Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah Laman Facebook Rasmi Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ KEDAH, JOM TURUN PADANG! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡ΎHari Sukan Negara 2026 dah dekat! πŸ’ͺ Kalau anda penggerak sukan, komuniti, belia, keluarg...
08/09/2026

πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ KEDAH, JOM TURUN PADANG! πŸ”₯πŸ‡²πŸ‡Ύ

Hari Sukan Negara 2026 dah dekat! πŸ’ͺ Kalau anda penggerak sukan, komuniti, belia, keluarga atau sekadar nak keluar dari mode β€œduduk scroll” β€” 10 Oktober ni kita turun padang! πŸš€

πŸ“ Taman Rekreasi Bandar Perdana, Sungai Petani
πŸ“… 10 Oktober 2026 (Sabtu)
⏰ 7.00 pagi – 11.00 malam

Bukan sekadar Fun Run & Fun Walk! 😎 Ada aerobikthon, Muaythai, e-Sport, gusti lengan, Taekwondo Virtual, Paintball Shooting Target, Sukaneka Kanak-Kanak, Woodball, Stacking, Petanque, Jualan Industri Sukan, Youth Bazar, flying Fox, Mari Mencuba dan macam-macam lagi! πŸ”₯

Cabutan Bertuah menarik juga menanti anda!!🎁🎈

🎯 Penggerak sukan Kedah, inilah masa untuk aktifkan komuniti masing-masing! Ajak geng, keluarga, kelab, persatuan dan seluruh rakyat Kedah. Jangan jadi penonton β€” kita cipta gelombang sukan bersama! πŸ’™πŸ’›

JOM TURUN PADANG, KEKAL AKTIF, HIDUP SIHAT!
πŸ“’ SEMUA DIJEMPUT HADIR!

Untuk pendaftran Run / Walk sila click link di bawah

https://fgapparel.onpay.my

https://fgapparel.onpay.my


JBSNKomited KedahAktif JomTurunPadang

πŸ”₯ GERAK KERJA HSN KEDAH 2026; IS ON! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡ΎALOR SETAR, 6 SEPTEMBER 2026 – Lebih 50 agensi dan penggerak sukan hadir dalam M...
07/09/2026

πŸ”₯ GERAK KERJA HSN KEDAH 2026; IS ON! πŸ’ͺπŸ‡²πŸ‡Ύ

ALOR SETAR, 6 SEPTEMBER 2026 – Lebih 50 agensi dan penggerak sukan hadir dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Negeri Kedah di Wisma Persekutuan bagi memastikan persiapan HSN 2026 berjalan lancar dan mencapai sasaran penyertaan seluruh negeri. πŸš€

Mesyuarat dipengerusikan Timbalan Pengarah ICU Negeri Kedah, Encik Mohd Ridzuan bin AB Ghapar, bersama Pengarah JBS Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin selaku Setiausaha Jawatankuasa Induk. Turut berlangsung Pra Pelancaran HSN Kedah dengan pengenalan merchandise rasmi HSN Kedah bersama rakan kolaborasi, FG Apparel. πŸ‘•πŸ”₯

πŸ“… 10 OKTOBER 2026 (SABTU)

πŸ“ Serentak seluruh daerah negeri Kedah!

πŸ“Lokasi Sambutan Peringkat Negeri : Taman Rekreasi Bandar Perdana

Warga agensi, penggerak sukan, individu, syarikat & NGO β€” jom gerakkan komuniti, daftar aktiviti anda di www.harisukannegara.my dan kita gegarkan Kedah dengan budaya hidup aktif! πŸ’₯πŸƒβ€β™‚οΈβš½



JBSNK MalaysiaMADANI
TaufiqJohari

πŸš΄β€β™€οΈπŸ’š ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY | EDISI SEPTEMBER 2026 πŸ’›ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Pagi yang penuh vibe positif! ...
07/09/2026

πŸš΄β€β™€οΈπŸ’š ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY | EDISI SEPTEMBER 2026 πŸ’›

ALOR SETAR, 5 SEPTEMBER 2026 – Pagi yang penuh vibe positif! ✨ Yang Teramat Mulia Dato’ Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah, Tunku Temenggong Kedah berkenan berangkat dan turut menyertai Alor Setar Car Free Saturday Edisi September 2026 di Dataran Medan Bandar.

Antara tarikan utama, Larian Jubli Emas BSMM Negeri Kedah sejauh 5KM yang menghimpunkan lebih 2,000 peserta, selain Superhero Run dan aktiviti brisk walk. πŸ”₯πŸƒβ€β™‚οΈTurut berlangsung Isuzu Cycle for Health Edisi Ke-16 dengan penyertaan lebih 1,000 peserta dari seluruh Malaysia termasuk Satun, Thailand. πŸš΄β€β™‚οΈπŸŒ

Turut hadir, Timbalan Pengarah Sukan JBSNK, En. Mohd Hanaffi A. Rahman mewakili Pengarah JBSNK. πŸ’ͺ

Weekend bukan sekadar lepak β€” jom gerak, jom sihat, jom aktif! πŸ’šπŸ’›

KedahSejahtera

🏐 MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR (TERTUTUP) LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN KEDAH 2026ALOR SETAR, 4 SEPTEMBER ...
05/09/2026

🏐 MAJLIS PERASMIAN KEJOHANAN BOLA TAMPAR (TERTUTUP) LELAKI & PEREMPUAN BAWAH 20 TAHUN KEDAH 2026

ALOR SETAR, 4 SEPTEMBER 2026 – Aksi bola tampar anak muda Kedah kembali menghangatkan suasana apabila Kejohanan Bola Tampar (Tertutup) Lelaki dan Perempuan Bawah 20 Tahun Kedah 2026 membuka tirai di Central Atrium, Aman Central, Alor Setar.

Program anjuran Persatuan Bola Tampar Amatur Negeri Kedah berlangsung selama tiga hari dari 4 hingga 6 September 2026, kejohanan ini menyaksikan penyertaan lebih 20 pasukan yang berentap dalam kategori Tertutup Kedah serta kategori Terbuka Lelaki dan Wanita, sekali gus menjadi platform mencungkil bakat muda dalam sukan bola tampar.

Apa yang lebih menarik, kejohanan kali ini mencipta kelainan tersendiri apabila buat pertama kalinya pertandingan bola tampar dianjurkan di tengah-tengah pusat membeli-belah Aman Central. Suasana unik ini bukan sahaja mendekatkan sukan dengan masyarakat, malah berjaya menarik perhatian pengunjung untuk turut menyaksikan aksi para pemain.

Timbalan Pengarah Sukan JBSN Kedah, Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman hadir mewakili Pengarah JBSN Kedah serta menyampaikan sokongan dan dokongan berterusan terhadap usaha pembangunan sukan bola tampar, khususnya dalam mencungkil dan membina bakat muda ke peringkat lebih tinggi.

πŸ”₯ Sukan dekat dengan rakyat. Bakat muda kita terus digilap! 🏐






SukanUntukSemua

πŸ’› HELAAANG PERANG KEDAH, ALL THE BEST @ PARA SUKMA SELANGOR 2026! πŸ”₯πŸ†ALOR SETAR, 4 SEPTEMBER 2026 – Kontinjen Helang Pera...
05/09/2026

πŸ’› HELAAANG PERANG KEDAH, ALL THE BEST @ PARA SUKMA SELANGOR 2026! πŸ”₯πŸ†

ALOR SETAR, 4 SEPTEMBER 2026 – Kontinjen Helang Perang Para SUKMA Negeri Kedah hari ini berlepas ke Shah Alam dari Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah bagi membawa cabaran negeri ke Para SUKMA Selangor 2026 yang berlangsung dari 5 hingga 10 September 2026.

Kontinjen Kedah membabitkan seramai 100 atlet, jurulatih dan pegawai pengiring yang akan berentap dalam enam acara sukan iaitu renang, olahraga, badminton, powerlifting, memanah dan tenpin bowling. πŸ’ͺ🏽πŸ”₯

Majlis penyerahan bendera dan pelepasan kontinjen disempurnakan oleh Chef de Mission merangkap Pengarah Majlis Sukan Negeri Kedah, Yang Berusaha Tuan Haji Zulzuraidy Othman, sebagai simbolik rasmi keberangkatan kontinjen Para Kedah. Turut hadir Timbalan Pengarah Sukan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Mohd Hanaffi bin A. Rahman.

Kini masa untuk buktikan semangat, kekuatan dan jiwa juang anak-anak Kedah! πŸ¦…πŸ’šπŸ’›

π—£π—¨π—Ÿπ—¨π—‘ π—žπ—˜π——π—”π—› π—£π—¨π—Ÿπ—¨π—‘! πŸ”₯πŸ†


MalaysiaMADANI
TaufiqJohari

PROGRAM YOUNG HEROES PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026SUNGAI PETANI, 4 SEPTEMBER 2026 – Program Young Heroes Peringkat Negeri ...
05/09/2026

PROGRAM YOUNG HEROES PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026

SUNGAI PETANI, 4 SEPTEMBER 2026 – Program Young Heroes Peringkat Negeri Kedah 2026 telah melabuhkan tirai hari pertama bertempat di TVETMARA Sungai Petani dengan penyertaan seramai 40 orang peserta.

Hari pertama program memberi fokus kepada sesi suaikenal dan bina keyakinan diri yang bertujuan mengeratkan hubungan antara peserta serta membentuk keyakinan, keberanian dan kemahiran komunikasi dalam kalangan belia.

Program ini turut dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan Penggiat Seni Kreatif Kedah, yang memberikan pendekatan kreatif dan interaktif dalam membantu peserta membina potensi serta jati diri.

Diharapkan pelaksanaan Program Young Heroes ini dapat melahirkan golongan belia yang lebih yakin, berdaya saing dan berani meneroka potensi diri dalam pelbagai bidang.

Cabutan bertuah menarik menanti anda..daftar kaihhh❀️
05/09/2026

Cabutan bertuah menarik menanti anda..daftar kaihhh❀️

🚨PERHATIAN WARGA SUNGAI PETANI 🚨
JOM SIHAT SAMBIL MENANG MOTOR EV!
BERSEMPENA HARI SUKAN NEGARA KEDAH 2026
Ayuh aktif bersukan, beramai-ramai Berlari dan Berjalan Bersama di Hari Sukan Negari Kedah 2026 Kembali! ⚽πŸ₯ŠπŸŽ³πŸ₯‡πŸŽ―
Mari bersama kami di Hari Sukan Negara Kedah 2026 untuk Fun Run, Fun Walk, dan aktiviti lain! Nikmati lari santai, dapatkan T-shirt, medal, dan snack pack eksklusif
Dan pelbagai lagi aktiviti sukan serta program menarik menanti anda !!
- Tarikh: 10 Oktober 2026
- Lokasi: BANDAR PERDANA - SUNGAI PETANI
- Early Bird: RM34.90 (untuk 300 pendaftar pertama)
- Run Kit: T-shirt, Medal, Snack Pack & E-Cert
- Cabutan Bertuah
Daftar sekarang sebelum terlambat! Klik link di Bawah ! Klik sekarang.
https://fgapparel.onpay.my/order/form/hsn2026
https://fgapparel.onpay.my/order/form/hsn2026
https://fgapparel.onpay.my/order/form/hsn2026

Anugerah Sukan untuk Semua Kini Kembali! πŸ”₯⚑️Di sebalik pembangunan sukan di peringkat akar umbi, ada insan dan organisas...
03/09/2026

Anugerah Sukan untuk Semua Kini Kembali! πŸ”₯⚑️

Di sebalik pembangunan sukan di peringkat akar umbi, ada insan dan organisasi yang memilih untuk bergerak, menggerak dan memberi inspirasi. πŸ‡²πŸ‡Ύ
Kini, tiba masanya mereka diraikan dan diiktiraf - Anugerah Sukan Untuk Semua hadir sebagai penghargaan kepada para penggiat yang terus memastikan sukan diperkasakan di segenap peringkat. ⚑️

Kami menjemput seluruh warganegara Malaysia untuk bersama menyertai Anugerah Sukan untuk Semua Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 yang telah membuka tirai secara rasmi tertakluk kepada terma dan syarat! 🏁

Majlis penyampaian anugerah akan disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersempena dengan sambutan Hari Sukan Negara pada 10 Oktober 2026 (Sabtu) di Pekarangan TM Stadium Nasional, Bukit Jalil. πŸ…

Ini pentas anda, ini ruang anda - medan meraikan wira sukan yang mungkin tidak selalu di pentas, tetapi sentiasa berada di lapangan. 🫑
Sukan untuk Semua, JBSN Komited πŸ’ͺ


KBSMalaysia Taufiq Johari Mordi Bimol Rahimi Ismail Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
πŸ”— Syarat
https://drive.google.com/.../1sELYVZ5zxmtOAKfF.../view...
πŸ”— Soalan Lazim
https://drive.google.com/.../1oQU4IWlKinpzUTYeJAr.../view...
πŸ”— Borang Penyertaan
https://forms.gle/HjKbW9Djz2G8piPC8

πŸ”₯KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026πŸ”₯πŸ•οΈπŸ•οΈ LOKASI: Dima Garden, KedahπŸ“… TARIKH: 27 – 30 Ogos 202630 Ogos 2026, Sung...
02/09/2026

πŸ”₯KEM RAKAN MUDA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026πŸ”₯πŸ•οΈ

πŸ•οΈ LOKASI: Dima Garden, Kedah
πŸ“… TARIKH: 27 – 30 Ogos 2026

30 Ogos 2026, Sungai Petani- Satu program kepimpinan dan kepemudaan yang memupuk semangat patriotisme, ketahanan fizikal, serta jati diri belia Negeri Kedah akan berlangsung selama 4 hari 3 malam di persekitaran semula jadi Dima Garden.

Program ini merangkumi pelbagai aktiviti latihan berpasukan, modul pembangunan sahsiah, dan cabaran fizikal untuk melahirkan generasi belia yang berdaya saing dan berwawasan.

Turut hadir Puan Salwa binti Senawi, Penolong Pengarah Kanan Rakan Muda bagi merasmikan majlis penutup Kem Rakan Muda Peringkat Negeri Kedah 2026.

Address

Alor Setar
06550

Telephone

+6047324500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share