13/06/2026
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ (๐๐๐๐) ๐๐๐ ๐๐๐๐โ๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐
๐๐๐, ๐๐ ๐๐ฎ๐ง ๐๐๐๐ - Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kedah dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah S*k telah berjaya menganjurkan Program Pengurusan Keselamatan Berasaskan Komuniti (CBSM) DKN 2026โ2030 dan Latihan Kesiapsiagaan Menghadapi Bencana Bersama Komuniti Mukim S*k Tahun 2026 yang berlangsung di Perkarangan Masjid As-Salam, Kampung Chepir, S*k.
Program yang menghimpunkan kira-kira 400 orang merangkumi peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat, pempamer dari pelbagai agensi, ahli jawatankuasa masjid, serta tetamu jemputan ini bertujuan meningkatkan kesedaran dan kefahaman komuniti mengenai konsep keselamatan menyeluruh serta memperkukuhkan kesiapsiagaan masyarakat dalam menghadapi sebarang ancaman dan bencana.
Sepanjang program berlangsung, peserta telah mengikuti empat slot perkongsian yang membincangkan pelbagai aspek keselamatan dan pengurusan bencana, antaranya peranan komuniti dalam pengurusan bencana, ancaman keselamatan masa kini, pengurusan krisis dan bencana serta langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil semasa berlakunya bencana.
Program dimulakan dengan empat (4) slot perkongsian yang memberi penekanan kepada aspek keselamatan, pengurusan krisis dan kesiapsiagaan menghadapi bencana.
Slot 1: Keselamatan Komuniti Dalam Pengurusan Bencana
Penceramah: ASP Mustafar bin Mahmud (PDRM)
Perkongsian memberi fokus kepada peranan komuniti dalam membantu agensi keselamatan semasa berlakunya bencana serta kepentingan kerjasama masyarakat dalam mengekalkan ketenteraman dan keselamatan setempat.
Slot 2: Ancaman Keselamatan Masa Kini
Penceramah: Encik Mohd Noor Hisyam bin Ab Latif (MKN)
Penceramah menjelaskan pelbagai bentuk ancaman keselamatan semasa termasuk ancaman siber, penyebaran maklumat palsu, ekstremisme, penyalahgunaan media sosial serta ancaman bukan tradisional yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Slot 3: Pengurusan Krisis dan Bencana
Penceramah: Puan Noor Azizah binti A. Razak (JKM)
Peserta diberi pendedahan mengenai pengurusan pusat pemindahan sementara (PPS), bantuan kebajikan kepada mangsa bencana serta peranan masyarakat dalam membantu golongan yang terjejas.
Slot 4: Keselamatan Semasa Bencana
Penceramah: PBK II Azizi bin Haji Osman (JBPM)
Taklimat menumpukan kepada langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum, semasa dan selepas bencana berlaku termasuk kaedah pemindahan, penggunaan peralatan keselamatan dan tindakan kecemasan yang betul.
Program turut diserikan dengan pameran dan reruai agensi yang melibatkan APM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) dan Unit Tabung Darah Hospital S*k. Kehadiran agensi-agensi ini memberi peluang kepada masyarakat mendapatkan maklumat, khidmat nasihat serta pendedahan berkaitan perkhidmatan yang disediakan.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pegawai Daerah S*k, YBrs. Encik Faisal Rizal bin Mohammad. Dalam majlis tersebut turut diadakan penyerahan Bakul Kit dan Kit Siaga kepada kira-kira 100 orang asnaf, penyerahan kit pertolongan cemas kepada Masjid As-Salam serta penyampaian sijil dan cenderahati penghargaan kepada agensi yang terlibat.
Antara tarikan utama program ialah demonstrasi penyelamatan di tempat tinggi yang dipersembahkan oleh anggota APM Daerah S*k. Demonstrasi tersebut berjaya menarik perhatian para pengunjung serta memberi gambaran jelas mengenai tindakan dan prosedur penyelamatan yang dilaksanakan ketika berlaku kecemasan.
Turut diadakan adalah perasmian papan tanda maklumat (dashboard) keselamatan komuniti yang akan menjadi medium penyampaian maklumat semasa berkaitan keselamatan, amaran bencana dan maklumat penting daripada agensi-agensi berkaitan kepada masyarakat setempat.
MKN Negeri Kedah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi, pemimpin masyarakat serta penduduk yang telah bersama-sama menjayakan program ini.
Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan masyarakat yang lebih peka, cakna keselamatan dan sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan demi memastikan kesejahteraan komuniti dan keselamatan negara terus terpelihara.