Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar

Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar Unit Promosi Kesihatan,
Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar,
Lebuhraya Darulaman, 05150 Alor Setar, Kedah Darul Aman.

Tel: 04-7332775 Faks: 04-7347295
Laman Web Rasmi: https://sites.google.com/moh.gov.my/upkwhks/utama Visi: Negara menggembleng tenaga ke arah kesihatan yang lebih baik. Objektif: Untuk meningkat taraf kesihatan individu yang produktif melalui perkhidmatan yang merangkumi aspek penggalakkan,pencegahan,rawatan dan pemulihan.

10/09/2026
πŸ›‘π‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ: 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 & 𝐆𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀Tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang perlu diberi perhatian ialah dem...
09/09/2026

πŸ›‘π‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ: 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 & 𝐆𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀
Tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang perlu diberi perhatian ialah demam, sakit tekak, sakit kepala, hilang selera makan, serta kemunculan ulser pada tekak, mulut dan lidah.
Kanak-kanak juga boleh mengalami ruam atau lepuh berisi cecair pada tangan, kaki dan kawasan lampin yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.
Sekiranya gejala ini dikesan, tindakan segera perlu diambil adalah dengan merehatkan kanak-kanak di rumah dan elakkan mereka hadir ke taska, tadika atau sekolah bagi mencegah penularan jangkitan.
Pantau keadaan kesihatan anak secara berterusan dan pastikan pengambilan cecair mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.
Ibu bapa dan penjaga digalakkan mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan sekiranya gejala bertambah teruk atau berlarutan.
Amalkan kebersihan diri dan persekitaran secara konsisten sebagai langkah perlindungan. Pengesanan awal dan tindakan tepat membantu mempercepatkan pemulihan serta melindungi kanak-kanak lain daripada jangkitan HFMD.

πŸ›‘π‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ: 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 & 𝐆𝐄𝐉𝐀𝐋𝐀

Tanda dan gejala Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) yang perlu diberi perhatian ialah demam, sakit tekak, sakit kepala, hilang selera makan, serta kemunculan ulser pada tekak, mulut dan lidah.

Kanak-kanak juga boleh mengalami ruam atau lepuh berisi cecair pada tangan, kaki dan kawasan lampin yang boleh menyebabkan rasa tidak selesa dan sakit.

Sekiranya gejala ini dikesan, tindakan segera perlu diambil adalah dengan merehatkan kanak-kanak di rumah dan elakkan mereka hadir ke taska, tadika atau sekolah bagi mencegah penularan jangkitan.

Pantau keadaan kesihatan anak secara berterusan dan pastikan pengambilan cecair mencukupi untuk mengelakkan dehidrasi.

Ibu bapa dan penjaga digalakkan mendapatkan pemeriksaan di fasiliti kesihatan sekiranya gejala bertambah teruk atau berlarutan.

Amalkan kebersihan diri dan persekitaran secara konsisten sebagai langkah perlindungan. Pengesanan awal dan tindakan tepat membantu mempercepatkan pemulihan serta melindungi kanak-kanak lain daripada jangkitan HFMD.



09/09/2026

🚨 πƒπ„πŒπ€πŒ? 𝐉𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐔𝐍𝐆𝐆𝐔 π‹π€π†πˆ! 🚨

Demam bukan sekadar rasa tidak selesa.

Jika anda mengalami demam, terutama ketika berada di kawasan wabak Denggi, berumur lebih 40 tahun atau mempunyai penyakit kronik seperti Diabetes/ kencing manis, dapatkan pemeriksaan awal. 🩺

⚠️ Jangan abaikan tanda-tanda amaran seperti:
🀒 Muntah berulang kali
πŸ€• Sakit perut yang kuat atau berterusan
πŸ’© Cirit-birit berterusan
πŸ₯± Terlalu lemah

Demam denggi boleh menjadi serius dalam tempoh yang singkat dan boleh membawa maut.

Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah teruk dan jangan rawat sendiri tanpa nasihat doktor.

πŸ‘‰ DEMAM? PERIKSA AWAL. CEGAH KOMPLIKASI.
🦟 Ambil peduli, cegah denggi!



🫁 π€π’πŒπ€ merupakan penyakit yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan apabila pesakit asma terdedah dengan pencetus s...
07/09/2026

🫁 π€π’πŒπ€ merupakan penyakit yang melibatkan penyempitan saluran pernafasan apabila pesakit asma terdedah dengan pencetus serangan asma.

Antara pencetus asma adalah udara tercemar, habuk dan sebagainya. Pendedahan terhadap faktor tersebut boleh menyebabkan pesakit mengalami gejala seperti sesak nafas, nafas berbunyi dan kesukaran bernafas.

Oleh itu, penghidap asma perlu menjauhi pencetus asma agar dapat bernafas dengan baik dan dapat mengelakkan gejala asma.

πŸ›‘π‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒPenyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih dilaporkan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Negeri Ked...
07/09/2026

πŸ›‘π‚π„π†π€π‡ π‡π…πŒπƒ

Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD) masih dilaporkan, terutamanya dalam kalangan kanak-kanak di Negeri Kedah.

Penyakit ini disebabkan oleh Enterovirus dan mudah merebak melalui sentuhan dengan air liur, lelehan hingus, najis serta cecair lepuh individu yang dijangkiti.

Gejala HFMD termasuk demam, ulser mulut serta ruam atau lepuh di tangan dan kaki. Kebanyakan kes adalah ringan dan sembuh sendiri, namun kanak-kanak bergejala perlu dikuarantin di rumah bagi mengelakkan penularan.

Pencegahan amat penting dengan mengamalkan cuci tangan menggunakan sabun, menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membawa anak yang bergejala ke taska atau sekolah.

Lindungi anak-anak kita, cegah HFMD bersama.

07/09/2026

😷 𝐉𝐄𝐑𝐄𝐁𝐔: ππ€πŠπ€πˆ ππ„π‹πˆπ“π”π πŒπ”πŠπ€ 𝐃𝐄𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐁𝐄𝐓𝐔𝐋

Jika perlu berada di luar bangunan ketika keadaan berjerebu, pastikan anda menggunakan pelitup muka dengan cara yang betul, menutupi hidung, mulut dan dagu serta dipakai rapat pada muka.

Pastikan pelitup muka yang digunakan bersih, kering dan tidak rosak. Elakkan menggunakan pelitup muka yang basah atau kotor kerana ia tidak lagi sesuai digunakan.

🌫️ Lindungi diri, kurangkan pendedahan kepada jerebu dan sentiasa peka dengan keadaan kualiti udara semasa.



07/09/2026
25/08/2026

πŸŒ™βœ¨ π’π€π‹π€πŒ πŒπ€π”π‹πˆπƒπ”π‘ 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 πŸπŸ’πŸ’πŸ–π‡ βœ¨πŸŒ™

Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Sempena Maulidur Rasul, marilah kita bersama-sama menghayati sirah, akhlak dan ajaran Baginda sebagai pedoman dalam kehidupan.

Rasulullah SAW mengajar kita erti kasih sayang, amanah, kesabaran dan kepedulian terhadap sesama insan. Marilah kita meneladani akhlak mulia Baginda, bukan sekadar pada ucapan, tetapi diterjemahkan melalui setiap perbuatan dan khidmat kita kepada masyarakat.

Semoga sambutan Maulidur Rasul ini menyemarakkan kecintaan kita kepada Rasulullah SAW serta menjadi inspirasi untuk membina keluarga, komuniti dan masyarakat yang lebih penyayang, harmoni dan sejahtera.

πŸ’™ Salam Maulidur Rasul 1448H
🌹 Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Ikhlas daripada
Dr. Nor’Aishah binti Abu Bakar
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
dan seluruh warga kerja Jabatan Kesihatan Negeri Kedah





Address

Unit Promosi Kesihatan, Wellness Hub Kota Setar, Pejabat Kesihatan Daerah Kota Setar
Alor Setar
05150

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Organization

Send a message to Unit Promosi Kesihatan PKD Kota Setar:

Shortcuts

Share