02/11/2025
02 Nov 2025 | Ahad | 8.00 pagi | Dewan Komuniti Kampung Kemensah, Hulu Kelang
Alhamdulillah telah selesai Program Bersama Keluarga “Komuniti Peduli Masyarakat Harmoni” anjuran AADK Negeri Selangor dan AADK Daerah Gombak dengan kerjasama JPKKP (Komuniti Desa Madani) Kampung Kemensah.
Program Komuniti Peduli, Masyarakat Harmoni yang merupakan antara pendekatan komuniti yang diperkenalkan oleh AADK bagi memperkukuhkan usaha pencegahan penyalahgunaan dadah melalui kerjasama erat antara agensi rakan sinergi, pemimpin komuniti dan penduduk setempat.
Pelbagai aktiviti interaktif dan gaya hidup sihat turut diadakan seperti sesi Ceramah “Pencegahan Dadah Dalam Komuniti – Faktor Pelindung & Faktor Risiko”, Ceramah “Keselamatan Dalam rumah & Keluarga”, pertandingan mewarna kategori kanak-kanak berusia empat hingga 10 tahun, pertandingan Futsal, pertunjukan silat, penyampaian perkhidmatan pelbagai agensi melalui reruai, saringan kesihatan dan jualan produk Sokongan Untuk Kepulihan Anda (S**A).
Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datin Nazirah binti Abd Hamid, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Kecil AADK dan turut hadir ialah Tuan Nazir bin Mohamad, Pengarah AADK Negeri Selangor, Puan Juwairiya Zulkifli, Penyelaras Dun Hulu Klang, Encik Zafarrul bin Ismail, Ahli Majlis MPAJ Zon 2, Encik Mohd Shaffie bin Omar, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gombak dan Ketua-ketua AADK Daerah di Seluruh Selangor serta pemimpin & Ketua komuniti setempat.
Jutaan terima kasih kepada AADK Negeri Selangor & AADK Daerah Gombak yang telah memilih Kampung Kemensah sebagai lokasi program.
Program ini juga tidak akan berjaya tanpa penglibatan semua. Sekalung penghargaan kepada penyumbang dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung.