30/03/2026
πππππππππ ππππππ πππ πππππππ πππππππ ππππ πππππ πππππππ πππ πππππ ππ πππππ πππππ
PULAU PINANG, 30 Mac 2026 (Isnin) β Delegasi AKRAB Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah telah mengadakan kunjungan hormat dan lawatan penanda aras ke AKRAB Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) yang berlangsung di Ibu Pejabat PERDA, hari ini.
Delegasi tersebut diketuai oleh Setiausaha Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM), Puan Sharhida Nazuha Saad, bersama Pegawai Tadbir Negeri, Pegawai Psikologi BPSM , Pengurusan Tertinggi Akrab serta ahli-ahli Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam (AKRAB) Pejabat SUK Kedah.
Kunjungan ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan kerjasama strategik antara Kerajaan Negeri Kedah dan pihak PERDA, khususnya dalam memperkukuh peranan AKRAB sebagai platform sokongan psikososial, pembangunan modal insan dan kesejahteraan warga perkhidmatan awam.
Delegasi telah disambut oleh Pengurus Besar PERDA yang juga merangkap Pengerusi AKRAB PERDA, Datoβ Mohd Asri Baharum @ Harun, bersama Timbalan Pengurus Besar PERDA, Encik Anuar Shahab.
Selain sesi kunjungan hormat dan perbincangan dua hala, delegasi turut dibawa melawat kawasan Industri Kecil Sederhana (IKS) PERDA Food Park di Kubang Menerong, Pulau Pinang bagi melihat sendiri perkembangan inisiatif pembangunan industri dan keusahawanan yang dilaksanakan oleh pihak PERDA.
Turut hadir dalam lawatan ini ialah Ketua Penolong Setiausaha Kerajaan (Perkhidmatan) BPSM, Encik Mohd Tarmizi Saad; Pegawai Psikologi merangkap Pegawai Penyelaras AKRAB SUK Kedah, Encik Mohd Hanizam Mansor; serta Penolong Setiausaha (Pembangunan Organisasi), Puan Noorhayati Md Soberi.
Lawatan penanda aras ini diharap dapat membuka ruang perkongsian amalan terbaik serta memperkukuh jaringan kerjasama antara kedua-dua organisasi demi meningkatkan kecemerlangan perkhidmatan awam.