17/03/2026
ππππππ: 16 MAC 2026 | ISNIN
*MESYUARAT BAHAGIAN ARKITEK JKR NEGERI KEDAH BIL 01/2026*
Telah berlangsungnya Mesyuarat Bahagian Arkitek JKR Negeri Kedah Bil 01/2026 pada tahun ini yang diwajibkan kehadiran untuk semua staff Bahagian arkitek dan mesyuarat ini diadakan di Bilik Mesyuarat Bahagian Arkitek,Tingkat 4, Bangunan Sultan Abdul Halim JKR Negeri Kedah.
Mesyuarat bahagian buat julung kalinya pada tahun 2026 ini dimulakan dengan Ucapan alun alunan pembuka bicara yang disempurnakan oleh Encik Suhaili Bin Othman, Arkitek Penguasa JKR negeri Kedah, turut hadir iaitu Arkitek Puan Ar.Diyana Binti Dahlan , Arkitek En Hafiz bin Hassan tak lupa juga pada smua staff bahagian arkitek. Pembuka Bicara oleh arkitek penguasa juga turut diserikan dengan kehadiran arkitek baru iaitu Puan Ar.Dayana Binti Dahlan yang baru sahaja bertukar ke Arkitek JKR Negeri Kedah, Semoga puan Ar.Diyana terus maju cemerlang membawa Nama arkitek Negeri Kedah untuk setiap projek dibawah bimbingannya kelak.
Pada masa yang sama, Terdapat beberapa pencapaian dari bahagian arkitek yang diketengahkan serta adanya jugak penambahbaikkan dari setiap sudut bahagian yang mempunyai kekurangan dan disuarakan untuk mengatasi masalah tersebut . Mesyuarat tersebut mendapat pandangan hebat serta sambutan hangat bagi mengetengahkan setiap masalah dan mengutarakan pandangan serta pendapat yang di keudarakan dan tiada tentangan negatif dari mana-mana pihak dalam mesyuarat tersebut.
Diharapkan dengan adanya mesyuarat ini, Pihak JKR Arkitek JKR Negeri Kedah dapat menambahbaikkan, Meningkatkan keselesaan dan kecekapan dari semua sudut dan sisi positif demi menjaga nama baik bahagian,kepuasan hati para pelanggan, kerjasama antara semua pihak samaada didalam jabatan ataupun di pihak kontraktor serta pelanggan.
Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )
.kitekKedah