03/04/2026
NASIHAT-NASIHAT UNTUK PARA HUFFAZ
Rasulullah SAW bersabda, โPerumpamaan seorang mukmin yang membaca al-Quran ialah seperti limau manis, baunya wangi dan rasanya pun sedap. Seorang mukmin yang tidak membaca al-Quran ialah seumpama buah tamar walaupun tidak mempunyai bau namun rasanya manis. Seorang munafik yang membaca al-Quran ialah seumpama bunga Raihan yang baunya harum tapi rasanya pahit. Sementara seorang munafik yang tidak membaca al-Quran ialah seumpama buah Hanzalah (seperti buah tembikai susu yang kelihatan cantik) namun tidak mempunyai bau dan rasanya pun pahit.(muslim)
โPerumpamaan seorang hafiz yang membaca Al-Quran dengan hafalannya bagaikan malaikat-malaikat yang menyampaikan wahyu. Keduanya setara dari segi kemuliaan.
Terdapat dua pahala untuk orang yang bukan hafiz yang membaca Al-Quran dengan tergagap-gagap, iaitu pahala membaca Al-Quran dan pahala susah payahnya.โ
โHafalan seorang hafiz bagaikan seekor unta yang terikat. Apabila pemiliknya menjaga untanya, ia dapat memegangnya. Apabila ia melepaskannya, unta itu pun akan malarikan diri.โ
โPerkataan โAku terlupa ayat ituโ adalah suatu perkara yang sangat buruk bagi seorang pemilik (hafiz) Al-Quran. Akan tetapi, seharusnya mengatakan, โIa telah dibuat lupa.โ
Mengatakan โaku lupa dengan ayat-ayat ituโ hukumnya adalah makruh. Namun, mengatakan โaku telah dibuat lupa akan ayat-ayat ituโ tidak menjadi masalah. Kerana, pada perkataan โaku lupaโ terdapat makna acuh tidak acuh dan kelalaian terhadap ayat-ayat Al-Quran, sedangkan pada perkataan โtelah dibuat lupaโ tidak terdapat makna kelalaian tersebut.
Fudhail bin โIyadh RH berkata, โMakam (darjat) seorang hafiz menghalanginya dari kederhakaan terhadap Allah SWT. Bukankah demikian? Bagaimanakah seorang hafiz menderhakai Allah SWT, sedangkan setiap huruf dari Al-Quran berkata kepadanya, โJanganlah kau berbuat sesuatu yang bertentangan denganku demi kecintaanmu kepada Allah SWT!โ Seorang hafiz seharusnya tidak bersenang-senang seperti orang-orang yang menyia-nyiakan waktunya, lebih berhati-hati daripada orang-orang muslim yang lain, dan tidak berkumpul dengan orang-orang yang lalai sehingga ikut menjadi lalai.