JKR Kedah

JKR Kedah "PELANGGAN DIUTAMAKAN, JANJI DIKOTAKAN"

Perlukan bantuan atau ingin membuat aduan? Layari:
https://a

8.9.2026 SELASA Majlis Sesi Penyerahan Kunci BangunanPembinaan Sekolah Kebangsaan Bohor Jaya yang mengandungi 30 Bilik D...
08/09/2026

8.9.2026 SELASA
Majlis Sesi Penyerahan Kunci Bangunan

Pembinaan Sekolah Kebangsaan Bohor Jaya yang mengandungi 30 Bilik Darjah dan lain - lain Kemudahan, Langkawi Kedah dan Program Pembinaan Bangunan Modular dan IBS di Institusi KPM RMK13 Pembinaan 4 Bilik Darjah Tambahan (Aliran Perdana) di Sekolah Menengah Kebangsaan Mahsuri Kedah.

YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KUNJUNGI JKR KUBANG PASUKUBANG PASU, 6 September 2026 โ€“ Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang P...
06/09/2026

YB TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KUNJUNGI JKR KUBANG PASU

KUBANG PASU, 6 September 2026 โ€“ Jabatan Kerja Raya (JKR) Kubang Pasu menerima kunjungan YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya, dalam satu lawatan kerja yang memberi tumpuan kepada pengukuhan penyampaian perkhidmatan serta keperluan JKR di peringkat daerah.

Lawatan ini turut disertai Pengarah JKR Kedah, Ir. Mohd Fisal bin Ismail, dan Jurutera Daerah JKR Kubang Pasu, Ir. Ahmad Shahril Azli, serta melibatkan sesi bersama ketua-ketua bahagian JKR Kedah dan Jurutera-Jurutera Daerah dari seluruh negeri Kedah.

Dalam sesi tersebut, YB Datuk Seri Haji Ahmad Maslan turut menekankan pendekatan 5K, 5A dan 5T sebagai panduan dalam memperkukuh budaya kerja, kecekapan pengurusan serta penyampaian perkhidmatan JKR.

5K

๐Ÿ”น Kepantasan Tindakan โ€“ Pelaksanaan dan penyelesaian tugas dilakukan dengan segera tanpa penangguhan yang tidak sepatutnya.
๐Ÿ”น Kos yang Munasabah โ€“ Menguruskan perbelanjaan secara berhemah dan mengelakkan pembaziran.
๐Ÿ”น Kualiti yang Terjamin โ€“ Memastikan standard hasil kerja dan bahan binaan berada pada tahap yang ditetapkan.
๐Ÿ”น Keberkesanan Inovasi โ€“ Menerapkan kreativiti dan pembaharuan dalam kaedah kerja.
๐Ÿ”น Kecekapan Penyampaian โ€“ Memastikan perkhidmatan disampaikan secara berkesan dan memenuhi keperluan rakyat.

5A

๐Ÿ”น Akrab Sepasukan
๐Ÿ”น Adil Keputusan
๐Ÿ”น Awal Jadual (Ahead of Time)
๐Ÿ”น Amalan Terbaik (Best Practices)
๐Ÿ”น Azam Memperbaiki

5T

๐Ÿ”น Turun Padang (TURPA)
๐Ÿ”น Teamwork
๐Ÿ”น Teknologi Terkini
๐Ÿ”น Time Management
๐Ÿ”น Terbaik Segalanya

Selain sesi bersama pengurusan JKR Kedah, YB Timbalan Menteri turut meluangkan masa bersama warga JKR Kubang Pasu, sekali gus memberi peluang untuk berinteraksi secara lebih dekat dengan warga kerja di peringkat daerah serta menyuntik semangat untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Dalam perbincangan berkenaan, turut diketengahkan keperluan peningkatan peruntukan bagi Jurutera Daerah kepada RM300,000 setahun. Cadangan ini diharap dapat memperkukuh keupayaan JKR di peringkat daerah untuk melaksanakan tindakan penyelenggaraan dan menangani keperluan teknikal dengan lebih pantas, cekap dan responsif.

Lawatan ini menjadi platform penting bagi memperkukuh hubungan antara kepimpinan Kementerian Kerja Raya dengan warga JKR di lapangan, di samping membuka ruang perbincangan secara langsung berkaitan cabaran, keperluan dan penambahbaikan penyampaian perkhidmatan di setiap daerah.

Komitmen bersama ini selari dengan aspirasi JKR untuk terus memberikan perkhidmatan yang pantas, berkualiti, berhemah dan berkesan, demi kesejahteraan rakyat.

5K โ€ข 5A โ€ข 5T
Turun Padang. Bekerja Sebagai Pasukan. Terbaik Segalanya. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Kontinjen JKR Kedah turut mengambil bahagian dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah pa...
01/09/2026

Kontinjen JKR Kedah turut mengambil bahagian dalam perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Kedah pada 31 Ogos 2026.

Semangat patriotisme, perpaduan dan cintakan negara terus subur demi Malaysia yang tercinta.

Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

Anak-anak hari ini adalah pewaris negara pada masa hadapan.Di tangan mereka terletaknya harapan untuk meneruskan pembang...
30/08/2026

Anak-anak hari ini adalah pewaris negara pada masa hadapan.

Di tangan mereka terletaknya harapan untuk meneruskan pembangunan, kemajuan dan kecemerlangan negara yang kita cintai.

Seperti kita membina infrastruktur negara hari ini, kita juga sedang membina masa depan untuk generasi akan datang.

Mereka adalah pewaris...
Mereka adalah harapan...
Mereka adalah masa depan Malaysia!

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Selamat Menyambut Hari Kebangsaan ke- 69!
Malaysia MADANI โ€“ kesejahteraan dinikmati

LAWATAN KERJA KE  PROJEK KEMUDAHAN PERNIAGAAN KEDA (PKPK) DAERAH KOTA  SETAR KEDAH.24hb Ogos 2026 Isninโ€“  YBrs. Ir. Mari...
24/08/2026

LAWATAN KERJA KE PROJEK KEMUDAHAN PERNIAGAAN KEDA (PKPK) DAERAH KOTA SETAR KEDAH.

24hb Ogos 2026 Isninโ€“ YBrs. Ir. Maria binti Marcus, Yang Menjalankan Tugas Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) diiringi Ir. Mohd. Fisal bin Ismail, Tuan Pengarah JKR Kedah dan Ir. Isnil Badril bin Ismail Tuan Jurutera Daerah JKR Daerah Kota Setar hadir dalam lawatan kerja dan sesi lawatan tapak bagi projek PKPK KEDA di bilik mesyuarat tapak Bangunan Keda di Jalan Langgar Alor Setar.




Kementerian Kerja Raya Malaysia
Jabatan Kerja Raya Malaysia ( Public Works Department )

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF FASILITI LATIHAN JABATAN TEKNOLOGI TEKSTIL DI IKBN JITRA, KEDAH๐Ÿ“ Jitra, Kedah | 24 ...
24/08/2026

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK MENAIKTARAF FASILITI LATIHAN JABATAN TEKNOLOGI TEKSTIL DI IKBN JITRA, KEDAH

๐Ÿ“ Jitra, Kedah | 24 Ogos 2026

Telah berlangsung Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Fasiliti Latihan Jabatan Teknologi Tekstil di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah yang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Datoโ€™ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan bersama Yang Berbahagia Ir. Maria binti Marcus, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan), Jabatan Kerja Raya.

Projek dengan nilai kontrak berjumlah RM1,577,000.00 ini telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Kubang Pasu dengan skop kerja melibatkan kerja-kerja menaiktaraf fasiliti latihan di Blok A dan Blok B, termasuk Bilik Bengkel Jahitan 1 dan 2, Bilik Sulam Komputer & Laser Engraving, Bilik Inkubator, Bilik Fail, Bilik Persediaan Mengajar, Stor Pakaian, Smart Classroom serta kemudahan tandas lelaki dan perempuan.

Projek ini telah mendapat Tarikh Milik Tapak pada 15 Jun 2025 dan berjaya memperoleh Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 13 Ogos 2026, iaitu 13 hari lebih awal daripada tarikh siap kontrak selepas mengambil kira lanjutan masa (EOT).

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Yang Berusaha Ar. Abd Syukur bin Ismail, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am 2; Yang Berusaha Ir. Mohd Fisal bin Ismail, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah; Yang Berusaha Puan Zakiah binti Mat Jali, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan; Yang Berusaha Ir. Ahmad Shahril Azli bin Idris, Jurutera Daerah JKR Daerah Kubang Pasu; serta Yang Berusaha Puan NorHazita binti Kamaludin, Pengarah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra, Kedah.

Penyempurnaan projek ini mencerminkan komitmen Jabatan Kerja Raya dalam memastikan penyediaan fasiliti yang berkualiti, selamat dan kondusif bagi menyokong pembangunan kemahiran serta pendidikan teknikal belia.

Jabatan Kerja Raya Negeri Kedah
Berkhidmat Untuk Negara ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M Seluruh warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah mengucapkan Salam Maulidur Rasul ...
24/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL 1448H / 2026M

Seluruh warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kedah mengucapkan Salam Maulidur Rasul 1448H kepada seluruh umat Islam.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan mencontohi akhlak mulia, sifat amanah, kasih sayang serta kepimpinan Baginda Nabi Muhammad SAW dalam kehidupan seharian.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menjadi wadah untuk kita memperkukuh kecintaan kepada Rasulullah SAW serta meningkatkan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Salam Maulidur Rasul 1448H
Ikhlas daripada,
Pengurusan & Warga Kerja JKR Negeri Kedah



17/08/2026

Address

Bangunan Sultan Abdul Halim
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to JKR Kedah:

Shortcuts

Share