16/09/2024
Salam Maulidur Rasul.
Ramai yang mencintai Rasulullah SAW tanpa ilmu.
Kita berasa cukup dengan mengakui kerasulan baginda tanpa mengikut segala sunnah yang diajarkan.
Walhal kecintaan kepada Nabi itu adalah soal iman.
Baginda dilahirkan untuk menjadi qudwah seluruh manusia. Rahmat terbesar bagi seluruh alam.
Sempena Maulidur Rasul ini, marilah sama-sama kita kuatkan tekad untuk menegakkan sunnah Rasulullah SAW dari sekecil-kecil perkara sehingga kepada mendirikan negara Islam.
Banyakkan berselawat. Amalkan sunnah. Jangan berdusta atas nama baginda. Dan cintai Nabi melebihi diri kita sendiri.
Selamat menyambut Maulidur Rasul 1446H.