Derma Organ - Hospital Sultanah Bahiyah

Derma Organ - Hospital Sultanah Bahiyah berita gempak..." walk for life" tema walkathon dari unit UPOH HSB tiba lagi... jom join ramai2.. 1/2/2020 Derma organ demi kehidupan.

Derma Organ - Hospital Sultanah Bahiyah ditubuhkan khas oleh TOP (Tissue & Organ Procurement) Team, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah & Kementerian Kesihatan Malaysia dengan sokongan dan kerjasama Bahagian Perkembangan Perubatan bagi menyebarkan maklumat yang tepat, serta mempertingkatkan kesedaran dikalangan masyarakat mengenai pendermaan organ di Malaysia.

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก & ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐—ข๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐—›๐—ฆ๐—•: "๐—๐—ข๐—  ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ!"11 September 2026; "Ikrar Kita, Harapan Kita!" Unit P...
12/09/2026

๐—ฃ๐—”๐— ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก & ๐—ž๐—”๐—จ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—”๐—™๐—ง๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐——๐—˜๐—ฅ๐— ๐—” ๐—ข๐—ฅ๐—š๐—”๐—ก ๐—จ๐—ฃ๐—ข๐—› ๐—›๐—ฆ๐—•: "๐—๐—ข๐—  ๐—œ๐—ž๐—ฅ๐—”๐—ฅ!"

11 September 2026; "Ikrar Kita, Harapan Kita!" Unit Perolehan Organ dan Tisu Hospital (UPOH), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) terus aktif mendampingi masyarakat menerusi pembukaan Kaunter Pendaftaran Penderma Organ bersempena Program Kempen Derma Darah 2/2026 bertempat di Ruang Legar City Plaza, Alor Setar.

Program anjuran Persatuan Gerak Medikal Alor Setar ini menjadi wadah terbaik buat pasukan UPOH HSB untuk mengajak orang ramai menyahut seruan "Jom Ikrar!". Menerusi pembukaan kaunter ini, pendedahan mesra disampaikan secara terus bagi memberi kefahaman menyeluruh mengenai impak murni pendermaan organ dan tisu demi menyelamatkan nyawa yang memerlukan.

Pihak UPOH HSB merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Persatuan Gerak Medikal Alor Setar atas jemputan serta kerjasama strategik ini, dan ucapan syabas buat semua pengunjung prihatin yang telah mengambil langkah murni membuat ikrar pendermaan organ!

๐Ÿ“ธ LENSA AKTIVITI: UPOH HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DI SAMBUTAN BMSS NEGERI KEDAH 202605 September 2026; Unit Perolehan Org...
12/09/2026

๐Ÿ“ธ LENSA AKTIVITI: UPOH HOSPITAL SULTANAH BAHIYAH DI SAMBUTAN BMSS NEGERI KEDAH 2026

05 September 2026; Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH), Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah turut serta menjayakan pameran kesihatan interaktif bersempena Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) Peringkat Negeri Kedah 2026 bertempat di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Program berprestij ini dianjurkan bersekali dengan Alor Setar Car Free Saturday dan Larian Jubli Emas Bulan Sabit Merah Malaysia Negeri Kedah.

Majlis telah disempurnakan oleh Yang Teramat Mulia Tunku Temenggong Kedah, Dato' Seri Diraja Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz binti Almarhum Sultan Abdul Halim. YTM Tunku Temenggong Kedah turut mencemar duli mencemar budi singgah di booth pameran UPOH HSB bagi menyaksikan sendiri usaha pendedahan serta kempen kesedaran pendermaan organ dan tisu yang dijalankan untuk masyarakat setempat.

Turut hadir bersama ialah YBhg. Datoโ€™ Haji Abdul Gafar Yahya, Datuk Bandar Alor Setar dan YBrs. Dr. Nor'Aishah binti Abu Bakar, Pengarah Kesihatan Negeri Kedah.

Pameran ini turut dimeriahkan dengan komitmen tinggi daripada YBrs. Dr. Norlida binti Mohd Jamil yang turun padang bertugas di booth UPOH HSB. Penglibatan beliau bersama pasukan UPOH HSB menunjukkan kesungguhan dalam memberi pendedahan menyeluruh, meningkatkan kefahaman awam, serta menggalakkan lebih ramai masyarakat mendaftar sebagai ikrar penderma organ demi menyelamatkan nyawa.

Syabas dan terima kasih kepada Dr. Norlida serta seluruh petugas UPOH HSB yang komited menjayakan pameran ini!

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—ฆ (๐—ง๐—ข๐—ง) ๐—•๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก ๐——๐—˜๐—”๐—ง๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ09 September 2026; Hospital Sultanah Bah...
11/09/2026

๐—•๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—˜๐—Ÿ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—œ๐—ก๐—š ๐—ข๐—™ ๐—ง๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—ฆ (๐—ง๐—ข๐—ง) ๐—•๐—ฅ๐—”๐—œ๐—ก ๐——๐—˜๐—”๐—ง๐—› ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง ๐—ก๐—˜๐—š๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ž๐—˜๐——๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—จ๐—ก ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

09 September 2026; Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) terus komited dalam meningkatkan kompetensi warga kerja kesihatan demi memantapkan perkhidmatan pendermaan organ dan tisu di peringkat negeri Kedah.

Sehubungan itu, Bengkel Training of Trainers (TOT) Brain Death Peringkat Negeri Kedah Tahun 2026 telah diadakan bertempat di Bilik Seminar 2, HSB. Bengkel anjuran Bahagian Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah dengan kerjasama Unit Perolehan Organ Hospital (UPOH) HSB ini bertujuan meningkatkan pengetahuan, kemahiran penentuan mati otak (brain death), serta melatih peserta menjadi jurulatih (trainer) di fasiliti masing-masing.

Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Norlida binti Mohd Jamil, Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) JKN Kedah merangkap urus setia program, bersama barisan penceramah pakar, fasilitator, dan peserta dari pelbagai hospital daerah di seluruh negeri Kedah.

Syabas & terima kasih kepada Bahagian Perubatan JKN Kedah dan UPOH HSB atas inisiatif penganjuran ini. Semoga ilmu dan kemahiran yang diperoleh dapat diperluaskan ke seluruh fasiliti kesihatan demi memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

โ€‹

  Kata-kata jururawat buka hati isteri dermakan organ arwah suami.
17/08/2026

Kata-kata jururawat buka hati isteri dermakan organ arwah suami.

ALOR SETAR: Kata-kata ringkas seorang jururawat mengenai peluang menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan organ membuka hati seorang pembantu tadbir, Norasmani Ahmad, 44, untuk membuat keputusan tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

  Arwah meninggal dunia selepas disahkan alami kematian otak
17/08/2026

Arwah meninggal dunia selepas disahkan alami kematian otak

ALOR SETAR: Hasrat Allahyarham Mohd Khairil Jamaludin, 44, untuk membantu insan memerlukan terlaksana walaupun selepas pemergiannya apabila kedua-dua buah pinggangnya didermakan kepada pesakit yang memerlukan.

Kata-kata ringkas seorang jururawat mengenai peluang menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan organ membuka hati seorang ...
17/08/2026

Kata-kata ringkas seorang jururawat mengenai peluang menyelamatkan nyawa menerusi pendermaan organ membuka hati seorang pembantu tadbir Norasmani Ahmad, 44, untuk membuat keputusan yang tidak pernah terlintas dalam fikirannya.

Norasmani berkata pada mulanya beliau keberatan untuk membenarkan organ suaminya Allahyarham Mohd Khairil Jamaludin, 44, didermakan selepas disahkan meninggal dunia akibat kematian otak.

โ€œSaya memang tidak mahu menderma organ suami kerana rasa kasihan melihat jenazah. Tetapi seorang jururawat dipanggil Kak Ros berkata kepada saya, bukan semua orang yang Allah pilih untuk menerima keadaan seperti ini.

โ€œJururawat yang menguruskan suami saya semasa menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) memaklumkan melalui kematian otak, Khairil mungkin dapat membantu orang lain untuk terus hidup. Kata-kata itu sangat mendalam dan memberi kesan kepada saya,โ€ katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Berita penuh: https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2595498

13/08/2026
Lemah lembut tuan puteri,Berkain cindai cantik dipandang,Meriah menyambut Aidilfitri,Sahabat handai datang bertandang.
31/03/2025

Lemah lembut tuan puteri,
Berkain cindai cantik dipandang,
Meriah menyambut Aidilfitri,
Sahabat handai datang bertandang.

Di tepi danau tumbuh teratai,Airnya jernih sejuk terasa.Marhaban ya Ramadan suci,Semoga dosa diampuni semua.
02/03/2025

Di tepi danau tumbuh teratai,
Airnya jernih sejuk terasa.
Marhaban ya Ramadan suci,
Semoga dosa diampuni semua.

14/02/2025

๐Š๐„๐’ ๐๐„๐๐ƒ๐„๐‘๐Œ๐€๐€๐ ๐Š๐Ž๐‘๐๐„๐€ ๐๐„๐‘๐“๐€๐Œ๐€ ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐ƒ๐ˆ ๐‡๐Ž๐’๐๐ˆ๐“๐€๐‹ ๐’๐”๐‹๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐€๐‡๐ˆ๐˜๐€๐‡, ๐€๐‹๐Ž๐‘ ๐’๐„๐“๐€๐‘ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ | ๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐…๐ž๐›๐ซ๐ฎ๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“

Satu kes pendermaan tisu telah berjaya dilaksanakan pada 13 Februari 2025 yang melibatkan seorang penderma kadaverik yang menderma sepasang kornea mata. Ini merupakan pendermaan pertama bagi tahun ini.

Pihak HSB merakamkan ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberi kebenaran untuk menjalankan pendermaan kornea berkenaan.

Perolehan tisu berkenaan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan perolehan kornea dari Jabatan Oftalmologi, Jabatan forensik dan Unit Perolehan Organ (UPOH) HSB dengan kerjasama utuh dari jabatan lain seperti Jabatan Patologi yg memproses ujian serologi jangkitan kuman dengan segera

Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pihak Pengurusan tertinggi, UPOH, Jabatan Oftalmologi, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Jabatan Forensik dan Pasukan Koordinator Atas Panggilan NTRC kerana menguruskan kes pendermaan berkenaan dengan lancar.

Address

Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Bahiyah
Alor Setar
05460

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Derma Organ - Hospital Sultanah Bahiyah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Derma Organ - Hospital Sultanah Bahiyah:

Shortcuts

Share