09/05/2026
Hai semua ๐น๐น
Memperkenalkan Logo Rasmi Melaka Geopark yang direka menggambarkan keunikan, identiti dan kekuatan negeri Melaka sebagai destinasi pelancongan bersejarah bertaraf dunia melalui tiga (3) elemen utama iaitu Warisan Geologi, Warisan Biologi, dan Warisan Budaya. ๐ฅฐ๐ฅฐ
Setiap elemen dalam logo membawa maksud seperti berikut:-
1. Rumah Api Tanjung Tuan: Melambangkan warisan sejarah dan budaya yang ikonik di Melaka. Rumah Api ini merupakan mercu tanda di Tanjung Tuan (Cape Rachado), salah satu geotapak utama dalam pembangunan geopark ini.
2. Bentuk Batuan (Geologi): Mewakili kekayaan geowarisan Melaka, termasuk pembentukan batuan unik seperti korok kuarza di Tanjung Tuan, laterit di Pulau Upeh, dan aplit di Pulau Besar.
3. Latar Belakang Biru (Lautan/Air): Melambangkan warisan marin dan georintis sungai (seperti Sungai Rambai, Sungai Linggi) serta potensi pulau-pulau di Melaka (Pulau Undan, Pulau Upeh, Pulau Besar) untuk diiktiraf sebagai Geopark Kebangsaan menjelang 2026.
4. Latar Belakang Hijau (Alam Sekitar/Flora): Mewakili biodiversiti dan pemeliharaan alam semulajadi yang mampan di kawasan geopark.
5. Bentuk Kancil (Warna Hijau): Merupakan simbol tradisional negeri Melaka yang dikaitkan dengan sejarah pengasasan negeri oleh Parameswara. Dalam konteks logo ini, ia juga boleh ditafsirkan sebagai simbol kelestarian biodiversiti (Warisan Biologi).
Semoga logo ini dapat meningkatkan imej dan jenama Aspiring Melaka Geopark di pasaran domestik dan antarabangsa di samping memperkenalkan sektor geopelancongan bagi menjamin pulangan ekonomi serta menyokong usaha pemuliharaan alam semulajadi dan peningkatan modal insan. ๐๐ชจโจ๏ธ๐๐ฅฐ