Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah

Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah, Government Organization, Tingkat 2, Bangunan Dato' Haji Ali Ismail, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” , ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTeruskan berbakti dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas demi masa depan yang lebih...
01/05/2026

๐—ฆ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐— ๐—”๐—ง ๐—›๐—”๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” , ๐Ÿญ ๐— ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Teruskan berbakti dengan penuh dedikasi dan hati yang ikhlas demi masa depan yang lebih cerah. Terima kasih atas jasa dan pengorbanan yang berterusan dalam memacu kemajuan dan kesejahteraan bersama. Selamat Menyambut Hari Pekerja.

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐’๐„๐๐„๐๐€๐‘Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sa...
30/04/2026

๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐’๐„๐๐„๐๐€๐‘

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman pada 30 April 2026 (Khamis) bersamaan 12 Zulkaedah 1447H.

Patik-patik sekalian mendoakan agar Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan berpanjangan serta sentiasa dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sepanjang zaman.

Sembah takzim daripada Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga, Setiausaha serta warga kerja Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐๐€๐๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐‰๐ˆ๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Ž๐ˆ๐ ๐๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐„๐’ (๐Š๐•) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐๐€๐†๐ˆ ๐‚๐€๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐‘๐”๐Œ๐€๐‡...
28/04/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐Œ๐„๐๐€๐๐ƒ๐€๐“๐€๐๐†๐€๐๐ˆ ๐๐„๐‘๐‰๐€๐๐‰๐ˆ๐€๐ ๐”๐’๐€๐‡๐€๐’๐€๐Œ๐€ ๐ƒ๐„๐๐†๐€๐ ๐Ž๐ˆ๐ ๐๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐„๐’ (๐Š๐•) ๐’๐ƒ๐. ๐๐‡๐ƒ. ๐๐€๐†๐ˆ ๐‚๐€๐ƒ๐€๐๐†๐€๐ ๐๐„๐Œ๐๐€๐๐†๐”๐๐€๐ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐๐„๐‘๐”๐Œ๐€๐‡๐€๐ ๐€๐“๐€๐’ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Œ๐ˆ๐‹๐ˆ๐Š ๐‹๐„๐Œ๐๐€๐†๐€ ๐Š๐„๐Œ๐€๐‰๐”๐€๐ ๐๐„๐๐€๐๐€๐Œ-๐๐„๐๐€๐๐€๐Œ ๐๐€๐ƒ๐ˆ ๐๐„๐†๐„๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐ƒ๐ˆ ๐Œ๐”๐Š๐ˆ๐Œ ๐๐€๐๐ƒ๐€๐‘ ๐‚๐‡๐€๐๐†๐‹๐Ž๐, ๐ƒ๐€๐„๐‘๐€๐‡ ๐Š๐”๐๐€๐๐† ๐๐€๐’๐”, ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

28 April 2026, Alor Setar - Sesi pemeteriaan Perjanjian Usahasama bagi cadangan pembangunan projek perumahan telah berlangsung dengan jayanya di antara Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah dan OIB Properties (KV) Sdn. Bhd. bertempat di Pejabat YB. Dato' Seri SUK Kedah. Majlis ini menandakan satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama pembangunan hartanah berimpak tinggi demi manfaat jangka panjang kepada organisasi dan masyarakat setempat.

Majis Menandatangani Perjanjian Usahasama tersebut telah ditandatangani oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah, Tuan Haji Baharom Bin Kasim dan Pengarah OIB Properties (KV) Sdn. Bhd, Low Kok Shen. Sesi menandatangani perjanjian tersebut turut disaksikan oleh YB. Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah merangkap Pengerusi Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah. Pemeteraian ini mencerminkan komitmen semua pihak dalam merealisasikan pembangunan yang terancang, mampan dan memberi nilai tambah kepada pembangunan negeri.

Cadangan pembangunan projek perumahan ini melibatkan kawasan seluas 29.932 hektar di Mukim Bandar Changlon dan dijangka menjadi pemangkin pertumbuhan sektor perumahan serta ekonomi setempat. Selain itu, projek ini berpotensi menjana pendapatan kepada Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah melalui pemanfaatan optimum aset tanah milik Lembaga.

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sal...
27/04/2026

Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin

Tunku Mahkota Kedah

27 April 2026 | 09 Zulkaedah 1447H

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku dan
dikurniakan kesihatan berpanjangan.

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐˜๐๐‡๐† ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐€๐‘๐ˆ๐…๐… ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐ƒ ๐๐Ž๐Ž๐‘YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI HAKIM ARIFF BIN MD NOOR, PEGAWAI DAERA...
23/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐‘๐€ ๐˜๐๐‡๐† ๐ƒ๐€๐“๐Žโ€™ ๐‡๐€๐‰๐ˆ ๐‡๐€๐Š๐ˆ๐Œ ๐€๐‘๐ˆ๐…๐… ๐๐ˆ๐ ๐Œ๐ƒ ๐๐Ž๐Ž๐‘

YANG BERBAHAGIA DATO' HAJI HAKIM ARIFF BIN MD NOOR, PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR DAN JUGA MANTAN SETIAUSAHA LEMBAGA KEMAJUAN PENANAM-PENANAM PADI NEGERI KEDAH.

SETINGGI PENGHARGAAN DAN TERIMA KASIH ATAS SEGALA JASA DAN KHIDMAT BAKTI YANG DICURAHKAN SEPANJANG PERKHIDMATAN.

Ikhlas Daripada :
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga, Setiausaha serta warga kerja Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah.



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha bi...
13/04/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐˜๐€๐Œ๐๐”๐“ ๐”๐‹๐€๐๐† ๐“๐€๐‡๐”๐ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐Š๐„๐๐”๐“๐„๐‘๐€๐€๐ ๐Š๐ƒ๐˜๐Œ๐Œ ๐“๐”๐€๐๐Š๐” ๐’๐”๐‹๐“๐€๐๐€๐‡ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡

Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Maliha binti Almarhum Tengku Ariff, Sultanah Negeri Kedah Darul Aman pada 13 April 2026 bersamaan 24 Syawal 1447H.

Semoga Allah SWT lanjutkan usia Tuanku serta
dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan yang berpanjangan.

Sembah Takzim Daripada :
Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Ahli-Ahli Lembaga, Setiausaha dan seluruh warga kerja Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah.

12/04/2026
๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐€๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐๐†๐€๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐€๐‘๐” ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐† ๐๐€๐‘๐” ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐’๐„๐๐€.POKOK SENA, 8 Apri...
09/04/2026

๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐“๐€๐๐€๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐€๐ˆ๐“๐€๐ ๐Œ๐€๐’๐€๐‹๐€๐‡ ๐๐„๐๐†๐€๐ˆ๐‘๐€๐ ๐ƒ๐ˆ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐€๐‘๐” ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐€๐Œ๐๐”๐๐† ๐๐„๐๐ƒ๐€๐๐† ๐๐€๐‘๐” ๐๐Ž๐Š๐Ž๐Š ๐’๐„๐๐€.

POKOK SENA, 8 April 2026 โ€“ Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah dengan kerjasama Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah Cawangan Kampung Baru telah menganjurkan satu program lawatan tapak bagi menangani isu pengairan yang menjejaskan kawasan sawah padi di Kampung Baru dan Kampung Bendang Baru. Program ini turut melibatkan beberapa agensi utama termasuk Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mekanikal dan Elektrikal Kuala Muda, Jabatan Pengarian dan Saliran Daerah Kota Setar serta Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena bagi memastikan pendekatan bersepadu dapat dirangka.

Lawatan ini melibatkan kawasan bendang seluas 217 hektar di Kampung Baru dan 174 hektar di Kampung Bendang Baru yang dikenal pasti menghadapi masalah bekalan air yang tidak konsisten. Sepanjang program, agensi telah melawat lima lokasi checkpoint strategik yang berpotensi untuk penempatan pam air selain meneliti keadaan sistem saliran dan perparitan sedia ada yang memerlukan kerja-kerja penyelenggaraan dan naik taraf bagi meningkatkan kecekapan pengairan.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Encik Nasrankamil Bin Noh, Pegawai Daerah Pokok Sena, Tuan Haji Baharom Bin Kasim, Yang Dipertua Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah, KPPD (Kanan) Tanah Pokok Sena, Pegawai-Pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Mekanikal dan Elektrikal Kuala Muda, Jabatan Pengarian dan Saliran Daerah Kota Setar serta Jabatan Pertanian Daerah Pokok Sena dan Tuan Setiausaha Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah. Pihak Lembaga merakamkan penghargaan kepada semua agensi yang terlibat dan berharap hasil perbincangan serta tinjauan lapangan ini akan menjadi titik permulaan kepada penyelesaian jangka panjang, seterusnya memberi manfaat kepada 216 petani di kawasan terlibat.

TUNJANG, 01 April 2026 - Unit Pengembangan Pertanian, Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah telah menganjur...
02/04/2026

TUNJANG, 01 April 2026
- Unit Pengembangan Pertanian, Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah telah menganjurkan Kursus SMART SBB Bernas Siri 1/2026 dan Taklimat Pemulihan Tanah Jerlus oleh Syarikat Macrotech bertempat di Sera Sentosa Inn, Padang Sera, Kubang Pasu, Kedah. Penyertaan kursus ini melibatkan ahli Persekutuan Penanam-Penanam Padi Kedah Bahagian Tunjang serta penyewa bendang Lembaga di bahagian Tunjang.

Taklimat Pemulihan Tanah Jerlus disampaikan oleh Puan Syarifah Nur Faridah daripada Syarikat Macrotech Solution Sdn Bhd. Beliau memberi pengetahuan berkenaan bagaimana tanah sawah yang lembik dan sukar dilalui jentera boleh diperbaiki semula menggunakan produk MacroGel EZi. Produk ini bertindak sebagai pemangkin bagi membatu memperbaiki tekstur tanah sawah dengan menambah keupayaan tanah untuk menampung beban sekaligus mengurangkan risiko tanah jerlus di dalam sawah.

Seterusnya, Kursus SMART SBB Bernas yang disampaikan oleh Encik Shahril Hafizie Bin Sobri selaku Pegawai Jabatan Pengurusan Ladang memberi tumpuan kepada aspek peningkatan hasil pertanian dan kelebihan menyertai program SMART SBB BERNAS.

Terima kasih diucapkan kepada penceramah, atas perkongsian, pengetahuan dan pendedahan yang diberikan.

Kursus ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Asrol Sany Bin Awang Puteh, Setiausaha Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah dan Ketua Unit Sewa Bendang Lembaga, Encik Mohd Rosdi Bin Abd Halim.

Program yang berlangsung dengan jayanya itu turut menerima sambutan positif daripada para peserta yang mengharapkan lebih banyak inisiatif seumpamanya dianjurkan pada masa hadapan.

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tu...
30/03/2026

Warganegara Malaysia dan bermastautin di Negeri Kedah Darul Aman serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan ini

https://www.lkppk.gov.my




๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€, ๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐ˆ๐Tulus ikhlas daripada:Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah
21/03/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐‡๐€๐‘๐ˆ ๐‘๐€๐˜๐€,
๐Œ๐€๐€๐… ๐™๐€๐‡๐ˆ๐‘ ๐ƒ๐€๐ ๐๐€๐“๐ˆ๐

Tulus ikhlas daripada:
Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Negeri Kedah

Address

Tingkat 2, Bangunan Dato' Haji Ali Ismail, Jalan Tunku Ibrahim
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047313850

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Lembaga Kemajuan Penanam-Penanam Padi Kedah:

Share