22/05/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐: ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐
๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐, 21 ๐๐๐ 2026 โ Menyantuni segenap lapisan masyarakat dan meringankan beban golongan memerlukan kekal menjadi keutamaan Kerajaan Persekutuan, khususnya menjelang sambutan hari kebesaran Islam tidak lama lagi.
Menzahirkan ukhuwah tersebut, Pasukan Penyelarasan PMX, Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah (ICU JPM Kedah) telah turun padang menjayakan Program Sejahtera MADANI: Ziarah Kasih Ihsan Aidil Adha Tahun 2026 bertempat di Pulau Langkawi.
Program Program ini berjaya menyantuni seramai 100 orang penerima manfaat dalam kalangan isi rumah yang berdaftar di bawah Sistem eKasih.
Majlis penyerahan sumbangan berupa daging dan telur tersebut telah disempurnakan sendiri oleh Pengarah Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Kedah, YBhg. Datoโ Haji Zepri Bin Saad.
Sesi penyerahan turut diiringi oleh Timbalan Pengarah ICU JPM Kedah, YBrs. Encik Mohd Ridzuan Bin Ab Ghapar bersama gandingan mantap rakan korporat dan agensi daripada Bank Muamalat, FAMA, dan Yayasan Pencegahan Jenayah.
Sinergi ini turut diperkukuh dengan komitmen padu warga kerja Seksyen Kesejahteraan Rakyat, ICU JPM Kedah dan ICU JPM Kedah (Langkawi) serta sokongan penuh kepimpinan tempatan demi memastikan bantuan disampaikan secara terus dan berkesan.
Sumbangan yang dihulurkan ini diharapkan dapat memberikan kegembiraan dan keceriaan kepada para penerima bagi membuat persiapan menyambut Aidil Adha, sekali gus membuktikan bahawa tiada kelompok rakyat yang terpinggir daripada jaringan keselamatan sosial negara.