08/09/2026
Usaha memperkukuh kerjasama Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dan Pusat Komuniti Desa (PKD) di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mencerminkan pendekatan kerajaan yang mengutamakan sinergi, pengoptimuman sumber dan penyampaian perkhidmatan yang memberikan manfaat kepada rakyat.
Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata NADI bukan lagi sekadar menyediakan komputer dan capaian Internet malah juga berkembang sebagai pusat maklumat dan pemerkasaan komuniti yang menghubungkan rakyat dengan kemahiran, peluang serta perkhidmatan kerajaan.
“Terdapat 191 PKD di bawah KKDW, lengkap dengan kemudahan, sumber dan jaringan bersama masyarakat. Berasaskan kekuatan yang dimiliki oleh PKD dan NADI, saya percaya terdapat ruang yang besar untuk kedua-duanya saling melengkapi dan memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
“Inilah semangat whole-of-government yang perlu kita terjemahkan. Bukan siapa yang memiliki sesuatu kemudahan, sebaliknya cara kemudahan dan sumber kerajaan yang tersedia dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh rakyat.”
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah
Fahmi Fadzil
Kementerian Komunikasi
Berita penuh: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2603972