JKP Zon Dua Belas - 12 MPAJ

JKP Zon Dua Belas - 12 MPAJ Pusat Khidmat Komuniti Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 12 - MPAJ

Penyerahan jalur gemilang kepada pengerusi persatuan penduduk jkp zon 12 .
17/08/2026

Penyerahan jalur gemilang kepada pengerusi persatuan penduduk jkp zon 12 .

Permohonan dibuka hari .
17/08/2026

Permohonan dibuka hari .

Alhamdulillah, walaupun kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan di luar, saya tetap berkesempatan memenu...
21/07/2026

Alhamdulillah, walaupun kebelakangan ini saya agak sibuk dengan pelbagai urusan di luar, saya tetap berkesempatan memenuhi keperluan penduduk di Zon 12.

Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Kerajaan MADANI atas segala inisiatif yang memberi manfaat kepada rakyat. Ucapan terima kasih juga kepada Tuan Daing Reduan yang banyak membantu memudah cara segala urusan sehingga keperluan penduduk dapat disampaikan dengan lebih berkesan.

Insya-Allah, saya akan terus cakna, turun padang dan berusaha sedaya upaya untuk menyelesaikan setiap aduan serta memenuhi keperluan penduduk di Zon 12.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan semua. Semoga kita terus dapat bekerjasama demi kesejahteraan komuniti.

KESIHATAN BUKAN PILIHAN, TAPI KEPERLUAN.Ramai masih keliru.. Apa beza PeKa B40 dan mySalam?๐Ÿ‘‰๐Ÿผ PeKa B40 jaga kesihatan se...
04/05/2026

KESIHATAN BUKAN PILIHAN, TAPI KEPERLUAN.

Ramai masih keliru..
Apa beza PeKa B40 dan mySalam?

๐Ÿ‘‰๐Ÿผ PeKa B40 jaga kesihatan sebelum sakit jadi teruk
๐Ÿ‘‰๐Ÿผ mySalam bantu kita dari segi kewangan bila sakit kritikal

Dua-dua ini sebenarnya perlindungan untuk rakyat, khasnya golongan B40 ianya adalah PERCUMA dan disediakan oleh kerajaan.

Jangan tunggu sakit jadi serius.
Jangan tunggu susah baru nak cari bantuan.

โœ”๏ธ Buat saringan kesihatan
โœ”๏ธ Semak kelayakan anda
โœ”๏ธ Lindungi diri & keluarga

Kadang kita rasa โ€œtak apa lagiโ€โ€ฆ
Tapi kesihatan tak tunggu kita bersedia.

Ambil tahu. Ambil peluang. Jaga diri. ๐Ÿค

Sila semak kelayakan anda menggunakan link di bawah๐Ÿ‘‡๐Ÿผ

PeKa B40 : https://kelayakan.pekab40.com.my/semakan-kelayakan

MySalam : https://www.mysalam.com.my/mys/info/







02/05/2026
PROGRAM SEMARAK KASIHJKP ZON 12๐Ÿ“… 2 Mei 2026 (Sabtu)โฐ 10.00 pagi โ€“ 3.00 petang๐Ÿ“ Dewan Taman Sri Ampang๐Ÿ‘• Pakaian Tradition...
01/05/2026

PROGRAM SEMARAK KASIH
JKP ZON 12

๐Ÿ“… 2 Mei 2026 (Sabtu)
โฐ 10.00 pagi โ€“ 3.00 petang
๐Ÿ“ Dewan Taman Sri Ampang
๐Ÿ‘• Pakaian Traditional Melayu
(Baju Melayu Dan Baju Kurung)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera,salam malaysia madani dan salam kita selangor maju bersama.

Dengan penuh rasa tanggungjawab dan semangat kebersamaan,Saya selaku Pengerusi dan seluruh Ahli Jawatankuasa Penduduk Zon 12 dengan ini menjemput seluruh warga komuniti untuk hadir ke Program Semarak Kasih JKP Zon 12.

Program ini dianjurkan sebagai wadah memperkukuhkan perpaduan, menyemai semangat kejiranan serta memupuk nilai kasih sayang dalam komuniti kita.

Pelbagai hidangan juadah dan persembahan menarik disediakan khas untuk semua lapisan masyarakat. Kehadiran anda bukan sahaja memeriahkan suasana, malah menjadi lambang kekuatan dan kesepaduan kita bersama.

Ayuh hadir beramai-ramai !

27/04/2026

22 APRIL 2026RABUMenjejak Denyut Nadi Negeri: Lawatan ke Sidang DN SelangorBaru-baru ini, saya selaku Ahli Majlis MPAJ Z...
27/04/2026

22 APRIL 2026
RABU

Menjejak Denyut Nadi Negeri: Lawatan ke Sidang DN Selangor

Baru-baru ini, saya selaku Ahli Majlis MPAJ Zon 12 bersama rakan NGO Lembah Maju Jaya telah menghadiri Sidang Dewan Negeri (DN) Selangor sebagai sebahagian usaha memahami secara langsung proses perbahasan dan pembuatan dasar negeri.

Lawatan ini turut membuka ruang interaksi bersama YAB Menteri Besar Selangor. Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian Dato Menteri Besar Selangor meluangkan masa bersama wakil komuniti.

Saya percaya bahawa suara akar umbi perlu terus diangkat dan diberi pertimbangan dalam setiap agenda pembangunan negeri. Sehubungan itu, Saya akan terus memainkan peranan sebagai penghubung aktif antara komuniti dan institusi dalam memastikan aspirasi rakyat diterjemahkan secara berkesan.

Address

Dewan Taman Sri Watan
Ampang
68000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKP Zon Dua Belas - 12 MPAJ posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKP Zon Dua Belas - 12 MPAJ:

Shortcuts

Share