yang menyokong perancangan berasaskan bukti (data-driven planning), di samping memperkukuh keupayaan pemantauan dan penilaian pembangunan negeri secara bersepadu.
Selain itu, jabatan turut mengetengahkan inisiatif Kubur Digital, iaitu pendekatan pendigitalan maklumat tapak perkuburan yang membolehkan pengurusan tanah perkuburan dilaksanakan secara lebih sistematik, efisien dan terancang. Inisiatif ini mendapat perhatian delegasi antarabangsa sebagai satu amalan inovatif dalam pengurusan guna tanah serta penyediaan kemudahan awam berasaskan teknologi.
Penyertaan ini bukan sahaja membuka ruang perkongsian ilmu dan amalan terbaik bersama delegasi antarabangsa, malah turut memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara agensi perancangan, pihak berkuasa tempatan dan organisasi global dalam bidang perancangan bandar.
Sebagai kemuncak program, satu majlis penghargaan telah diadakan bagi meraikan rakan-rakan strategik yang telah menyumbang kepada kejayaan penganjuran kongres ini. Dalam majlis tersebut, PLANMalaysia Melaka telah menerima penghargaan sebagai Rakan Strategik, sebagai pengiktirafan terhadap komitmen dan sokongan berterusan jabatan dalam menjayakan program bertaraf antarabangsa ini.
Penghargaan tersebut telah disampaikan oleh Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana Negeri Melaka dan diterima oleh TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.
Penyertaan dan pengiktirafan ini mencerminkan komitmen berterusan PLANMalaysia Melaka dalam memperkasa agenda perancangan bandar yang progresif, mampan dan berdaya tahan selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Melaka. Selain itu, ia turut mengangkat imej Melaka sebagai sebuah negeri yang aktif dalam perbincangan dan pelaksanaan inisiatif perancangan bandar di peringkat antarabangsa.
Ab Rauf Yusoh
Rais Yasin
PLANMalaysia