Polis Kedah

Polis Kedah Laman ini merupakan Facebook Rasmi Polis Kedah. Hotline : 04-7392 999
Tik Tok : Polis Kedah Official

KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH BERANGKAT KE PULAU PAYAR9 SEPTEMBER 2026 – LANGKAWI: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Am...
10/09/2026

KEBAWAH DYMM TUANKU SULTAN KEDAH BERANGKAT KE PULAU PAYAR

9 SEPTEMBER 2026 – LANGKAWI: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, berkenan berangkat ke Pulau Payar, hari ini.

Keberangkatan tiba Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah di Pulau Payar telah disambut oleh YDH CP Dato' Adzli bin Abu Shah, Ketua Polis Kedah,Pegawai Daerah Kota Setar, Pengarah Perikanan Negeri Kedah, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan Malaysia (Pembangunan), serta dif-dif kehormat yang lain.

Dalam lawatan tersebut, Kebawah DYMM Tuanku Sultan Kedah turut berkenan mendengar taklimat berkaitan Pulau Payar. Baginda kemudiannya berkenan menanam terumbu karang serta meninjau kawasan sekitar Pulau Payar sebelum berangkat p**ang.

Sumber Gambar : Media Istana

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI TENAGA NASIONAL BERHAD KE ATAS YDH KETUA POLIS KEDAHALOR SETAR,  8 September 2026 - Ketua Poli...
08/09/2026

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI TENAGA NASIONAL BERHAD KE ATAS YDH KETUA POLIS KEDAH

ALOR SETAR, 8 September 2026 - Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Adzli bin Abu Shah telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Delegasi yang tiba di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah pagi tadi telah diketuai oleh Encik Mohd Zarihi bin Mohd Hashim, Chief New Energy Officer, Tenaga Nasional Berhad.

Sesi kunjungan ini diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala dan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Turut serta dalam kunjungan hormat tersebut Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin; Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Risikan/ Operasi) Kontinjen Kedah, ACP Zailani bin Yusoff dan Ketua Jabatan Pengurusan Kedah, ACP Ahmad Sahrin bin Hussain serta pegawai-pegawai JSJ Kedah.

Majlis diakhiri dengan sesi menandatangani buku lawatan dan bergambar kenang-kenangan.

08/09/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Tiga Golongan Mustajab Doa
---+++++++---------

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Tiga jenis doa yang akan diperkenankan dan tidak ada keraguan padanya, iaitu; doa orang yang di zalimi, doa orang yang sedang musafir dan doa ibu bapa kepada anaknya." (Ibn Majah No: 3862 Maktabah Ilmiyyah) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Berdoa adalah ibadah.

2. Ada tiga kelompok manusia yang jika ia berdoa, doanya mustajab dan dimakbulkan:

a. Doa orang yang dizalimi. Ibn Hajar ketika mensyarahkan hadis ini menjelaskan bahawa doa orang yang dizalimi mendapat perhatian khusus kerana dia berada dalam keadaan terdesak, lemah dan menyerahkan urusannya kepada Allah.

b. Doa orang yang bermusafir. Imam Munawi ketika mensyarahkan hadis mengaitkan kelebihan doa musafir dengan keadaan seseorang yang jauh daripada keselesaan biasa dan lebih merasakan keperluannya kepada perlindungan Allah.

c. Doa kedua ibu bapa untuk anaknya. Ibu bapa mempunyai hubungan yang sangat istimewa dengan anak. Doa mereka lahir daripada kasih sayang, pengorbanan dan keikhlasan.

3. Jangan memandang rendah orang yang dizalimi kerana mungkin dia tidak mempunyai kuasa di dunia, tetapi doanya sampai kepada Allah tanpa hijab.

4. Orang yang bermusafir dianjurkan memperbanyakkan doa, bukan membiarkan waktu perjalanan berlalu tanpa zikir kepada Allah.

5. Bagi ibu bapa perbanyakkanlah berdoa kebaikan untuk anak-anak. Elakkan dari mengeluarkan perkataan dan kalimah buruk untuk anak. Mungkin juga ia akan menjadi doa dan dimustajabkan.

6. Doa yang lahir daripada hati yang benar-benar merasakan kebergantungan kepada Allah mempunyai kedudukan yang sangat besar.

7. Ingatlah pesanan ini:

Jangan menzalimi kerana orang yang dizalimi mempunyai doa.
Jangan sia-siakan perjalanan, kerana musafir mempunyai doa.
Jangan sia-siakan amanah keibubapaan, kerana ibu bapa mempunyai doa.





(JIPS)Kedah

26 hb Rabiulawal 1448H
08 hb September 2026M

06/09/2026

SANTAPAN ROHANI PADA HARI INI..

Doa Kebaikan Dunia dan Akhirat
--------+-/////-----------

Daripada ‘Abdul ‘Aziz bin Suhaib, beliau berkata: Qatadah pernah bertanya kepada Anas bin Malik RA: “Apakah doa yang paling banyak dibaca oleh Nabi SAW?” Anas menjawab: “Doa yang paling banyak dibaca oleh Baginda SAW ialah: اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ “Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka.”
‘Abdul ‘Aziz berkata: “Anas RA p**a, apabila beliau hendak berdoa dengan sesuatu doa, beliau akan membaca doa ini. Dan apabila beliau hendak berdoa dengan beberapa doa yang lain, beliau akan memasukkan doa ini bersama-sama dalam doanya.” (HR Muslim No: 4855 Dar Ihya Kutub Arabiyyah) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Berdoa adalah antara tuntutan seorang Mukmin

2. Antara doa yang sering dibaca oleh Rasulullah SAW untuk kita ikuti:

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Allah, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia, dan kebaikan di akhirat, serta peliharalah kami daripada azab neraka

3. Kebaikan dunia merangkumi segala nikmat yang membantu manusia hidup dalam iman, ketaatan dan kesejahteraan.

4. Kebaikan akhirat merangkumi keampunan, keselamatan, keredaan Allah dan syurga.

5. Memohon perlindungan daripada neraka juga bererti berusaha menjauhi segala sebab yang membawa kepadanya

6. Anas seorang sahabat Rasulullah SAW sentiasa akan membaca doa ini walaupun dia membaca doa yang lain. Marilah kita berdoa dengan doa ini agar dikurniakan kebaikan di dunia dan di akhirat.





(JIPS)Kedah

25 hb Rabiulawal 1448H
07 hb September 2026M

KETUA POLIS KEDAH HADIR HARI ANUGERAH CEMERLANG KE-56 SMJK (C) KEAT HWAALOR SETAR, 6 September 2026 – Ketua Polis Kedah ...
06/09/2026

KETUA POLIS KEDAH HADIR HARI ANUGERAH CEMERLANG KE-56 SMJK (C) KEAT HWA

ALOR SETAR, 6 September 2026 – Ketua Polis Kedah telah menghadiri Hari Anugerah Cemerlang Ke-56 yang dianjurkan oleh Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (C) Keat Hwa (SMJK(C) Keat Hwa), bertempat di Dewan Dato’ Teoh Boon Beng.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Negeri Kedah Darul Aman, sebagai tanda penghargaan terhadap kecemerlangan serta pencapaian para pelajar dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Kehadiran Ketua Polis Kedah mencerminkan komitmen Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Kedah dalam menyokong usaha memperkasa generasi muda serta menggalakkan budaya kecemerlangan dalam kalangan pelajar.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak pengurusan sekolah, para guru, ibu bapa serta khususnya para penerima anugerah atas pencapaian yang membanggakan.

LATIHAN JASMANI KETUA POLIS KEDAH BULAN OGOS 2026ALOR SETAR, 6 September 2026 – Latihan Jasmani atau Physical Training (...
06/09/2026

LATIHAN JASMANI KETUA POLIS KEDAH BULAN OGOS 2026

ALOR SETAR, 6 September 2026 – Latihan Jasmani atau Physical Training (PT) Ketua Polis Kedah merupakan aktiviti bulanan yang diadakan pada setiap Ahad minggu pertama. Pada sesi kali ini diadakan di Dataran Kawad, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah dibawah anjuran Jabatan Logistik dan Teknologi.

Program pagi ini disempurnakan oleh Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kedah, YDH SAC Amran bin Yaakob, bersama Ketua-Ketua Jabatan Kontinjen dan seluruh warga kerja IPK Kedah.

Latihan dimulakan dengan lafaz Ikrar Rukun Negara, sebelum diteruskan dengan aktiviti larian dan briskwalk di sekitar IPK Kedah serta senamrobik yang dikendalikan oleh Koperal Zulfami Shariff.

KP KEDAH TERIMA SAYAP PENERJUNAN KEHORMAT ROYAL THAI ARMYHATYAI, 3 September 2026 – Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Adzl...
03/09/2026

KP KEDAH TERIMA SAYAP PENERJUNAN KEHORMAT ROYAL THAI ARMY

HATYAI, 3 September 2026 – Ketua Polis Kedah, YDH CP Dato' Adzli bin Abu Shah hari ini menerima Sayap Penerjunan Kehormat Royal Thai Army dalam satu majlis yang berlangsung di Hansa JB Hotel, Hatyai, Thailand.

Penganugerahan tersebut disempurnakan bersempena 119th Regional Border Committee (RBC) Meeting 2026, yang menjadi platform penting dalam memperkukuh kerjasama serta hubungan dua hala antara Malaysia dan Thailand, khususnya dalam aspek keselamatan dan pengurusan sempadan.

Turut menerima Sayap Penerjunan Kehormat Royal Thai Army ialah YDH DCP Dato' Mohamad Suzrin bin Mohamad Rodhi, Timbalan Pengarah KDNKA/PGA PDRM dan SAC Ahmad Radzi bin Hussain, Komander Briged Tenggara.

Penganugerahan ini mencerminkan penghargaan serta pengiktirafan terhadap komitmen dan kerjasama erat yang terjalin antara kedua-dua negara dalam memastikan keselamatan serta kestabilan di kawasan sempadan sentiasa terpelihara.

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPK KEDAHALOR SETAR, 2 September 2026 - Bertempat di Masjid Jamek Nur Fadzilat IPK Ked...
02/09/2026

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT IPK KEDAH

ALOR SETAR, 2 September 2026 - Bertempat di Masjid Jamek Nur Fadzilat IPK Kedah pagi ini telah berlangsungnya Majlis Sambutan Maulidur Rasul bagi tahun 2026.

Ceramah bertajuk "Ibrah Disebalik Peristiwa Sambutan Maulidur Rasul S.A.W" telah disampaikan oleh YBhg. Ustaz Mohd Nazrul bin Haji Nasir, Pengasas Pusat Pengajian Zawiyah Nasiriyyah.

Turut hadir bersama dalam program ini ialah YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin Timbalan Ketua Polis Kedah, Ketua-Ketua Jabatan, serta warga kerja PDRM IPK Kedah.

Majlis diakhiri dengan alunan selawat keatas Nabi Muhammad SAW beramai-ramai.

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN POLISALOR SETAR, 01 Sept  2026 – Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Baderulhisha...
01/09/2026

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI KANAN POLIS

ALOR SETAR, 01 Sept 2026 – Timbalan Ketua Polis Kedah, YDH DCP Baderulhisham bin Baharudin hari ini telah menyempurnakan majlis pemakaian pangkat kepada YDH DSP. Ganes A/L Arumugam yang dinaikkan pangkat daripada Deputi Superintendan Polis (DSP) kepada pemangku Superintenden Polis (Supt.) yang baru melapor diri sebagai Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda,Kedah.

Majlis yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan dan Ketua Polis Daerah.

Polis Kedah merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada YDH Supt. Ganes A/L Arumugam yang telah dinaikkan pangkat serta mendoakan agar terus cemerlang dalam melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada pasukan dan rakyat.

Rakaman Lensa Perarakan Kemerdekaan Di Dataran Medan Bandar Alor Setar pagi tadi.Album 6/6 (final)
31/08/2026

Rakaman Lensa Perarakan Kemerdekaan Di Dataran Medan Bandar Alor Setar pagi tadi.

Album 6/6 (final)


Address

Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, Jalan Stadium
Alor Setar
05560

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Polis Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Polis Kedah:

Shortcuts

Share