Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah Menyampaikan info pemakanan dan gaya hidup sihat serta mengupas isu-isu pemakanan terkini

Happy Malaysia Nutritionists’ Day 2026! 🇲🇾🥳4 September 2026“Nutritionists in Action: Empowering Communities Against Maln...
04/09/2026

Happy Malaysia Nutritionists’ Day 2026! 🇲🇾🥳

4 September 2026

“Nutritionists in Action: Empowering Communities Against Malnutrition”



02/09/2026

🔥Apa contoh aktiviti atau senaman yang boleh dilakukan untuk bakar 100 KALORI? JOM BAKAR KALORI BERLEBIHAN DENGAN AKTIVITI YANG MUDAH!

Aktiviti harian seperti badminton, aerobik, berbasikal, berlari atau 'sit up', 'abdominal crunches' dan 'plank' juga boleh membantu membakar kalori. 💪🏻

Tahukah anda, masa yang diperlukan untuk membakar 100 kalori berbeza mengikut berat badan, tempoh masa dan tahap intensiti aktiviti yang dilakukan.

✨ Mulakan dengan apa yang anda s**a, bergerak mengikut kemampuan dan jadikan aktif sebagai rutin harian!

❤️ Aktif hari ini, lebih sihat esok!






01/09/2026

🍽️ Pilih Makanan Padat Nutrien, Pilih Kesihatan Sepanjang Usia! 👵🏻👨🏻‍🦳

Semakin meningkat usia, semakin penting untuk setiap suapan memberi manfaat maksimum kepada tubuh. 💚

Pilih makanan padat nutrien yang kaya dengan protein, vitamin, mineral dan serat seperti bubur campuran, telur dadar dengan sayur cincang, tauhu kukus bersama sayur-sayuran, tauhu sumbat serta buah-buahan segar untuk membantu mengekalkan kesihatan, kekuatan dan kualiti hidup warga emas.

✨ Hidangan kecil, manfaat besar!







28/08/2026

Melangkau waktu makan bukan sekadar menahan lapar — ia boleh memberi kesan kepada kesihatan, tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak serta remaja yang sedang melalui fasa pertumbuhan pesat.

Apabila waktu makan sering dilangkau, tubuh mungkin tidak mendapat nutrien dan tenaga yang mencukupi, sekali gus boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut dan keletihan. Dalam masa yang sama, gangguan hormon boleh meningkatkan risiko berlebihan berat badan dan obesiti akibat kecenderungan untuk makan secara berlebihan pada waktu makan seterusnya.

Bukan itu sahaja, rasa lapar dan kekurangan tenaga juga boleh menyebabkan s**ar memberi tumpuan, seterusnya menjejaskan prestasi akademik dan perkembangan kognitif.

💡 Jangan biarkan waktu makan berlalu begitu sahaja. Pastikan anak-anak makan mengikut waktu dan mendapat makanan yang berkhasiat untuk menyokong pertumbuhan yang sihat, minda yang cergas dan perkembangan yang optimum.





27/08/2026
Kenali jenis minyak dan lemak dalam makanan anda dan kurangkan lemak tepu dan lemak trans!(Sumber: Malaysian Dietary Gui...
27/08/2026

Kenali jenis minyak dan lemak dalam makanan anda dan kurangkan lemak tepu dan lemak trans!
(Sumber: Malaysian Dietary Guidelines 2020)

🔥 JOM SERTAI KiBaR FUN WALK 5KM! 🔥Nak sihat sambil enjoy view cantik? 🌾⛰️Jom ajak seisi keluarga, kawan-kawan & komuniti...
24/08/2026

🔥 JOM SERTAI KiBaR FUN WALK 5KM! 🔥

Nak sihat sambil enjoy view cantik? 🌾⛰️
Jom ajak seisi keluarga, kawan-kawan & komuniti sertai kami!

📅 10 Oktober 2026 | Sabtu
⏰ 7.00 pagi
📍 Kompleks Arkeologi Pengkalan Bujang, Merbok, Kedah

💰 Yuran hanya RM33!
👕 Official Event Tee
🏅 Medal Eksklusif (limited 300 pendaftaran terawal!)
📜 E-Sijil
🎁 Cabutan Bertuah

💚 KIRA Kalori • BAKAR Lebihan Kalori • REKOD Berat Badan!

Tak perlu laju, yang penting kita bergerak, berpeluh & enjoy sama-sama! 😎🔥

📲 Scan QR pada poster untuk daftar @ tekan link

https://forms.gle/AmSARWFVy7qSGp8z8

⚡ Jangan tunggu last minute — jom kita KiBaR 5KM!

SIHAT ITU SAYA. 💪💚

24/08/2026

🌸 MITOS PENYUSUAN SUSU IBU: JANGAN MUDAH PERCAYA! 🤱🏻

Banyak perkara tentang penyusuan susu ibu yang sering kita dengar… tetapi adakah semuanya benar? 🤔 💕
✨ Ilmu yang betul membantu ibu menyus**an bayi dengan lebih yakin.
✨ Dapatkan maklumat daripada sumber yang sahih








21/08/2026

🌸SAMBUTAN MINGGU PENYUSUAN SUSU IBU SEDUNIA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026 🤱🏻🌸

"Penyusuan susu ibu sebagai asas kehidupan lestari: Perkukuhkan amalan yang berkesan"

Address

Unit Pemakanan, Jabatan Kesihatan Negeri
Alor Setar
05400

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 20:00
Wednesday 08:00 - 20:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Kedah:

Shortcuts

Share