Jabatan Pendidikan Negeri Kedah

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Public Service, Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kompleks Pendidikan Jalan Stadium, Alor Setar.

Ini ialah halaman rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Kedah yang diuruskan oleh Unit Komunikasi Korporat untuk hebahan maklumat pendidikan dan pemberitahuan rasmi kepada warga pendidikan serta orang awam

Seiring Sejalan, Memacu Pendidikan KedahPada 8 September 2026, Wisma Negeri Kedah menjadi saksi sebuah pertemuan yang pe...
09/09/2026

Seiring Sejalan, Memacu Pendidikan Kedah

Pada 8 September 2026, Wisma Negeri Kedah menjadi saksi sebuah pertemuan yang penuh makna apabila Encik Azhari Bin Abdul Rashid, BCK., Pengarah Pendidikan Negeri Kedah, mengadakan kunjungan hormat kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Haji Norizan Bin Khazali SSDK., DSDK., AMK., BCK., Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah.

Pertemuan itu bukan sekadar sebuah kunjungan rasmi. Di sebalik senyuman dan jabat tangan, terselit satu tekad yang sama iaitu melihat pendidikan Kedah terus melangkah lebih jauh.

Pelbagai perkara berkaitan halatuju pendidikan negeri, isu-isu semasa serta cabaran pendidikan dibincangkan dengan penuh keterbukaan. Setiap pandangan disatukan, setiap persoalan dicari jalan penyelesaian, demi memastikan agenda pendidikan terus bergerak seiring dengan aspirasi pembangunan Negeri Kedah.

Kerana pada akhirnya, pendidikan tidak pernah berdiri sendiri. Ia memerlukan kepimpinan yang saling memahami, kerjasama yang kukuh dan langkah yang seiring.




AlhamdulillahAnak-anak Malaysia terus kental dan ingin tahu.
08/09/2026

Alhamdulillah
Anak-anak Malaysia terus kental dan ingin tahu.

6 September 2026 KDYMM Tuanku Sultan Kedah Berkenan Mencemar Duli ke SMK Keat HwaAlhamdulillah, menjunjung kasih Kebawah...
06/09/2026

6 September 2026
KDYMM Tuanku Sultan Kedah Berkenan Mencemar Duli ke SMK Keat Hwa

Alhamdulillah, menjunjung kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah atas limpah perkenan mencemar duli berangkat ke Hari Anugerah Cemerlang SMK Keat Hwa.

Keberangkatan KDYMM Tuanku Sultan Kedah menjadi satu penghormatan dan suntikan semangat yang amat bermakna kepada seluruh warga sekolah, khususnya para murid untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merafak sembah menjunjung kasih kepada KDYMM Tuanku Sultan Kedah atas keprihatinan dan sokongan berterusan terhadap agenda pendidikan serta kecemerlangan anak-anak Kedah.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada semua penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan. Tahniah juga kepada para guru, ibu bapa dan seluruh warga SMK Keat Hwa yang telah bersama-sama mencorakkan kejayaan anak-anak didik.

Semoga kecemerlangan ini menjadi pemangkin untuk terus melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan.

Tahniah! Syabas! Teruskan kecemerlangan!









⚠️ WARIS, SEMAK SEBELUM DAFTAR!KESELAMATAN ANAK-ANAK ADALAH KEUTAMAANSebelum mendaftarkan anak ke Sekolah Swasta, Pusat ...
06/09/2026

⚠️ WARIS, SEMAK SEBELUM DAFTAR!

KESELAMATAN ANAK-ANAK ADALAH KEUTAMAAN
Sebelum mendaftarkan anak ke Sekolah Swasta, Pusat Tuisyen, Pusat Perkembangan Minda atau Tadika Swasta, pastikan institusi tersebut beroperasi dengan kelulusan dan sokongan agensi berkaitan.

✅ Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
🏢 Keselamatan dan kesesuaian premis

✅ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)
🚒 Keselamatan kebakaran

✅ Pejabat Kesihatan Daerah (PKD)
🏥 Kesihatan, kebersihan dan persekitaran

📌 Pastikan dokumen kelulusan daripada ketiga-tiga agensi ini DIPAPARKAN DENGAN JELAS di premis institusi pendidikan swasta.

Jangan sekadar lihat yuran dan lokasi.

SEMAK KELULUSAN. PASTIKAN KESELAMATAN.
WARIS BIJAK, ANAK SELAMAT!

“Semak Sebelum Daftar.”

UNIT PENDIDIKAN SWASTA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH



📢 WARIS PRIHATIN, SEMAK SEBELUM MENDAFTARWaris disarankan agar mengambil tahu dan memastikan Sekolah Swasta, Pusat Tuisy...
06/09/2026

📢 WARIS PRIHATIN, SEMAK SEBELUM MENDAFTAR

Waris disarankan agar mengambil tahu dan memastikan Sekolah Swasta, Pusat Tuisyen, Pusat Perkembangan Minda dan Tadika Swasta yang dipilih untuk anak-anak mempunyai Sijil Perakuan Pendaftaran yang sah JPN Kedah.

📌 Sijil Perakuan Pendaftaran hendaklah dipaparkan dengan jelas di premis Institusi Pendidikan Swasta (IPS) yang beroperasi bagi membolehkan waris membuat semakan dan memastikan institusi tersebut berdaftar serta beroperasi mengikut ketetapan yang ditetapkan.

Pendaftaran yang sah memberi keyakinan kepada waris bahawa institusi berkenaan tertakluk kepada peraturan, pemantauan dan keperluan yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan JPN Kedah.

⚠️ Jangan ambil mudah status pendaftaran institusi pendidikan anak-anak.

SEMAK PERAKUAN PENDAFTARAN.
PILIH INSTITUSI YANG SAH DAN BERDAFTAR.

Demi keselamatan, kebajikan dan masa depan anak-anak.

UNIT PENDIDIKAN SWASTA
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI KEDAH



30/08/2026
🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Kedah...
28/08/2026

🎉 TAHNIAH DAN SYABAS! 🎉

Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Negeri Kedah serta semua sekolah menengah Negeri Kedah atas komitmen, kerjasama dan kesungguhan yang telah ditunjukkan sehingga berjaya mencapai 100% pengisian markah Percubaan SPM dalam SPPB: Peperiksaan Dalaman Sekolah pada 27 Ogos 2026.

👏 Syabas dan terima kasih kepada semua PPD atas peranan dalam menyelaras, membimbing, memantau dan memastikan semua sekolah di daerah masing-masing melaksanakan pengisian markah dengan lengkap, tepat dan mengikut tempoh yang ditetapkan.

Pencapaian 100% ini merupakan hasil kerjasama erat antara JPN Kedah, PPD dan pihak sekolah, khususnya para pentadbir, guru mata pelajaran, guru kelas, penyelaras peperiksaan serta semua warga pendidikan yang terlibat.

Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada usaha berterusan dalam memperkasa pengurusan data pentaksiran, meningkatkan kualiti analisis serta menyokong intervensi akademik yang lebih berfokus demi kecemerlangan murid Negeri Kedah.

💙💛 Tahniah PPD dan sekolah-sekolah menengah Negeri Kedah!
Komitmen kita, kejayaan bersama.

Encik Azhari bin Abdul Rashid, BCK.
Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah







ZIARAH KASIH JPN KEDAH BUAT JENAZAH ADIK NUR QAIRA  ALISHA BINTI AHMAD 'ILWANPengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Nege...
26/08/2026

ZIARAH KASIH JPN KEDAH BUAT JENAZAH ADIK NUR QAIRA ALISHA BINTI AHMAD 'ILWAN

Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Encik Azhari Bin Abdul Rashid, BCK., bersama-sama Pegawai Khas YB Menteri Pendidikan, Encik Hasnizam Bin Zakaria, PCK., berkesempatan menziarahi keluarga Allahyarhamah Nur Qaira Alisha Binti Ahmad ’Ilwan, murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Pak Kiau.

Ziarah ini dizahirkan sebagai tanda keprihatinan, kasih sayang dan sokongan warga Pendidikan Negeri Kedah kepada keluarga Allahyarhamah yang sedang melalui saat penuh dugaan.

Kehadiran ini juga menjadi lambang bahawa kebajikan dan kesejahteraan murid sentiasa dekat di hati warga pendidikan. Dalam menghadapi kehilangan insan tersayang, sokongan moral dan kehadiran bersama keluarga amat bermakna sebagai tanda kebersamaan dalam susah dan senang.

Seluruh warga Jabatan Pendidikan Negeri Kedah merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah.

Semoga roh Allahyarhamah Nur Qaira Alisha Binti Ahmad ’Ilwan dicucuri rahmat, ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh, serta ditempatkan di syurga-Nya. Semoga seluruh keluarga dikurniakan kekuatan, ketabahan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Al-Fatihah. 🤲









Salam Maulidurrasul buat semua umat Islam di Negeri Kedah Dan di seluruh negara."MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"
25/08/2026

Salam Maulidurrasul buat semua umat Islam di Negeri Kedah Dan di seluruh negara.

"MADANI Dihayati, Ummah Diberkati"

Address

Jabatan Pendidikan Negeri Kedah, Kompleks Pendidikan Jalan Stadium
Alor Setar
05100

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Pendidikan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share