AADK Kedah

AADK Kedah Laman sosial ini adalah merupakan platform kepada masyarakat untuk mengetahui maklumat, program serta aktiviti yang dilaksanakan oleh AADK Negeri Kedah.

11/09/2026
11/09/2026

إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ

“Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”

— Surah Ar-Ra‘d, 13:11

Perubahan ke arah kehidupan yang lebih baik bermula daripada kesedaran dan kemahuan dalam diri sendiri.

Setiap individu mempunyai peranan dalam membentuk kehidupan yang lebih positif, meninggalkan perkara yang memudaratkan serta memilih jalan yang membawa kepada kebaikan.

Marilah kita bersama-sama membudayakan sikap prihatin, saling menyokong dan berusaha melakukan perubahan positif demi membina masyarakat yang sihat, selamat dan sejahtera serta bebas daripada ancaman dadah.

Kementerian Dalam Negeri (KDN)
Saifuddin Nasution Ismail
Shamsul Anuar Nasarah




Bengkel Pemerkasaan intervensi MRT Negeri Kedah : Simulasi Rawatan & Pemulihan Klien tidak Patuh telah berlangsung pada ...
10/09/2026

Bengkel Pemerkasaan intervensi MRT Negeri Kedah : Simulasi Rawatan & Pemulihan Klien tidak Patuh telah berlangsung pada 9 hingga 10 September 2026, bertempat di Park Avenue Hotel.

Program ini menjadi platform utama bagi memperkukuhkan pengetahuan, kemahiran, dan kompetensi pegawai dalam aspek pengendalian serta Mobilisasi Perkhidmatan Rawatan dan Pemulihan Tanpa Sempadan (MRT), di samping meningkatkan kefahaman terhadap prosedur serta aktiviti berkaitan.

Secara khususnya, program simulasi ini memfokuskan kepada pendedahan praktikal bagi meningkatkan kemahiran pegawai dalam pengendalian Modul Client Caught Model (CCM) bagi pelaksanaan lawatan ke rumah (outreach), di samping memantapkan penguasaan teknik art therapy dan sand therapy sebagai pendekatan pemulihan yang lebih berkesan.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua penceramah jemputan serta fasilitator atas perkongsian ilmu dan pengalaman yang amat bermanfaat sepanjang program ini berlangsung.

Semoga segala pengisian sepanjang program ini dapat diaplikasikan secara berkesan dalam pelaksanaan tugas seharian, seterusnya meningkatkan profesionalisme serta keberkesanan perkhidmatan rawatan dan pemulihan AADK Kedah dalam mendekati klien-klien tidak patuh.






09/09/2026
09/09/2026

“Di tempat kerja, jangan terlalu mencari kekurangan. Belajarlah melihat sisi positif, menghargai orang di sekeliling dan mensyukuri setiap peluang yang ada. Kadangkala, perkara kecil yang positif mampu membuatkan hari kita menjadi lebih baik.”

“Cari yang baik di tempat kerja, hargai yang ikhlas, abaikan perkara yang melemahkan semangat dan teruskan bekerja dengan hati yang positif. Kita mungkin tidak mampu mengubah semua perkara, tetapi kita boleh memilih cara untuk menghadapinya.”




08/09/2026

Tidak ada sesiapa boleh mengubah jika diri tidak mahu berubah . Yang penting adalah fikir sebelum buat. Jangan buat dulu selepas itu baru nak berfikir. Alasan yang diberi tidak menghalalkan diri untuk lepas daripada undang undang. Tanpa undang undang manusia lalai dan insan lain menjadi mangsa. Apapun undang undang juga perlu adil buat semua . Yang salah adalah salah , yang betul diadili sebaik mungkin.

07/09/2026

JANGAN NORMALISASIKAN KEGANASAN

Setiap daripada kita mungkin mempunyai pandangan dan pendapat yang berbeza. Namun, perbezaan tidak pernah memberi kita hak untuk mengancam, menghasut atau menggalakkan keganasan terhadap orang lain.

Marilah kita bersama-sama membina masyarakat yang berteraskan hormat, toleransi, perpaduan dan keprihatinan.

PILIH KEAMANAN, TOLAK KEGANASAN.
Hormat Perbezaan, Bina Keharmonian.

07/09/2026

Address

ARAS 3, KOMPLEKS KDN, BANDAR MUADZAM SHAH
Alor Setar
06550

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Telephone

+6047000185

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AADK Kedah posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share