14/06/2026
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ "๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐, ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐" ๐๐๐๐
, 14 Jun 2026 - Ketua Polis Melaka, DCP Dato' Dzulkhairi Mukhtar, telah menghadiri Majlis Perasmian Penutup Program Baktisiswa Perdana "SUKSIS Berjasa, Aspirasi Madani" 2026 yang diadakan di Dewan Felda Tun Ghaffar, Kemendor, Jasin, Melaka.
Program yang berlangsung selama empat hari, bermula 11 Jun 2026 hingga 14 Jun 2026, telah menghimpunkan seramai 253 pelatih Kor SUKSIS daripada 17 universiti awam seluruh negara.
Program ini bertujuan memperkukuh semangat kepimpinan, kesukarelawanan dan kemasyarakatan dalam kalangan mahasiswa serta mahasiswi melalui pelaksanaan pelbagai aktiviti khidmat bakti bersama komuniti setempat. Selain menyemai nilai keprihatinan sosial, program ini turut menjadi platform pembentukan sahsiah, jati diri dan semangat kebersamaan, sekali gus melahirkan modal insan yang seimbang, berketerampilan dan berdaya saing demi kesejahteraan agama, bangsa dan negara.
Majlis penutupan tersebut menjadi simbolik kepada kejayaan penganjuran program serta sebagai tanda penghargaan kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat atas komitmen, kerjasama serta dedikasi yang telah diberikan sepanjang program berlangsung.
Turut hadir ialah YB Datuk Khaidhirah Datuk Seri Abu Zahar Dira Abu Zahar , Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET Negeri Melaka merangkap ADUN Rim; Naib Canselor UMK, Profesor Dato' Ir. Ts. Dr. Arham Abdullah, Pengerusi Sekretariat Tetap Kor SUKSIS Universiti Awam Malaysia; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTeM ,Prof Madya Datuk Dr. Sabri Mohammad Sharif, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) UTeM merangkap Komandan Kor SUKSIS UTem; serta Encik Kaliyapan a/l Rajakumaran, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi.
Hadir sama ketua-ketua jabatan, ketua-ketua polis daerah, pegawai-pegawai kanan Kontinjen Melaka serta masyarakat setempat Felda Kemendor, Jasin.
โโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโโ
๐๐๐๐ข๐ ๐๐จ๐ฌ๐ข๐๐ฅ ๐๐๐ฌ๐ฆ๐ข ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
้ฉฌๅ
ญ็ฒ่ญฆๆนๅฎๆน็คพไบคๅชไฝ
๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐
เฎ
เฎคเฎฟเฎเฎพเฎฐเฎชเฏเฎชเฏเฎฐเฏเฎต เฎเฎฎเฏเฎ เฎเฎเฎเฎฎเฏ
#๐๐ข๐ค๐ #๐
๐จ๐ฅ๐ฅ๐จ๐ฐ #๐๐ก๐๐ซ๐
https://www.facebook.com/IPKMelaka
https://www.tiktok.com/
https://instagram.com/polis_melaka_official