25/09/2025
PROGRAM MEMBENDUNG AJARAN SESAT SIRI 3 TAHUN 2025
Tarikh : 25 September 2025 (Khamis)
Tempat : Hotel Park Avenue, Sungai Petani
Program anjuran Bahagian Penyelidikan, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) ini bertujuan memberi pendedahan kepada 220 orang peserta di kalangan warga kerja Majlis Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (MAIK), JHEAIK, Pejabat-Pejabat Agama Daerah, Pegawai-Pegawai Masjid, Ahli-Ahli Jawatankuasa Kariah, Guru-Guru Takmir dan Guru-Guru KAFA dari Daerah Kuala Muda, Kulim, Baling, S*k, Yan dan Bandar Baharu berkaitan prinsip-prinsip dalam usaha membendung ajaran sesat dan ajaran-ajaran yang telah difatwakan haram di Negeri Kedah Darul Aman. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penyelidikan JHEAIK, Syeikh Radzi bin Abdul Mutalib menyampaikan ucapan aluan sebelum ceramah disampaikan oleh Pegawai Agama Daerah Yan, Syeikh Mohd Ikmal Hafif bin Azmi.
Timbalan Pengarah (Operasi) JHEAIK, Sohibul Fadhilah Dato’ Syeikh Ismi Anuar bin Abdul Halim menyampaikan ucapan aluan dan perasmian penutupan program disempurnakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman merangkap Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Kedah Darul Aman, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam bin Abdul Samat.
Turut hadir Pegawai Agama Daerah Pegawai Agama Daerah Kulim, Syeikh Mohd Haizan bin Hamzah; Pegawai Agama Baling, Syeikh Hakimin bin Hassan; Pegawai Agama Daerah S*k, Syeikh Mohd Usamah bin Talib dan Penolong Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Syeikh Mohammad Ammar Najdi bin Muhamad.
Program diakhiri dengan sesi cabutan bertuah tajaan Hotel Park Avenue, Sungai Petani kepada 5 orang peserta bertuah.