09/05/2026
ππππ ππ ππππ ππππ πππ πππππ ππππππ ππππππππ πππ ππππππππ ππππ πΎβ¨
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) berbangga menjadi sebahagian daripada penganjuran Majlis Pelancaran Road to MAHA 2026 Peringkat Zon Utara yang telah berlangsung dengan jayanya di Aman Central, Alor Setar, Kedah dan disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.
Program ini menjadi platform penting dalam mendekatkan aspirasi MAHA 2026 kepada masyarakat khususnya peladang, usahawan agro, golongan belia dan pengunjung di Zon Utara, selain memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan sektor agromakanan negara dalam menjamin keterjaminan makanan.
Sepanjang program berlangsung, seramai 18 usahawan bimbingan MADA turut mengambil bahagian menerusi jualan produk tempatan dan Jualan Agro MADANI (JAM). Penyertaan ini bukan sahaja membuka peluang promosi produk secara lebih meluas, malah membantu memperkukuh jaringan pemasaran serta meningkatkan potensi pendapatan usahawan tempatan.
Turut berlangsung ialah pelancaran Truck Road to MAHA 2026 sebagai simbolik gerakan promosi MAHA 2026 ke seluruh negara bagi memperluas hebahan serta menarik lebih ramai penglibatan masyarakat terhadap ekspo pertanian terbesar negara yang bakal berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 28 Ogos hingga 6 September 2026.
Turut hadir, YBhg. Dato' Luqman bin Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM; YBhg. Datuk Dr. Mohd Haniff bin Hassan, Setiausaha Bahagian Industri Makanan dan Asas Tani (IMAT) merangkap Ketua Sekretariat MAHA; YBhg. Dato' Wira haji Mahfuz bin Omar, Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), YBhg. Dato' Dr. Ismail Salleh, Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) serta pegawai-pegawai kanan Kementerian, Jabatan dan Agensi.
πΎ