24/05/2026
今天出席雪隆净心佛学会举办的卫塞节庆典活动,今年出席卫塞节庆典的善信比往年的多,同时多位政治人物也一起出席,包括首相高级政治顾问东姑塞夫鲁和班丹前国会议员及暨前交通部长丹斯里等诗杰。
我在受邀致词时祝福大家卫塞节快乐,平安喜乐,同时也向来宾们汇报刚完成建校工程的班丹中华华小去年6月10日开课了,学生人数也从去年的60多位迅速增加到今年200多位,预料明年将会增加到400多位,接着下来还会继续增加,因此我呼吁热爱华教和社会公益人士继续关心和捐助支持本校。
除此之外,身为班丹国会选区的选民和最近2届大选侯选人,我也评论时下最热门话题班丹区国会议员拿督斯里拉菲茲辞去班丹国会议员事件,我严厉批评这13年多公正党的国会议员一个又一个来来去去究竟为班丹区人民带来什么发展,改变和福𧘲,最后还在任期未满的情况下就辞掉国会议员职位,辜负了班丹区选民给于的強大委托。
Hari ini saya menghadiri majlis sambutan Hari Wesak anjuran Persatuan Pendidikan Buddha Jing Xin (Kuala Lumpur dan Selangor). Sambutan tahun ini mencatatkan kehadiran penganut yang lebih ramai berbanding tahun-tahun sebelum ini. Turut hadir bersama beberapa orang tokoh politik, termasuk Penasihat Politik Kanan Perdana Menteri, YM Dato’ Seri Utama Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dan bekas Ahli Parlimen Pandan merangkap bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat。
Semasa dijemput menyampaikan ucapan, saya mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua yang hadir, semoga sentiasa diberkati dengan kedamaian dan kebahagiaan. Saya juga memaklumkan kepada tetamu bahawa SJK(C) Choon Hwa,Pandan yang baru siap pembinaannya, telah mula beroperasi pada 10 Jun tahun lepas. Bilangan murid telah meningkat daripada lebih 60 orang tahun lepas kepada lebih 200 orang pada tahun ini, dan dijangka mencecah lebih 400 orang pada tahun hadapan. Oleh itu, saya merayu agar pencinta pendidikan Cina dan dermawan dapat terus menghulurkan sumbangan dan sokongan kepada sekolah ini.
Selain itu, sebagai pengundi kawasan Parlimen Pandan dan calon dalam dua pilihan raya kebelakangan ini, saya turut mengulas isu hangat mengenai peletakan jawatan Ahli Parlimen Pandan, Dato’ Seri Rafizi Ramli. Saya mengkritik keras sikap pemimpin Parti Keadilan Rakyat yang bertukar ganti sejak 13 tahun lalu. Apakah pembangunan, perubahan, dan kebajikan yang telah mereka bawa kepada penduduk Pandan? Akhirnya, ada antara mereka meletakkan jawatan sebelum tamat tempoh perkhidmatan, sekali gus mengecewakan mandat kukuh yang diberikan oleh pengundi Pandan.