Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK)

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) Sebarang aduan rasmi sila layari www.pknk.gov.my dan pilih e-aduan.

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐Š๐๐Š ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‡๐“๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐„๐’ ๐Š๐„ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐Š๐„๐‹๐€๐๐€ ๐’๐€๐–๐ˆ๐“ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€10 September 2026, KEDAHโ€“ PKN...
10/09/2026

๐‹๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐‰๐€ ๐๐Š๐๐Š ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‡๐“๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐๐„๐‘๐“๐ˆ๐„๐’ ๐Š๐„ ๐‹๐€๐ƒ๐€๐๐† ๐Š๐„๐‹๐€๐๐€ ๐’๐€๐–๐ˆ๐“ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Š๐„๐“๐ˆ๐‹ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐”๐€๐‹๐€ ๐Œ๐”๐ƒ๐€

10 September 2026, KEDAHโ€“ PKNK bersama wakil HTI Properties hari ini mengadakan lawatan kerja ke dua (2) kawasan ladang kelapa sawit di Kuala Ketil dan Kuala Muda.

Lawatan disertai Encik Mohd Johar bin Jahaya, Pengurus Bahagian Pembangunan Perniagaan, Encik Rozamin Ab Aziz, Pengurus Bahagian Kewangan serta wakil Bahagian Hartanah dan Bahagian Teknikal PKNK. Turut hadir bersama ialah Pengurus Besar KLPK Haji Roni bin Abu Bakar.

Lawatan ini bertujuan meninjau keadaan semasa serta menilai potensi dan prospek kedua-dua kawasan berkenaan sebagai sebahagian daripada usaha PKNK meneroka peluang strategik bagi memperkukuh portfolio aset dan aktiviti pelaburan pada masa hadapan.

10/09/2026

๐•๐ˆ๐ƒ๐„๐Ž ๐’๐Ž๐‘๐Ž๐“๐€๐ ๐๐Š๐๐Š ๐’๐„๐๐€๐†๐€๐ˆ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‚๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐˜๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐๐€๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Œ๐–/๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŽ๐Œ๐–๐‡ ๐Œ๐˜๐๐„๐’๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐€๐˜๐” ๐‡๐ˆ๐“๐€๐Œ



๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐’๐”๐‹๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐‡๐€๐‹ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐Š๐๐Š10 September 2026, ALOR SETAR -  Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PK...
10/09/2026

๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐๐ˆ๐๐‚๐€๐๐†๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐Š๐Ž๐๐’๐”๐‹๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐„๐‘๐ˆ๐‡๐€๐‹ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐Š๐๐Š

10 September 2026, ALOR SETAR - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah mengadakan Sesi Perbincangan dan Konsultasi Perihal Tanah PKNK bersama Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG Kedah) serta Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda.

Sesi ini memberi tumpuan kepada perbincangan berkaitan urusan sambungan tempoh pajakan salah satu pemajak di Kawasan Industri Bakar Arang milik PKNK, termasuk mendapatkan pandangan dan penjelasan berhubung kaedah serta proses yang bersesuaian. PKNK turut mengambil kesempatan mendapatkan konsultasi berhubung beberapa perkara lain berkaitan pengurusan dan pentadbiran tanah milik PKNK.

Hadir mewakili PTG Kedah dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Muda ialah Encik Zaharin bin Zahari, Penolong Pegawai Daerah; Encik Mohd Fadzli bin Ishak, Ketua Unit Pendaftaran; Puan Nafizah binti Othman, Bahagian Pendaftaran; serta Puan Nur Aisyah binti Md Yasin, Bahagian Perundangan.

PKNK p**a diwakili oleh Puan Maheran binti Manan, Ketua Pegawai Korporat; Encik Azwan bin Abdul Wahab, Pengurus Kanan Bahagian Tadbir Urus Korporat; Puan Farah Wahida binti Mukhtar, Pengurus Bahagian Hartanah; Encik Mohamad Azri bin Abdul Halim, Ketua Bahagian Industri; Encik Mohd Yusof Syahmi bin Yaakob, Ketua Unit Perundangan; Encik Mohd Iqmal bin Abd Wahab, Penolong Pengurus Bahagian Hartanah; Cik Nor Atikah binti Amiruddin, Penolong Pengurus Bahagian Industri; Encik Fairuz bin Ilias, Pembantu Tadbir; serta Cik Rosshidah binti Sulaiman Puzi, Pembantu Tadbir Bahagian Industri.

Sesi ini diharap dapat memperkukuh kerjasama dan penyelarasan antara PKNK dengan pihak berkuasa tanah dalam memastikan urusan berkaitan tanah milik PKNK dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐”๐‘๐”๐’๐๐ˆ๐€๐†๐€ ๐๐€๐‰๐€๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐Š๐๐ŠWisma PKNK, 9 September 2026 - Satu sesi t...
10/09/2026

๐“๐€๐Š๐‹๐ˆ๐Œ๐€๐“ ๐๐„๐๐†๐†๐”๐๐€๐€๐ ๐“๐„๐Œ๐๐‹๐€๐“ ๐ƒ๐Ž๐Š๐”๐Œ๐„๐๐“๐€๐’๐ˆ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐” ๐”๐‘๐”๐’๐๐ˆ๐€๐†๐€ ๐๐€๐‰๐€๐Š๐€๐ ๐‡๐€๐‘๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐Š๐๐Š

Wisma PKNK, 9 September 2026 - Satu sesi taklimat berkenaan penggunaan templat dokumentasi baharu urusniaga pajakan hartanah PKNK telah diadakan pada jam 2.30 petang tadi di Bilik Mesyuarat Tingkat 7, Wisma PKNK oleh Unit Perundangan PKNK.

Sesi taklimat tersebut telah dikendalikan oleh saudara Mohd Yusof Syahmi Bin Yaakob, dibantu oleh saudara Muhammad Haikal Aliff Bin Salleh dan dihadiri oleh wakil-wakil dari 3 bahagian yang terlibat dengan urusniaga pajakan hartanah iaitu Bahagian Pembangunan Perniagaan, Bahagian Hartanah dan Bahagian Industri.

Templat dokumentasi baharu urusniaga pajakan itu digubal oleh Unit Perundangan bagi mengemaskini terma dan syarat urusniaga pajakan supaya ianya menepati keperluan semasa PKNK, mempercepatkan urusan penyediaan dokumentasi pajakan dan dalam masa yang sama memastikan hak dan kepentingan PKNK sentiasa terpelihara tanpa memprejudis hak dan kepentingan para pelabur.

Diharapkan dengan tersedianya templat baharu tersebut, ia mampu melonjakkan lagi keberkesanan gerak kerja dan tadbir urus PKNK dalam urusniaga pajakan hartanah PKNK.

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‚๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐˜๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐๐€๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Œ๐–/๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŽ๐Œ๐–๐‡ ๐Œ๐˜๐๐„๐’๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐€๐˜๐” ๐‡๐ˆ๐“๐€๐ŒBUKIT KAYU HITAM, 9 Se...
09/09/2026

๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐๐„๐‚๐€๐‡ ๐“๐€๐๐€๐‡ ๐๐‘๐Ž๐‰๐„๐Š ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐๐„๐๐˜๐ˆ๐Œ๐๐€๐๐€๐ ๐“๐„๐๐€๐†๐€ ๐๐€๐“๐„๐‘๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐ŸŽ๐Œ๐–/๐Ÿ’๐ŸŽ๐ŸŽ๐Œ๐–๐‡ ๐Œ๐˜๐๐„๐’๐“ ๐ƒ๐ˆ ๐๐”๐Š๐ˆ๐“ ๐Š๐€๐˜๐” ๐‡๐ˆ๐“๐€๐Œ

BUKIT KAYU HITAM, 9 September 2026 โ€“ Pembangunan Kawasan Industri Bukit Kayu Hitam Fasa 3 terus mencatat perkembangan positif menerusi Majlis Pecah Tanah Projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (Battery Energy Storage System โ€“ BESS) MYBEST, sekali gus menjadi satu lagi langkah penting dalam memperkukuh ekosistem perindustrian dan tenaga hijau di Negeri Kedah.

Majlis telah disempurnakan oleh Puan Maheran binti Manan, Ketua Pegawai Korporat PKNK, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNK.

Projek yang dibangunkan di atas tapak seluas lebih 4.8 ekar ini melibatkan BKHM BESS Sdn. Bhd. bersama rakan sinergi Universal Peak Sdn. Bhd. dan Blueleaf Energy. Pelaksanaan projek ini dijangka memberi impak kepada kestabilan grid hijau, menjadi pemangkin kepada pelaburan berteknologi tinggi serta menyokong pembangunan modal insan tempatan.

Dalam ucapan perasmiannya, Puan Maheran merakamkan syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada BKHM BESS Sdn. Bhd., Universal Peak Sdn. Bhd. dan Blueleaf Energy atas pelaksanaan projek strategik ini serta keyakinan memilih Bukit Kayu Hitam sebagai lokasi pembangunan projek MYBEST BESS.

Beliau turut menzahirkan harapan agar BKHM BESS Sdn. Bhd. bukan sahaja berperanan sebagai pengusaha aset tenaga, malah menjadi rakan pembangunan yang dapat membawa pemindahan teknologi, melatih bakat tempatan serta memperkukuh inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan kelestarian demi memberi limpahan manfaat kepada rakyat Kedah.

โ€œBagi pihak PKNK, komitmen kami tidak pernah berbelah bahagi. Kami akan terus memudah cara urusan pelaburan, menyediakan prasarana bertaraf tinggi, dan mengekalkan iklim perniagaan yang selamat, kondusif serta progresif,โ€ katanya.

Kehadiran projek MYBEST BESS turut mencerminkan perkembangan Bukit Kayu Hitam daripada sebuah pintu sempadan dan gerbang logistik kepada koridor perindustrian moden bernilai tinggi. Sejak PKNK mula merintis kawasan perindustrian ini pada tahun 1995, pembangunan di kawasan seluas 580 ekar tersebut terus diperkasakan dengan kelebihan jaringan lebuh raya utama serta kedudukannya yang strategik dalam rangkaian perdagangan ASEAN.

Pelaksanaan projek ini sekali gus memperkukuh komitmen PKNK dalam menyediakan ekosistem perindustrian yang kondusif dan berdaya saing bagi menarik lebih banyak pelaburan strategik serta bernilai tinggi ke Negeri Kedah.

๐Ÿ“ข  ๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk me...
07/09/2026

๐Ÿ“ข ๐ˆ๐Š๐‹๐€๐ ๐‰๐€๐–๐€๐“๐€๐ ๐Š๐Ž๐’๐Ž๐๐†

Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi jawatan Juruukur Gred J9 secara lantikan kontrak.

๐Ÿ“… TARIKH PERMOHONAN:
7 September 2026 hingga 13 September 2026

๐Ÿ’ป MOHON SECARA DALAM TALIAN MELALUI:
Sistem iKerja Kedah
๐Ÿ‘‰ ikerja.kedah.gov.my

๐”๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐ฆ๐š๐ค๐ฅ๐ฎ๐ฆ๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ ๐›๐ž๐ซ๐ค๐š๐ข๐ญ๐š๐ง ๐ฌ๐ฒ๐š๐ซ๐š๐ญ ๐ฅ๐š๐ง๐ญ๐ข๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ง ๐œ๐š๐ซ๐š ๐ฉ๐ž๐ซ๐ฆ๐จ๐ก๐จ๐ง๐š๐ง, ๐ฌ๐ข๐ฅ๐š ๐ฅ๐š๐ฒ๐š๐ซ๐ข https://www.pknk.gov.my/

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐ˆ๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡/๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„ ๐๐Š๐๐ŠALOR SETAR, 6 September 2026 โ€“ Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) hari in...
06/09/2026

๐Š๐”๐๐‰๐”๐๐†๐€๐ ๐‡๐Ž๐‘๐Œ๐€๐“ ๐Œ๐ˆ๐ƒ๐€ ๐Š๐„๐ƒ๐€๐‡/๐๐„๐‘๐‹๐ˆ๐’ ๐Š๐„ ๐๐Š๐๐Š

ALOR SETAR, 6 September 2026 โ€“ Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) hari ini menerima kunjungan hormat daripada Malaysian Investment Development Authority (MIDA) Kedah/Perlis yang diketuai oleh Pengarahnya, Puan Nazlizan binti Abdullah, bersama Puan Rohani Saad dan Cik Nur Farahanum Salehuddin, Penolong Pengarah MIDA Kedah/Perlis.

Delegasi tersebut disambut oleh Puan Hajah Anita binti Salleh, Ketua Pegawai Operasi PKNK, mewakili Ketua Pegawai Eksekutif PKNK. Turut hadir Encik Mohd Johar bin Jahaya, Pengurus Kanan Bahagian Pembangunan Perniagaan; Puan Kamariah binti Mohd Fisol, Pengurus Bahagian Keusahawanan; Encik Mohd Azri bin Abdul Halim, Ketua Bahagian Industri dan Cik Nor Atikah binti Amiruddin, Penolong Pengurus Bahagian Industri.

Sesi ini menjadi platform perkongsian dan perbincangan strategik mengenai potensi pelaburan serta pembangunan sektor perindustrian di Negeri Kedah. PKNK turut berkongsi mengenai rangkaian kawasan perindustrian yang dibangunkan dan diuruskan serta potensi yang tersedia untuk pelabur.

MIDA Kedah/Perlis p**a berkongsi mengenai peranan serta kemudahan yang disediakan kepada pelabur merangkumi aspek promosi, kelulusan, insentif, pelaksanaan projek dan fasilitasi pelaburan.

Pertemuan ini turut membuka ruang untuk memperkukuh kerjasama strategik antara PKNK dan MIDA, khususnya dalam mempromosikan kawasan industri PKNK, memudah cara urusan pelabur serta menarik lebih banyak pelaburan berkualiti dan berimpak tinggi ke Negeri Kedah.

๐๐Š๐๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐„-๐’๐„๐‹๐… ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€ALOR SETAR, 2 Septe...
03/09/2026

๐๐Š๐๐Š ๐๐„๐‘๐Š๐”๐Š๐”๐‡ ๐“๐€๐ƒ๐๐ˆ๐‘ ๐”๐‘๐”๐’ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐„๐๐†๐Š๐„๐‹ ๐๐„๐Œ๐€๐๐“๐€๐๐€๐ ๐’๐ˆ๐’๐“๐„๐Œ ๐„-๐’๐„๐‹๐… ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐‘๐’๐€๐Œ๐€ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐€๐”๐ƒ๐ˆ๐“ ๐๐„๐†๐€๐‘๐€

ALOR SETAR, 2 September 2026 โ€” Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) melalui Bahagian Pelaburan telah menganjurkan Bengkel Pemantapan Sistem e-Self Audit Kump**an PKNK bersama Jabatan Audit Negara Malaysia (JAN) di The Jerai Hotel Alor Setar, Kedah, dengan penyertaan seramai 60 orang peserta daripada Perbadanan dan syarikat-syarikat Kump**an PKNK.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, YBhg. Dato' Haji Mohd Sahil bin Zabidi.

Dalam ucapan perasmian, Dato' Haji Mohd Sahil menegaskan bahawa tatakelola yang baik, kawalan dalaman yang kukuh serta kecekapan pengurusan kewangan bukan lagi satu pilihan, sebaliknya merupakan satu kewajipan yang mutlak bagi PKNK sebagai badan berkanun negeri yang memikul amanah pembangunan ekonomi dan sosial Kedah.

Beliau turut menekankan bahawa pelaksanaan Sistem e-Self Audit merupakan inisiatif strategik yang berfungsi sebagai mekanisme amaran awal, membolehkan syarikat-syarikat Kump**an PKNK menilai tahap pematuhan dan prestasi kewangan secara kendiri serta mengesan sebarang kelemahan kawalan dalaman sebelum tindakan audit luar dijalankan.

Bengkel ini menampilkan Puan Nik Mazian binti Mohammad (Timbalan Pengarah Audit, Sektor Audit Pengurusan Syarikat, JAN Ibu Pejabat) dan Puan Noor Faizah binti Ibrahim (Penolong Pengarah Audit, JAN Kedah) sebagai penceramah jemputan. Modul bengkel merangkumi pengenalan skop dan garis panduan e-Self Audit, tatacara pelaksanaan dan pengisian sistem, latihan praktikal (hands-on), semakan bersama pegawai JAN, serta perbincangan berhubung isu dan kesilapan lazim dalam pelaksanaan sistem.

Pelaksanaan bengkel ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PKNK untuk memperkukuh amalan tadbir urus korporat, integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan syarikat-syarikat Kump**an PKNK.

**anPKNK

Address

LVL14, WISMA PKNK, Jalan SULTAN BADLISHAH
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 13:00
14:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 13:00
14:00 - 17:00

Telephone

+6047752455

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK):

Shortcuts

Share