14/08/2026
πππππππ ππ πππππ ππππππππππππ π-πππππ πππππππ πππππ ππππππππ (πππππ) ππππ ππππππππ ππππ
Ampang Jaya, 14 Ogos 2026 β Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, YDH ACP Khairul Anuar bin Khalid, hari ini mengetuai lawatan ke tapak pertandingan E-Sukan sempena SUKMA XXII Selangor 2026 di Dewan Konvensyen MPAJ, Taman Melawati.
Lawatan tersebut turut dihadiri oleh pegawai PDRM Daerah Ampang Jaya, Jawatankuasa E-Sukan, pihak MPAJ serta agensi dan urus setia berkaitan.
Jawatankuasa E-Sukan telah memberikan taklimat mengenai persediaan pertandingan sebelum lawatan tapak dilaksanakan bagi meninjau aspek keselamatan, kawalan lalu lintas, laluan keluar masuk, pergerakan peserta dan penonton, tempat letak kenderaan, laluan kecemasan serta keperluan logistik dan ICT.
Beberapa perkara turut dibincangkan dan diselaraskan bagi memastikan persediaan lokasi berada pada tahap terbaik sebelum pertandingan berlangsung.
PDRM Daerah Ampang Jaya akan terus bekerjasama dengan pihak penganjur, MPAJ dan agensi berkaitan bagi memastikan penganjuran pertandingan E-Sukan sempena SUKMA XXII Selangor 2026 berlangsung dengan selamat, lancar dan teratur.