AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena

AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena Daerah Kota Setar & Pokok Sena. Pusat aduan, maklumat dan perkhidmatan sokongan berkaitan dadah. Menawarkan peluang rawatan pemulihan dadah.

๐Ÿšจ SKUAD ANTIDADAH BERSAMA BELIA: 1 JENAYAH, 1 HUKUMAN 2.0 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA! ๐ŸšจAlhamdulillah, selesai sudah...
14/06/2026

๐Ÿšจ SKUAD ANTIDADAH BERSAMA BELIA: 1 JENAYAH, 1 HUKUMAN 2.0 MELABUHKAN TIRAI DENGAN JAYANYA! ๐Ÿšจ

Alhamdulillah, selesai sudah Program 1 Jenayah 1 Hukuman 2.0 yang berlangsung di Dewan Raflesia, KOMBES Negeri Kedah kelmarin.

Pihak AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena ingin mengucapkan Syabas & Tahniah kepada Pengerusi SKUAD Antidadah Daerah KSPS & Barisan AJK/ Urusetia atas penganjuran program ini & kami juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua anak muda & warga komuniti yang hadir memeriahkan program ini! Semangat dan komitmen hangpa semua sememangnya terbaik!

Kehadiran belia hari ini membuktikan sokongan padu terhadap usaha Skuad Antidadah dalam melahirkan generasi muda yang cakna undang-undang dan bebas daripada ancaman dadah.

Semoga segala perkongsian realiti dan input kesedaran yang disampaikan oleh barisan panel penceramah hebat kita, En. Haffizie Yahya dan Sarjan Zureen Aizad dapat dijadikan panduan serta benteng diri buat semua peserta.

Syabas belia Kota Setar & Pokok Sena! Korang memang sempoi! Jumpa lagi di program akan datang! ๐Ÿค

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.
Skuad Antidadah Kota Setar & Pokok Sena





13/06/2026
13/06/2026
13/06/2026

Program 1 Jenayah 1 Hukuman 2.0

๐Ÿšจ 1 JENAYAH, 1 HUKUMAN 2.0 KINI KEMBALI! ๐ŸšจHangpa warga Negeri Kedah terutamanya dari Daerah Kota Setar & Pokok Sena tak ...
11/06/2026

๐Ÿšจ 1 JENAYAH, 1 HUKUMAN 2.0 KINI KEMBALI! ๐Ÿšจ

Hangpa warga Negeri Kedah terutamanya dari Daerah Kota Setar & Pokok Sena tak tau nak pi mana Sabtu ni?

Jom pakat mai penuhi masa lapang hangpa dengan ilmu yang bermanfaat!

Skuad Antidadah Daerah Kota Setar & Pokok Sena ingin menjemput seluruh komuniti terutamanya para belia untuk hadir ke program ni.

Banyak perkongsian realiti dan input kesedaran undang-undang dan bahaya jenayah yang bakal dikupas oleh panel penceramah hebat kita!

Butiran Program:
๐Ÿ“… Tarikh: 13 Jun 2026 (Sabtu)
โฐ Masa: 8.00 Pagi - 5.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Dewan Raflesia, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah

Barisan Penceramah Hebat:
๐Ÿ‘‰ En. Haffizie Yahya (Penolong Pengarah PUSPEN Serdang Kedah)
๐Ÿ‘‰ Sarjan Zureen Aizad (Pejabat Parol dan Perkhidmatan Komuniti Daerah Kota Setar)

Anjuran Kelab Rakan Muda Parlimen Alor Setar dengan kerjasama erat AADK & Skuad Antidadah Kota Setar & Pokok Sena.

Jangan lepaskan peluang ini! Jumpa hangpa di sana!

Masalah Dadah hubungi talian hotline AADK 1-800-22-2235 (AADK) atau 019-626 2233 atau layari icari.aadk.gov.my untuk khidmat nasihat, pertanyaan dan aduan. Layari aadk.gov.my untuk mendapatkan informasi lebih lanjut.






Address

Tingkat 2, Wisma Persekutuan, Jalan Kg Baru
Alor Setar
05000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047329160

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to AADK Daerah Kota Setar & Pokok Sena:

Share