28/04/2026
๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐-๐ฃ๐๐ก๐ฌ๐๐๐๐ ๐๐๐๐ ๐ก๐๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐๐๐ ๐ ๐๐ก๐๐๐๐จ๐ง๐ ๐ฎ ๐๐๐ฅ๐ ๐๐๐ก๐๐๐๐ ๐๐ก๐ฆ๐ง๐ฅ๐จ๐ ๐๐ก ๐ฃ๐๐ ๐๐ก๐ง๐๐จ๐๐ก ๐๐๐๐๐ฆ ๐๐-๐ค๐จ๐ฅ๐๐ก ๐๐๐ก ๐๐๐ฅ๐๐จ ๐๐๐ก (๐๐๐๐) ๐๐๐ฅ๐ฆ๐๐ ๐ ๐ฃ๐๐๐๐ช๐๐ ๐๐๐๐๐ง๐๐ก ๐๐๐ ๐๐๐จ๐๐ก ๐๐ฆ๐๐๐ ๐ ๐๐๐๐ฌ๐ฆ๐๐ (๐๐๐๐๐ )
ALOR SETAR, 27-28 April 2026 - Bengkel Instrumen Pemantauan Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) 2026 telah diadakan di Pusat Latihan Kompleks Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Negeri Kedah selama 2 hari. Bengkel ini melibatkan semua penyelia KAFA Negeri Kedah bersama para pegawai Unit Pemantauan dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Bengkel selama 2 hari ini dikendalikan oleh YBrs. Ustaz Rushdan bin Ab Hadi, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bertujuan memperkasa dan meningkatkan kualiti pemantauan para penyelia KAFA Negeri Kedah dalam menjalankan pemantauan berkesan terhadap program Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) di Negeri Kedah.
Kemuncak bengkel ini, para penyelia KAFA menjalankan pemantauan berkelompok secara berkumpulan di Sekolah Kebangsaan Taman Awana di Alor Setar bagi mempraktikkan kaedah dan instrumen yang didedahkan sepanjang bengkel berlangsung.
Penghargaan diberikan kepada pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan pentadbiran Sekolah Kebangsaan Taman Awana atas kerjasama dan komitmen sepanjang bengkel ini berlangsung.