13/05/2026
*PELAKSANAAN PROFILING KE ATAS PROSPEK DI BAWAH PROGRAM MY FUTURE JOBS DI PENJARA DUSUN DATO’ MURAD MELAKA*
Pada 13 Mei 2026 (Rabu), bertempat di Dewan Kelab Penjara Dusun Dato’ Murad telah diadakan sesi pelaksanaan profiling ke atas prospek di bawah Program My Future Jobs yang melibatkan 11 Orang Di Selia (ODS) sebagai persediaan ke arah integrasi semula ke dalam pasaran pekerjaan setelah tamat menjalani hukuman. Seramai (4) pegawai PERKESO hadir diketuai oleh Puan Alia binti Mohd Azlan Selvarajah Pegawai Perkhidmatan Pekerjaan, Puan Siti Zakiah Binti Izharrudin Pegawai PERKESO, Encik Asyroff Bin Azmi Pegawai PERKESO dan Muhammad Shahril Bin Muhammad Taufiq Pegawai PERKESO bagi sesi yang dijalankan. Pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO) SAORA Industries turut menyumbangkan peralatan ICT iaitu Desktop Switcher dan Cable LAN bagi kegunaan sepanjang sesi dijalankan. Hadir bersama PKP Wan Huzaiman Bin Wan Hussain Pengarah Penjara Dusun Dato’ Murad dan KIP Bob Halil Bin Mustapha Pegawai Pemulihan merangkap Pegawai Penempatan Semula (PPS) Penjara Dusun Dato’ Murad.