Istana Melaka

Istana Melaka TYT Yang di-Pertua Negeri Melaka

14 September 20262 Rabiulakhir 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka me...
15/09/2026

14 September 2026
2 Rabiulakhir 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali Bin Mohd Rustam Yang di-Pertua Negeri Melaka mengadakan Jamuan Minum Petang bersama Petugas-Petugas Sempena Hari Jadi TYT Ke-77.

Majlis ini diadakan bagi menghargai dan meraikan petugas-petugas yang telah menjayakan Sambutan Hari Jadi Tuan Yang Terutama Tun Ke-77 pada Ogos yang lepas.

Turut hadir YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Md. Azhan bin Samat, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; YB Datuk Khairul Azreem bin Mamat, Penasihat Undang-Undang Negeri Melaka; YDH SAC Datuk Ahmad Jefferi bin Abdullah, Timbalan Ketua Polis Melaka serta Ketua-Ketua Jabatan Peringkat Negeri dan Persekutuan.



***t

13 September 20261 Rabiulakhir 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka h...
14/09/2026

13 September 2026
1 Rabiulakhir 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir menyaksikan Perlawanan Bolasepak Piala Agong 2026 sekaligus menyempurnakan penyampaian hadiah yang berlangsung di Stadium Sungai Besar, Sungai Besar, Selangor.

Perlawanan Piala Agong ini merupakan perlawanan pembukaan kepada Piala Emas Raja-Raja (PERR) Edisi Ke-104 Tahun 2026.

Tahniah kepada Pasukan Selangor yang telah berjaya mempertahankan kejuaraan bagi tiga tahan berturut-turut setelah menewaskan Naib Juara, Pasukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.



***t

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيمٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلر...
13/09/2026

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

13 September 2026
1 Rabiulakhir 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka memberi penghormatan terakhir dan menunaikan Solat Jenazah kepada Allahyarham Sidang Senin di kediamannya di Tiang Dua, Melaka.

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan soleh.



***t

12 September 202630 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka m...
13/09/2026

12 September 2026
30 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menyaksikan perlawanan Liga Super antara Melaka FC menentang Kuching City FC di Stadium Hang J***t, Krubong, Melaka.

Tahniah kepada pasukan Kuching City FC yang telah berjaya menewaskan pasukan lawan dengan dua jaringan berbalas satu.



***t

12 September 202630 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka h...
12/09/2026

12 September 2026
30 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Majlis Hi-Tea Amal sempena Bual Bicara bersama YBhg. Prof. Dr. Haji Mohd Ridhuan Tee Abdullah & Saudara Bro Lim Jooi Soon anjuran PERKIM Cawangan Ayer Molek, Melaka.

Turut hadir YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, M***i Kerajaan Negeri Melaka merangkap Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Melaka.



***t

11 September 202629 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka m...
12/09/2026

11 September 2026
29 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka merasmikan Pembukaan Karnival Falak Kebangsaan Tahun 2026 anjuran Jabatan M***i Negeri Melaka di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka.

Turut hadir YB Datuk Wira Salhah binti Salleh, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka mewakili YAB Ketua Menteri Melaka; YB Datuk Md. Azhan bin Samat, Pegawai Kewangan Negeri Melaka; Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, M***i Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibul Fadilah Dato' Paduka (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia.

Penganjuran Karnival Falak Kebangsaan ini merupakan satu wadah yang amat bernilai bagi membuka tirai pendedahan ilmu astronomi islam kepada segenap lapisan masyarakat.

TYT Tun Seri Setia berharap seluruh rakyat dapat memanfaatkan sepenuhnya pelbagai pameran, aktiviti, dan ceramah yang telah disediakan sepanjang tiga hari karnival ini berlangsung iaitu dari 11 hingga 13 september 2026.

Turut berlangsung Forum Bicara Tokoh bertajuk Rasulullah " Insan Agung, Mulia, Istimewa, Pejuang Kemerdekaan dan Teladan Sepanjang Zaman" yang telah disampaikan oleh Sahibus Samahah Datuk Wira Haji Abdul Halim bin Tawil, M***i Kerajaan Negeri Melaka dan Sahibul Fadilah Dato' Paduka (Dr.) Haji Nooh bin Gadot, Pengerusi Jawatankuasa Majlis Muzakarah Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia serta YBhg. Dr. Mohamad Nazli bin Omar, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka.



***t

11 September 202629 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka m...
11/09/2026

11 September 2026
29 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menunaikan Solat Jumaat di Masjid Sayyidina Ali, Bukit Katil, Melaka.

Selesai solat TYT Tun Seri Setia menziarahi Encik Abdollah Ab Kadir iaitu bapa kepada Encik Mizan Abdollah, Pramusaji Istana Melaka di Balik Bukit serta menziarahi beberapa kenalan lama sekitar Bukit Baru antaranya YBhg. Datuk Saad Abu, Haji Bahaman Baba dan Puan Asnah binti Adam.

TYT Tun Seri Setia mendoakan agar semuanya segera sihat dan sembuh serta dipermudahkan segala urusan.



***t

11 September 202629 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka m...
11/09/2026

11 September 2026
29 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka menerima Kunjungan Hormat daripada Mr. Ahmed Saeed, Marketing Director Ummet Vakfi; Mr. Abdalrahman Farwana, Official Representative of Ummet Vakfi - Asia dan Mr. Issa Alamleh, Regional Marketing Director (SE Asia & Southern Africa) of Ummet Vakfi.

Ummet Vakfi (atau Ummet Waqf) adalah sebuah yayasan pembangunan bebas berasal dari Turkiye yang ditubuhkan pada tahun 2013. Organisasi kemanusiaan ini berpusat di Istanbul dan memfokuskan operasi mereka untuk membantu rakyat Palestin, khususnya di Kota Al-Quds (Baitulmaqdis/Jerusalem) dan Semenanjung Gaza.



***t

8 September 202626 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka ha...
09/09/2026

8 September 2026
26 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka hadir ke Prince Hamzah Hall bagi menyaksikan Kejohanan The 24th Asian Cadet, Junior & U21 Championship 2026.

Tahniah kepada atlet Malaysia Kategori Junior Kata Female iaitu Nur Aneesa Aira binti Mohamad Affendi yang telah mempamerkan aksi terbaik dan menghadiahkan pingat emas buat kontinjen Malaysia di Kejohanan The 24th Asian Cadet, Junior & U21 Championship 2026 di Amman, Jordan.



***t

7 September 202625 Rabiulawal 1448HTYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka se...
08/09/2026

7 September 2026
25 Rabiulawal 1448H

TYT Tun Seri Setia Dr. Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka selaku Ahli EXCO World Karate Federation (WKF) menghadiri Majlis Makan Malam bersempena 24th Asian Cadet, Junior & U21 Karate Championship di Amman, Jordan.

Majlis ini diadakan bagi meraikan kedatangan delegasi-delegasi daripada World Karate Federation (WKF) dan Asian Karate Federation (AKF).

Turut hadir TYT Dr. Raed Al-Adwan, Menteri Belia Jordan; Mr. Antonio Espinos, President WKF dan Major General Nasser Al-Razooqi, President AKF.



***t

Kredit Gambar : Facebook Asian Karate Federation (AKF)

Address

Jalan Seri Negeri
Ayer Keroh
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Istana Melaka posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share