11/09/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐
๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ | ๐๐๐๐๐๐
Program Ekspedisi Lestari telah berlangsung pada 10 September 2026 bertempat di Sekolah Kebangsaan Ayer Limau, selaku tuan rumah bagi program kali ini.
Anjuran Perbadanan Teknologi Hijau Melaka (PTHM) dengan kolaborasi Tenaga Nasional Berhad (TNB) Melaka, program ini menghimpunkan seramai 100 orang murid dan 13 orang guru pengiring dari sekolah rendah di sekitar DUN Ayer Limau.
Turut hadir, Yang Berhormat Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, ADUN Ayer Limau, bagi merasmikan Program Ekspedisi Lestari sempena DUN Ayer Limau serta menyampaikan amanat dan kata-kata semangat kepada para peserta.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Sekolah Kebangsaan Ayer Limau atas kesudian untuk menjadi tuan rumah, serta kepada semua pihak yang telah bersama-sama menjayakan Program Ekspedisi Lestari pada kali ini.
Jom 'Like' & 'Follow' media sosial rasmi Perbadanan Teknologi Hijau Melaka dan layari laman web rasmi kami untuk mendapatkan maklumat terkini
www.melakagreentech.gov.my
Terima kasih atas sokongan anda
Kerajaan Negeri Melaka
YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh
YB Datuk Rais Yasin
YB Datuk Zulkiflee Bin Datuk Seri Hj. Mohd Zin
YB Datuk Fairul Nizam Roslan Along
YB Datuk Hameed Basheer